Wednesday, January 7, 2009

ADC bab 26

Pagi itu aku bangun dengan begitu semangat sekali. selepas sembangyang subuh, (walhal dah subuh gajah dah tu.. terlewat beb!), aku bersiap untuk dating...

isk, nak pakai baju apa ek.. aduh, nak pakai baju pun masalah. Bukannya nak keluar g mana, breakfast kat dewan makan jer. pakai baju kurung ker, hish, nampak mcm formal jer. tapi orait gak baju kurung... memang aku suka pakai baju kurung pun. ker pakai T shirt ngan track.. hahaha.. tak best langsung. mcm nak g bersukan. Last2 aku end up pakai T shirt dengan seluar saja. bukannya nak pergi mana. Lagipun aku ada meeting pukul 10 pagi dengan team khidmat siswaku.

Setibanya aku di foyer, Abang PP sudah tercegat menantiku. Aku melihat jam di pergelangan tanganku. Alah, awalnya dia tunggu. belum jam lapan lagi. ada 10 minit lagi nak pukul 8 pagi.

"mimpi Abang tak,", tanya Abang PP dengan tersengeh2..

"tak mana mimpi2nya... tak sempat...", kataku sambil ketawa.

"tah apa2 soalan lah Abang ni,"sambungku yang masih lagi ketawa. sudahnya kami sama2 ketawa.

Kami turun bersarapan pagi itu. Sarapan pagi itu ada mee goreng, kueh teaw goreng dan bee hoon goreng beserta telur goreng mata kerbau. Segala jenis mee ada daa...

Aku mengambil mee goreng campur bee hoon beserta telur. Abang PP pulak ambil mee goreng sahaja. Aku lihat kawan2ku dah berkumpul di satu meja. Aku mengajak Abang PP join meja kawan2ku. takkan nak makan tempat lain pulak. terasa janggal la pulak.nanti apa kata kawan2ku.

Nasib baik Abang PPku amat memahami. Takkan nak berduaan jer sepanjang masa kan. Ni pun kami ke sana kemari berdua dah macam apa dah. CT kata acting macam laki bini. Tu kawan baikku sendiri kata, di luar sana entah apa gossip la pulak. Arhhhh lantaklah, yang penting aku sedang menikmati kebahagian. Sapa2 yang jatuh cinta pun asyik masyuk jugak. entah2 ada lagi teruk dari itu.

Selepas sarapan kami naik semula ke foyer.

"sorry tadi, tak dapat elak. takkan nak g makan tempat lain kan. nampak sangat la pulak", kataku. Takut juga abang PP kecik hati sedangkan kami dah janji nak dating pagi itu.

"tak pelah. namapun duk kolej.lainlah kalau g makan kat tempat lain tadi", katanya .

Aku tau ada nada kecewa dalam kata2nya.Dia manusia jenis susah merajuk. tapi very sensitif.Kami berbual lagi. macam tak cukup hari nak bersembang. Agaknya betullah kata orang, Masa bercinta ada saja nak disembangkan. berejam2 pun terasa seperti sekejap.

"Abang tak de ker kat langkawi nanti", tanyaku. Kalau ada kan best. Kurang sikit rindu. haha...

"Tak dapat la yang. Abang bz sikit ni. Abang balik Langkawi pun dah lewat. by the time you all nak balik KL abang baru nak balik sana. mak abang pun bising gak." luah Abang PP.

"kesian Abang. tapi kan kalu ikut logiknya, Abang balik langkawi nanti sekejap je la yer. Sbb semester baru dah nak bukak ni", kata ku konpius.

"memang la sekejap, tapi mesti balik, nanti orang tua bising."

kami berborak sakan. dari duduk, dia berdiri. Aku pulak, dari duduk kaki berlunjur, aku bersila. Sekejap2 kami ketawa. Sekejap2 serious. penat berdiri, dia datang bersila mengadapku. Aduhai... cinta.. terasa begitu indah saja.

perbualan kami terpaksa dihentikan kerana aku ada meeting khidmat siswa. dan kami berjanji untuk kesekian kalinya untuk bertemu lagi.


-----------------------------------------------------


Petang itu aku melepak bilik CT. Gee pulak memang selalu invisible. tu penangan cinta jugak tu. Minah tu sakan bercinta dengan Sham. Sedang kami berbual, pintu bilik itu terkuak.

"Sib baik kau ada sini Ly. Abang ko nak jumpa tu. tak yah aku susah2 g bilik kau" kata Gee.

"la, dating lagi pompuan ni. tak penat ker hang duduk jer berborak. Bukan leh baring2 pun" Cik CT dah mula membebel dah tu.

"hihi... kalau dah boleh baring2 tu dah lain cik kak oii. kalau mak abah aku tak kisah sekali mak bapak dia tak kisah, dah lama aku minta dikawenkan..." kataku disambut ketawa riuh CT dan Gee.

Aku keluar dari bilik itu terus menuju ke foyer. kelihatan Abang PPku dah menunggu di situ. Ish, baru ku perasan, dia dah mencukur misainya. barulah nampak handsome sikit di mataku. kalau tidak semak jer aku melihatnya.

"jom keluar jom", ajaknya.

"ha nak keluar ker... nak kena balik bilik ni tukar baju", kataku yang seakan terkejut dengan ajakan dia. kali terakhir kami dating di luar kolej itulah masa malam kami di tangkap basah dulu.

"Ala, tak payah la, baju tu pun dah ok" kata Abang PP.

"yer ker... tak nampak serabai?" tanyaku padanya.

"tak pun. cantik jer Abang tengok." katanya selamba.

tapi akhirnya ku mohon berikan aku 10 minit untuk balik ke bilik. Aku membersihkan muka, dan make up nipis. sekadar calitan lipstik pink sahaja daa... kemudian menukar baju lain. takkan nak pakai t-shirt yang aku pakai dari pagi tadi. aku mencapai purse kecilku, dan keluar semula ke foyer.Aku lihat Abang PP setia menantiku dengan 2 helmet dan sehelai jacket. Dia pulak sudah siap memakai jacket. baru ku perasan dia memberiku jacket yang dia dapat semasa menjadi pembantu pelajar kolej dulu.

"Isk, Abanngg... berjacket bagai ni nak pergi naik apa? ingat nak jalan kaki jer tadi. nak pergi mana ni?"tanyaku. banyaknya soalan...

"Alah, kita naik motor hari ni yer. penat lah sayang jalan kaki jer. lagipun nak keluar dari UM, Nak naik teksi mahal tau" katanya mohon pengertianku.

"malulah kalau kawan2 nampak..."Aku seperti nak menolak ajakannya tapi tak sampai hati.

lagipun aku memang sentiasa ingin bersamanya. Apatah lagi menjelang tengah malam ini kami akan berpisah kerana aku akan bertolak ke Langkawi.

"Apa kata Yana tunggu abang di tempat parking di sebelah blok A. Kat sana terlindung sikit. dan kita boleh terus keluar dari sana. takkan ada siapa nampak pun" kata Abang PP.

beria2 nak mengajak aku naik motornya.Aku tiada pilihan lain. aku terpaksa bersetuju sahaja. hish, ni aku menyampah ni. Kuasa vetonya buat aku tak terkata apa. Dan kalau aku beria2 menolak pulak, nanti tak pasal2 aku ke Langkawi dengan hati yang sedih pulak. Pandai betul Abang PPku ini trick aku pada ruang dan peluang yang tepat. Dia tau aku tiada pilihan lain. Alah.... lagipun time ni cuti semster. mana ramai student. Yang adapun hanya tak sampai 40 orang di kolej.

Kami akhirnya keluar juga. Buat pertama kalinya aku terasa berdebar la pulak.. Dah lama tak berdebar sebegini. malunya aku............. Terasa kami sangat dekat la pulak. tahu2lah kalau dah membonceng motosikal berdua. aku tak pegang langsung dia. Nak pegang kat mana yer.. pinggangnya ker.. haha. Apalah aku ni. macam tak pernah naik motor langsung...

kami rupanya keluar ke Bangsar. Di sebelah masjid di bangsar itu, ada sederetan food court. meriah betul di situ walaupun hari masaih awal. baru pukul 6 petang. Abang PP membawaku ke gerai 'no 4 'Man, western dan porridge'.

" Apa yang sedap kat sini", tanya ku memecah kesunyian dari tadi.

"Abang nak Yana cuba porridge dia. sedap tau bubur nasi tu sekali ada telur masin, ikan bilis, kacang goreng. Ada lobak asin lagi. dan paling kaw sambal kicap dia...".

Hihi... orang nak belanja apa salahnya.

Abang PP memesan dua mangkuk porridge. Dia sendiri memesan jus karot susu sementara aku jus tembikai.

" napa tak pegang Abang tadi masa naik motor. kalau jatuh tadi camne", tanya Abang PP sambil tersengeh2.

" ok jer tadi.. tak jatuh pun" kataku. terasa rona mukaku merah menahan malu.

" Apa nak malu yang oiii... abang bukan buat apa2 pun", katanya yang tak hilang lagi sengehnya.

" pandai eh. tak bagi orang pilihan langsung, kalau ikutkan tak nak naik motor berdua tau. tapi terpaksa rela jer ni... menggunakan ruang dan peluang betullah abang ni". bebel ku.

dia ketawa kecil. tapi aku bahagia melihat dia ketawa. sekurang2nya perbualan kami tak sentiasa tegang dengan kata2 serious dan merajuk serta pujukan saja.

Budak pelayan gerai itu datang.

"sorry sis, watermalon tak de lah. leh tukar air lain tak" katanya sambil tepat memandang mukaku.

" Aik tak de ker... yang tergolek kat dalam bakul tepi gerai tu apa" kataku sambil menunjukkan budak itu ke arah sebiji tembikai yang besar tergolek elok sahaja di dalam bakul tepi gerai itu.

"haah la.. ada pulak tak perasan tadi. sorry sis",kata budak pelayan itu menahan malu.

Aku dan abang PP ketawa sakan. Aku paling susah berhenti ketawa. Terasa peristiwa ke'blur'an budak pelayan gerai itu sesuatu yang sangat lawak.

"Dah lama abang tak tengok Yana tergelak sakan macam ni", katanya sambil memandang wajahku.

Aku masih lagi tergelak sambil mengesat ait mataku kerana terasa sangatlah lawaknya kejadian tadi. tiada jawapan dariku yang masih tergelak nak2 bila mana aku teringatkan muka blur mamat tadi. Sudahnya kami berdua tak dapat bercakap apa2 sebab aku asyik ketawa.Selepas makan, kami terus balik ke kolej. aku harus bersiap, kerana pada pukul 10 malam kami akan bertolak ke Langkawi.

----------------------------------------------------

Bas persiaran telah sedia menanti di depan kolej. Aku, Ct dan gee serta peserta khidmat siswa yang lainnya sudah berada dalam bas. Abang Zul selaku pengarah projek kelihatan sibuk mengarahkan semua orang naik ke atas bas.

Dari luar tingkap Aku nampak Abang PP berdiri dia tas tangga sambil berbual dengan abang Zul. Kemudian dia datang padaku.

"Take care tau. jangan nak nakal2. abang tak de ni." katanya padaku.

CT terus pindah duduk di kerusi lain sementara memberi aku peluang say bye-bye kepada buah hatiku.

"okey... Abang jugak, tak care" kataku.

"will miss u"

"me too....."

Dan bas pun bertolak tak lama selepas itu. Aku melambaikan tangan kepadanya sampailah aku tidak nampak dia lagi. Aku pasti dia juga memerhatikan bas itu pergi sampailah bas itu hilang dari pandangan...

Arhhhhhhh... betapa aku akan merinduinya....... sangat....

No comments: