Thursday, January 10, 2008

ADC -BAB 10

sepanjang minggu itu aku seperti di awang-awangan. Hidupku terasa sangat indah. Tak dapat digambarkan dengan kata. aku betul2 terlupa diri ini sebenarnya milik orang lain.

sahabatku CT mula syak macam ada sesuatu yang tak kena dengan diri aku semenjak kehilangan aku tempohari.

"Ly, apa citer ko nga Abang ko tu?" tanya pada suatu hari aku lepak2 di biliknya yg sememangnya macam bilik ku juga.

"Abang mana ni?" soalku konpius.

"mak oii... banyaknya Abang...." gelak CT.

tapi aku tau dia maksudkan Abang PP...kami berbual panjang hari itu, dari hati ke hati. Aku tau CT mengerti akan hatiku sebab dia pun sedang dalam percintaan jarak jauh. malah lagi jauh dariku, setakat seremban tu apalah sangat nak dibandingkan cinta CT dan mawi antara malaysia dan manchaster... huh! cinta antara benua tu...pada CT ku luahkan rasa hatiku. betapa aku sangat menyayangi Is... yang mana kasih ku pada Is bukan cinta monyet... tapi peristiwa bulan lalu seperti meragut kepercayaan aku padanya... tambah pulak kami jarang berjumpa. dua minggu sekali dengan masa yang amat tebatas. asal berjumpa balik2 nak mengulangi janji lafaz setia, balik2 nak aku berjanji tak berubah hati... kenapa mcm statik sahaja perhubungan kami padahal dulu aku rasa sangat bahagia... tapi aku akui perasaan sayang masih ada, tak de luaknya buat Is... cuma sejak perpisahan kami lewat akhir peperiksaan STPM tahun lalu, Is jarang membuat aku ketawa girang seperti dulu. panggilan telefonnya asyik bernada cinta janji taat setia... Padahal kami bukan belasan tahun lagi yang nak hidup dalam fantasi. Pada umur 20 tahun aku telah menetapkan matlamat hidup yg bukan utk main2 lagi seperti masa zaman kenakalan budak sekolah... bagiku apa yg dibuat semua mesti ada matlamat dan jaminan masa depan. tapi Is tak pernah mebicarakan masa depan...

Untuk Abang PP pulak, kurasakan sangat bahagia disampingnya. walaupun kami tak meluahkan isi hati, tapi dari kata2nya sentiasa mengundang kegembiraan di sanubariku. gelak ketawanya menjadi gelak ketawaku... kata-katanya sentiasa seperti ada matlamat yang nak dicapainya. sampaikan pernah sekali kami berbual tentang kehidupan...

"Abang kan ada target dalam hidup. kalau Yana nak tau, dalam 5 tahun akan datang abang pasti nak ada kehidupan yang stabil. Ada pekerjaan yang baik, boleh bantu keluarga, ada sedikit simpanan... dan mungkin berkira2 untuk meminang anak dara orang..." katanya satu hari.

walaupun aku ketawa dengan kenyataannya, tapi aku dapat merasakan abang PP mempunyai wawasan dalam melakukan sesuatu... bukan cakap kosong... terasa aku seperti ada jaminan masa depan yang baik bila bersamanya... padahal masa tu kami langsung tak declare apa pun... Tambahan pula dia begitu mewarnai hari2ku dengan segala bentuk kegembiraan sehingga sehari tak berjumpa ku rasakan hidupku tak lengkap.. Adakah aku mula belajar merinduinya..

selesai meluahkan isi hatiku pada CT, dia seakan mengerti hatiku. Ct menasihatkan aku membuat pilihan yang bijak. jangan ada hati yang akan terluka... tapi aku tak sampai hati untuk melukakan hati Is. Dia terlalu naif untuk dilukai... Dia teramat cintakan aku, itu hakikat yang tak dapat ku nafikan lagi...dan untuk melepaskan manusia bernama Razi yang sentiasa ada dihatiku buat masa ini, adalah satu yang sukar. Dia walaupun belum melafazkan kata cinta, tetapi perasaan hatiku tak dapat dibohongi... dilema apakah ini.. Oh, Tuhan, tolonglah hambamu ini....

ADC - BAB 9

Pagi esoknya, sedang aku enak diulit mimpi indah tentang Abang PP ku, pintu bilikku diketuk org.. hish, sapolah pulak ni kacau tul la..

"Eh, you tak siap lagi. cepat la siap. kita nak pegi dah ni... I tunggu u kat bawah tau", sergah si Karen tgk aku tengah terpisat2 baru bangun tido...

Alamak... terlajak tido lah. ni lah penangan dating sampai dinihari smlm. Aku bangun, bersihkan diri, pergi gosok baju, then terus bersiap.. ala kadar jer la.. capai handbag avon ko... (haha, dulu handbag avon jer... dh mahal sgt la time tu).. terus berlari ke tempat parking. sib baik parking kete tepi blok aku jer. Dulu aku bilik B213 masa haluansiswa, skrg aku sama floor ngan senior2 A213. Tah kenapa aku dpt bilik special satu bilik 2 org sama Nina . walhal bdk2 first year lain dapat bilik kongsi 3 orang. haha. ni mesti keje Abang PP aku la ni... adeh, semuanya bersangkutan dgn dia...

Sampai jer aku tempat parking semua orang dah ada. Kami bertolak 3 kereta. Abang PP datang padaku dengan tersenyum lebar. Mesti dia yang suh karen datang kejutkan aku tadi. kalau tak mana Karen tau aku ikut...

"Abang takut yana tak pergi, so Abang mintak tolong Karen panggilkan yana"..

cis! aku dah agak dah....

"ehem ehem... korang berdua ni ada sesuatu ker... pakai baju sedondon!"... tiba2 Daud mencelah..

Aku tgk muka si Karen sebelah daud berseri2... memang ada jodoh kut depa dua tu.

Alamak baru aku perasan yg baju kami sama daa... Aku pakai baju kurung sutera yg aku dating ngan Is lama dulu. baju color kuning bunga2 hijau. Abang PP pulak dengan kemeja batik kuning jugak bercorak hijau... Adeh, apakah ini kebetulan ataupun kami memang ditakdirkan ada jodoh...

kami bertolak lewat sedikit lebih kurang pukul 8 pagi. Konvoi 3 buah kereta dengan kereta Kak Anoi dengan boyfriend dia Abang shahizam, pastu kereta Abang boss dengan kak Anai.. kereta daud lak penuh pulak ngan pak din, Karen, Abang PP dan aku.

"Ops... i nak duk tepi tingkap... you Lily duk tengah la biar N"jum duk sebelah dia, ok tak dear", kata Karen pada Daud...

Aduh, romantik la pulak cina ni ngan pakwe dia..sepanjang dalam kereta, aku hanya mendengar saja 4 sekawan tu berborak. Aku nak borak apa yer.. sesekali kalau soalan itu bersangkutan denganku, aku akan mencelah. bila tiada apa nak dibuat, aku hanya duduk berpeluk tubuh saja. Tiba2 aku terasa seperti ada seseorang menarik lengan bajuku... Adeh, apa Abang PP buat ni... Dia menunjukkan isyarat yg aku telah memegang hujung lengan bajunya masa aku berpeluk tubuh tu... malunya aku...

" eh, apasal korang senyap jer, ngantuk eh", pak din memecah kesunyian.

"Aku tido awal giler semalam, takut tak terjaga sbb nak drive lagi hari ni. tapi si n'jum tah mana tah sampai kul 2 pagi aku tengok tak balik bilik lagi", Pak Din ni apasal membebel la pulak...

"Aku lepak bilik kawan aku la", bohong Abang PP. cover line ler tu...hahaha

"Eh, Lily, you g mana semalam tak g trainning tarian. I tanya Nina, dia kata u tak de kat bilik", Karen lak bertanya aku...Nak jawab apa yer.. Nak tipu karang, aku tak reti menipu. Nina pulak tak leh nak salahkan dia sbb dia join tarian gak..

"Er.. smlm i sakit perut then i lepak bilik kawan la. then tgh malam i terjaga balik bilik. I pun terkejut tgk dah lewat sgt padahal i ada latihan tarian tu...",kataku sambil berlakon buat2 muka kesal tak pergi latihan tarian tu. Abang PP aku tgk nak tergelak pun ada. tapi kami masing2 mendiamkan diri. takkan sesekali peristiwa semalam akan terbongkar pada mereka2 ini. kalau tak habis kena giat la aku ngan Abang PP..

Menjelang tengahri kami sampai di rumah pengantin.

"Eh, jemput makan. napa lewat korang ni" Abang Bad menyapa. Pengantin baru tu nampak berseri suami isteri... cantik lah pengantin tu... baru grad dah kawen... alah dah jodoh dia org.

"Eh, ni girlfriend sapa lak ni, Pak Din", tanya Abang bad sambil matanya memandangku..."Ni, special introduction from Mr Razi... awek pertama dan terakhir dia tau"...Pak din ni laser gak..Aku rasa mukaku merah ker, pink ker, coklat ker, entah. tapi semua org ketawa termasuk Abang PP..

" Mmg bakal org rumah aku ni Bad...tak gitu yang???"

Adeh apa nih, sandiwara apa nih. kalau aku leh lari, dah lama aku blah dari situ. tapi aku tak marah pun kat Abang PP. Aku tau dia bergurau saja. tapi segeanp perasaan hatiku tersangatlah bahagianya... Eh, aku perasan tadi dia panggiku "yang" la... adeh.. ni nak lawan Karen ngan Daud ker yg ber"dear" dari tadi. aku yg mendengarnya terasa nak termuntah! tapi abang PP panggil Yang terasa bahagianya... dasar gatai tul al aku nih.

Balik dari kenduri sudah agak petang juga. Aku mula teringat kawan2 di kolej. mesti mereka tertanya2 di mana aku... sbb aku tak sempat memberitahu kawan2ku mana aku hilang. jangan depa report polis dah la... aku rasa paling tidak pun dia org ingat aku keluar lepak ngan Is kut...kereta abag daud pulak buat hal. mati kat jalan... hish, haru tul. sudahnya Abang Boss menumpangkan aku ngan Karen balik ke kolej. sebelum balik, Abang PP suh aku take care sampai karen menyampuk yg dia akan pastikan aku selamat sampai ke kolej...

balik kolej hatiku berbunga riang.. seronoknya. terasa sehari semalam aku bersama Abang PP... perasaan ini mmg betul2 wujud yg pastinya aku bukan berada dalam alam fantasi lagi...Arhhh.. aku rasa hatiku mula berbelah bagi antara Is dengan Abang PP...

ADC - BAB 8

Latihan tarian sempena Pertandingan Seni Pentas (PSP) antara kolej sedang giat dilakukan. Setiap malam ada saja latihan yang harus aku jalani. Nasib baik aku biasa menguruskan masaku dengan baik. Siang hari memang aku hadir sepenuhnya memberi tumpuan pada kuliah dan menyelesaikan assignment ataupun tutorial. Sesekali aku berjumpa Abang PP membincangkan tentang JKP kami. Tentang budget yang terpaksa aku isikan borang2nya utk kelab kreatif kolej kami. Kak Ruba banyak membantu, cuma hal2 berkaitan surat menyurat 100% diserahkan padaku. Aku kini mengerti, tindakan Abang PP melantik aku bukan hanya untuk mendedahkan aku pada pengalaman duduk di kolej, tetapi paling penting ingin sentiasa dekat denganku... itu yang pasti.

------------------------------------------------------

Hubungan aku dan Is berjalan dengan baik walaupun aku ternyata sukar melupakan peristiwa yg satu-satunya mengguris hatiku lewat pertemuan pertama kami dulu. sejak pertemuan itu, beberapa siri pertemuan berlangsung. seingatku setiap 2 minggu kami akan berjumpa. tempat pertemuan pastinya di platform 8 Perhentian Puduraya. kami masih mesra seperti dulu... dan masih berjanji lafaz setia kasih setiap kali bertemu.... Aku rasa bahagia bersamanya...tapi setiap kali balik ke kolej, ku rasa amat kosong tanpanya. tapi aku ada Abang PP mewarnai hidupku walaupun kami tak pernah melahirkan isi hati. Tapi dr pandangan matanya, caranya bercakap denganku, actingnya bila aku bersembang dengan lelaki lain, seperti ada "kuch kuch" antara kami...paling ketara selepas episod aku dimarahi dalam bilik komputer sekali lagi aku insiden aku berborak sakan dengan Kelang kantoi dengannya. kali ini dia lantas meninggalkan ku walhal sebelum itu berjanji untuk berjumpaku menyerahkan beberapa dokumen JKP kreatif untuk aku failkan. Adakah dia cemburukan aku. Kelang bagiku hanya kawan biasa saja.. takkan aku tak boleh berkawan dengan orang lain... pernahkah Abang PP bertanya mengenai isi hatiku, Adakah hatiku sudah dimiliki atau sebaliknya... Never.. he never asked.

-----------------------------------------------------------

Minggu ini setelah sebulan menjalani latihan tarian, aku terasa tidak betah lagi dalam group tarian ni. Hanya Karen sahaja dengan beberapa budak asasi sains tahun satu yang rapat denganku. senior2 lain seperti ada jurang antara kami. yang senior lelaki seperti mengambil kesempatan membetulkan lenggok tariku.. mereka sewenang-wenangnya memegang tanganku. kadangkala, menyentuh pinggangku... aduh, aku amat tidak selesa dengan keadaan ini. Lalu ku suarakan rasa hatiku pada Abang PP...

"Abang, apa pendapat abang kalau Yana keluar dr team tarian. PSP pun lambat lagi. masih ada penari back up" ujarku pada suatu malam pertemuan kami yg tah keberapa ratus!..hahaha.. banyaknya kali bertemu, mengalahkan pertemuanku dengan Is.

"kenapa pulak", kata Abang PP sambil matanya memandang wajahku...Isk, apasal mamat ni pandang aku ye ye lak ni, aduh, alangkah tak selesanya.. kenapa masih berdebar ni.. padahal dah lama aku berurusan dgnnya...

"Yana tak dapat bahagikan masalah dgn tarian tu..." bohong aku...

"ye ker,,, tapi abang tengok yana manage masa ok jer. ker Abang banyak bagi Yana kerja"...

"Bukan sbb kerja2 JKP tu... I'm ok with that. malah willing nak buat semua tu. tapi........" aku terhenti di situ. ayat apa yg sesuai nak cakap ni yer... Abang PP ketua segala ketua kelab. Malah kelab tarian tu kiranya dia jugak bossnya...

"tapi apa... dia org buat tak baik kat Yana ker..." katanya bagai tahu apa yg bermain dalam hatiku...

Aku lantas menceritakan betapa tak selesanya aku bila mana tangan2 jantan2 yang macam berlagak lembut tu menyentuh pinggangku... menyentuh tanganku... tentang perangai tak mesra alam senior-senior tu... walaupun Karen amat baik padaku, tapi aku tengok karen pun seperti tak dihiraukan oleh budak2 tarian itu padahal mereka semua bangsa melayu seperti aku. Tapi aku tau mereka tak leh lawan toke dengan Karen memandangkan Karen ada pengaruh sbb jadi first lady di kolej...

"Hmmm... Yana, Abang cakap jangan marah yer..." ujar Abang PP setelah aku habis meluahkan isi hatiku...

"Napa lak nak marah kalau Abang tak salah"... kataku mcmlah tak sabar2 nak dengar apa Abang PP nak cakap...

"sebenarnya Abang tak suka Yana masuk tarian tu. Abang rasa Yana tak sesuai duduk dalam team tu. Abang kenal mereka tu. mereka tu bukan saja setakat menari, tapi kaki ponteng, clubbing.. cuma beberapa orang jer yang ok dalam kelab tu".

"So, up to you nak join atau nak keluar. Abang suruh tidak halang tidak... tapi kalau yana buat keputusan nak keluar, Abang tetap sokong yana 100%"....

Kata-katanya bagai semangat padaku. Kami bersembang lama juga sampai aku sewenang-wenangnya ponteng latihan tarian buat pertama kalinya. Kami duduk bersembang di atas tangga menghala ke dewan arah blok asrama lelaki. banyak yg kami sembangkan. Dari kisah kolej, membawa kepada hal-hal keluarga... kisah lucu yang banyak mencuit hati, main teka teki... pendek kata masa berlalu terlalu pantas bagai mencemburui pertemuan tak rasmi kami ini...tanpa kami sedari jam dah pun lewat pukul 2.30 pagi...

"Abang, dah lama dah kita sembang ni. Bilik TV pun dah kosong bang. Pak guard baru tutup lampu foyer..." kataku...

"ye lah, tak sedar betul... padahal esok sabtu abang ada nak pegi kenduri kawen kawan tau, kat Sabak Bernam. Yana ikut yer..." ajaknya.

."hish tak nak lah. mana biasa dgn kawan2 Abang. Tak kenal lak tu pengantinnya" kataku menolak ajakannya. padahal dalam hati kalau ku ikut, alangkah baiknya.. dapat lagi kami berjumpa... macam tak nak berpisah la pulak... kah kah kah.

"alah, ikut la yer. sapa jer, pak din, kak Imah, Daud, karen, Abang n beberapa org lagi senior2 yg biasa dgn Yana.. Kebetulan kereta Daud kosong lagi. hanya pak Din, Karen ngan Abang jer... Esok kul 7.30 tau kat tempat parking. Abang tunggu"...

adeh mamat ni dah mulalah tu kuasa veto dia tu. tak bagi aku peluang bercakap langsung...kami berpisah dinihari itu pada pukul 3 pagi lebih. Aku balik ke bilik dengan hati yang berbunga. Harus ku akui, aku sangat bahagia. terlupa betul aku pada Is... kali ini betul2 aku terlupa...

Adakah hatiku dah goyah...Aku terasa kasih org yang dekat denganku melimpahi segala kasih sayang yang jauh itu... padahal Abang PP baru dua bulan aku kenali... nak bandingkan dgn Is yang dah 2 tahun lebih... kejamkah aku....

dan masih terngiang2 di telingaku kata terakhir sebelum kami berpisah tadi...

"Yana, janji tau jangan cakap dgn lelaki lain.. abang jeles tau..."

wow... katanya itu bagai satu hint bagiku selama ini memang dia ada hati padaku. bodoh sangatlah aku kalau tak perasan perasaan itu wujud... Apa harus kulakukan... menerimanya atau terpaksa membohongi kata hatiku yg ternyata lebih memihak pada Abang PP pada kala ini... Arhhh... ngantuklah. nak tido.. esok nak dating lagi.... pagi itu aku tidur dengan mimpi2 indah tentang aku dan dia...

Thursday, January 3, 2008

ADC - BAB 7

Suatu hari, aku dapat sepucuk surat rasmi dari JKP kreatif... Eh, surat apa lak ni. kata hatiku..

Dengan rasminya Saudari Lilyana telah dilantik sebagai setiausaha II JKP Kreatif Kolej kediaman Kinabalu, Universiti Malaya....

Yang menjalankan tugas,
Razi Bakar


La, apa nih. kenapa aku mesti pikul tanggungjawab ni... Senarai nama jawatankuasa yg dilampirkan beserta surat itu kebanyakan nama2 senior yg aku kenali. Karen dilantik timbalan pengerusi. Cuma aku saja rupanya satu2nya pelajar first year yang memegang jawatan tertinggi. Kalau lantik aku jadi AJK biasa jer, ok jugak. ni setiausaha II. sib baik tak setiausaha I sbb Kak Ruba yang memegang jawatan itu... Ker, Abang PP sengaja nak aku dekat selalu dengannya... isk, apa aku merepek ni. takkan dia buat keputusan sendiri tanpa berbincang dgn senior2 lain..

petang itu aku terserempak dgn Karen.. dia tersenyum simpul memandangku.. apalah cina sorang ni, asyik senyum jer... tapi aku tau cina tu ada affair dgn Abang Daud presiden Kolej. kiranya ni first lady kolej la ni... Si Karen ni pun asyik berbaju kurung jer. Sepasang baju kurung suteranya sangat cantik.. pernah ku serkap jarang bertanya padanya adakah Daud hadiahkan dia baju itu... Sememangnya Daud yang memberikan dia baju itu... Cantik mek Cina ni pakai baju tu...

"Lily, tak sangka dia betul2 sukakan you tau. sungguh2 dia nak masukkan nama you dalam jawatan kuasa tertinggi kreatif. dia nak you timba sebanyak mana pengalaman katanya".. Karen mcm tak sabar2 nak beritahu aku segalanya tentang perlantikan itu...

"eh, tak pe ker I jadi SU II ni. Nanti apa kata senior lain. senarai JKP lain I tengok kat notice board tadi . budak first year hanya jawatan AJK rendah jer... nanti apa kata orang" aku menimbulkan tanda tanya.

"apa nak risau, master approved tau sbb u antara yang aktif di kolej ni" kata karen mendakwa Master Kolej ( pengetua kolej digelar master).. dh bagi kebenaran..

Tiba2 aku ternampak Abang PP datang menghampiri kami... apa aku nak buat ni, nak lari lah.. aduhai, tak sempat dah sbb dia dah makin hampir...

"hi karen... tak dating hari ni", sapa Abang PP pada Karen yg tengah senyum simpul...

"Raz, I kalau nak dating mana leh terbuka, you boleh la... I blah dulu lah, chat later okey"...

Karen selamba jer blah meninggalkan kami...Aduh, apa nak buat ni. aku rasa sangat tidak selesa. Tapi kenapa malam konvo dulu aku Ok jer. tapi skrg nampak janggal sangat.

"yana, Abang lantik yana tau jadi SU abang. Kak Ruba tu dia SU I tapi abang tau dia busy sebab dia dah final year. Abang tau Yana boleh buat kerja ni"..katanya yg macam tak bagi peluang aku berkata apa-apa.

"malam ni free tak, Abang ada kerja sikit nak mintak tolong taipkan surat first JKP meeting. Jumpa kat bilik komputer yer", then dia berlalu meninggalkan aku. sebelum berlalu, dia menyapa aku, mengatakan cantik aku berbaju kurung dengan rambut lepas paras bahu tu... Cis! sempat mengular mamat ni..hakikatnya aku tak sempat bercakap sepatah kata pun petang tadi. Aku seperti terpaksa menurut perintah saja.

Tapi kenapa aku terasa bahagia bila dekat dengannya. Aku terasa ada "kuch kuch" pulak bila kami bertentangan mata.. hihi... berhindustan pulak aku nih... hahaha

Apakah perasaan ini.. mengapa aku tak pernah ada perasaan ini sebelum ini. Dengan Is dulu tak pernah aku berdebar seperti ini. Mungkin kami dulu sebagai sahabat kemudian bertukar menjadi pasangan kekasih. tapi Abang PP tak pernah jadi sahabatku...never...panggilan Yana buatku terasa sangat istimewa. Nama yana bagai hilang lama dari aku. hanya zaman aku di asrama dulu kawan2 memanggil aku dengan nama itu. 2 tahun di tingkatan 6, semua orang memanggilku dengan nama Lily termasuk guru... aduh, betapa terasa diri ini diawang-awangan... sangat indah perasaan ini. tak pernah kurasakan...

---------------------------------------------------------

Malam itu, pukul 8.30mlm, aku dah terpacak di depan bilik komputer. kebetulan komputer penuh, jadi aku duduk melepak di kerusi bulat yg ada di luar bilik itu. Kebetulan beberapa orang rakan sekolej duduk di situ juga. Seorang pelajar lelaki fakulti engineering Kelang a/k Jangga datang menyapaku. kami berbual lama juga. sebenarnya aku telah lama mengenali Kelang dari hari pertama aku mendaftarkan diri di kolej. Sepanjang minggu haluansiswa dahulu aku selalu duduk sebaris dengannya kalau kami berkumpul di dalam dewan. Dia bagiku begitu mesra, macam melayu betul padahal dia berasal dari suka kadazan di Sabah.

Sedang aku berbual, aku nampak Niza keluar dari bilik komputer. Niza beritahuku komputer ada kosong. Dia sudah booking untuk aku. Aku bergegas masuk ke dalam bilik komputer untuk membuat surat rasmi mesyuarat pertama JKP Kreatif. Dalam pada itu, hatiku tertanya-tanya mana Abang PP ni... Kelang menuruti aku masuk ke bilik komputer lalu duduk di sebelahku. Aku menaip surat rasmi itu sambil berborak dengannya. Dalam pada aku sudah menaip ayat terakhir, tiba-tiba kedengaran satu suara yang amat aku kenali di belakangku..

"Ha, dah siap ker buat keje... Orang suruh buat keje bukan bersembang"...kata suara itu bagai membeku bunyinya...Aku menoleh dan melihat Abang PP merenung tajam padaku. Kelang di sebelahku nampak sangat serba salah, lalu memohon mintak diri..

"jumpa lain kali tau, aku blah dulu", kata Kelang...Aku terasa sangat malu dan sakit hati. aku lantas save draft surat rasmi itu, dan berkira-kira untuk meninggalkan bilik itu.

Seorang senior Pak Din nama panggilannya kedengaran berkata sesuatu pada Abang PP...

"Apalah ko ni mate, sian budak tu. dia kan baru belajar, yg ko hangin marah ni apa hal...".. kedengaran suara Pak Din yang juga merupakan roomate Abg PP...

Aku terus keluar bilik itu menuju asrama perempuan. hatiku terasa sangat sakit dan pedih kerana apa salahku berbual dengan orang lain...setibanya aku dia blok asrama perempuan, aku terus menuju bilik CT. malaslah nak balik bilik aku... Sampai sana, aku berborak2 sakan dengan CT , Gee dan beberapa orang lagi. sakan berborak walaupun hatiku masih tak dapat melupakan kejadian tadi. Tiba-tiba pintu bilik CT diketuk bertalu-talu. Gee bangun membuka pintu... Kelihatan Niza di luar...

"Gee, lily ada tak?, aku g bilik dia tapi tak de. aku tau sure dia lepak sini punya", kedengaran suara Niza...

"Ada sini, napa lak" kata Gee...

Niza terus meluru masuk ke bilik itu.

"oii... Abang N'jum nak jumpa mu lah"... (N'jum merupakan nama gelaran Abang PP di UM)

"Nak apa lak si N'jum ni... dia nak dating ngan ko tu Ly", kata Ct sambil tersenyum2....

Aku antara nak senyum ker, nak buat muka camne pun aku tak tau. selepas beberapa minit, aku pun keluar menuju ke bilik komputer. Aduh kenapa dengan aku ni. Kenapa aku tak bisa mengatakan tidak. Kenapa langkahku cepat seperti orang tidak sabar...setibanya aku di depan bilik komputer, aku nampak Abang PP duduk di kerusi bulat. bila dia nampak aku dia terus bangun dan menuju ke arah ku.

"Abang mintak maaf yer..." katanya.

"ok.. tak pe, yana pun leka berborak jer tadi tak sedar abang datang" kataku...

arhh.jawapan itu seperti bukan diriku.

"lega Abang yana maafkan... dari petang tadi sepatah kata pun yana tak cakap apa2.... abang jer yg bercakap"

"dah tak bagi peluang nak cakap, what to do!", kataku.Selepas itu aku tak tau apa terjadi, kami sama2 berbual macam-macam cerita seperti melupakan terus sakit hati tadi.

.....................................................................

Wednesday, January 2, 2008

ADC - BAB 6

Is mengutusiku sepucuk surat memohon maaf... arhh.. apalah sangat kemarahan aku tempohari... kemaafan dendam yg terindah... lagu aishah itu sentiasa menjadi azimat padaku. padaku tak salah memaafkan org kerana hati kita jugak akan gembira akhirnya.

.....................................................................................

Dewan makan pagi itu nampak lengang.. Mana pergi semua orang ni. Masih tidur kut. Aku jer kut ada kelas pagi2 ni...
sedang aku bersarapan, aku terlihat sesusuk tubuh yg lama kau tak nampak kelibatnya... Abang PP!!!.... hihi... adeh aku ni, baru 3 hari lama kebendanya... hish, baju kemeja bunga2 putih n sedikit pink tu la dia pakai masa hari makan nasi lemak kat gerai konvo tu... suka kemeja bunga2 ker dia nih. mat bunga kut. kah kah kah...

tapi dia nampak sgt berkarisma... aura apakah nih... haha. mcm wakil rakyat pun yer... arhh.. acting wakil rakyat la tu kut sbb pilihanraya kolej baru2 ni Abg PP menang jawatan Pengerusi jawatan kuasa perkembangan pelajar kolej bahagian kreatif. secara tak langsung digelar Penerusi JKP Kreatif... dengarnya skrg sibuk Abang PP aku ni nak melantik ahli jawatan kuasa bawah dia... ( ha... apa ayat aku nih.. Abang PP aku... sejak bila plak declare nih...).. adeh! angaukah aku...

tapi aku tak nafikan aku terjengah2 jugak kat foyer ker, bilik TV ker, bilik komputer ker, takpun kat dewan makan kut ternampak kelibat mamat nih... apa nak jadi ngan aku nih. aku dah janji ngan Is nak setia... adeh. pening,

tapi aku sejak gaduh ngan Is tempohari, aku mula meragui keikhlasan hatinya... tapi abg PP punya senyuman , aduh, rasa cair aku... apakah aku jenis yg mudah jatuh cinta.. adakah aku jenis wanita yg mempermainkan hati orang... rasanya aku tidak begitu.. aku begitu setia pada Is sampai aku menolak cinta Farid masa sekolah dulu... tak pernah sekali Farid putus asa malah masih mengharap hingga kini. Cikgu2 pun di sekolah dulu selalu gandingkan aku dengan farid sbb kami sama2 berlumba2 untuk mendapat tempat pertama... apa saja perbincangan atau perdebatan, mesti aku akan bertekak dengan Farid... tapi sikap Farid yang suka menunjuk itu membuatkan hatiku beku untuknya... padahal farid jauh lebih kacak dari Is... tapi ku pilih Is sbb hatinya tulus. tapi tuluskah dia selepas apa yg berlaku tempohari... apa motifnya membawaku ke rumah itu. apa akan terjadi kalau aku masuk kerumah itu lalu dikuncinya pintu dan diapa2kan aku... aduh!!!.. nasib aku mengambil tindakan bijak melarikan diri... walaupun end up kami gaduh kat tepi jalan sebenarnya. maruahku paling utama dari cinta... itu yg ku fikirkan waktu itu...

---------------------------------------------------------

*smbg nnt deh, penat bangat mereka cerita... hahaha

ADC - BAB 5

Kedatangan bro PP kurasakan tepat pada waktunya... aku pun apa lagi, terus keluar dari gerai, dan tanganku tak semena2 meraih pergelangan tangan bro PP dan membawanya terus lari meninggalkan gerai itu...
setibanya kami jauh dari deretan gerai2 lain, aku terus melepas tanganku .. terasa bersalah la pulak. mesti dia pun terasa terkejut dgn tindakan ku tadi... aku mula buat bodoh... buat tak tau dgn apa yg terjadi.
kami berjalan2 di deretan gerai2 lain... arhh... cantik2nya kain sutera.. tapi aku bukannya berduit nak beli...

"err, abang, jom kita g fun fair tu nak.." ajak ku.. aduh, ku panggil dia Abang... sepontan jer keluar perkataan tu... abis nak panggil apa yer, namanya, terasa mcm kurang ajar pulak, nama panggilannya, tak bestlah. sbb aku tak rasa aku kawan dia...

"ok gak tu.. jom ly" Cis! terasa mcm panggil ling jer... kah kah kah... aku ni berangan tul la...

kami pergi tapak fun fair bersebelahan tapak gerai2 konvo itu. selepas membayar tiket, kami mula berbaris utk menaiki satu permainan ala2 kapal terbang... sebenarnya ini kali kedua aku menaiki permainan itu, jadi aku dah tak takut lagi. semakin lama semakin tinggi sampai atas pucuk pokok yg paling tinggi kurasakan. aku bersorak riang melepaskan tensen aku... Cik abang sebelah aku ni kenapa membisu... aku tgk tangannya mencengkam erat besi pemegang di hadapan tempat duduk kami. tapi aku melepaskan kedua2 tanganku ala2 naik roller coaster... seronoknya. hanya seminit dua sahaja, permainan itu berakhir... aku bersorak girang.. bila kami telah berpijak di bumi nyata, aku perhatikan muka cik abang PP macam pucat.

"abang, kenapa takut ker tadi..."
"tak la... abg ok.. tgk lily hepi, abg hepi jugak" jawabnya..

malam itu kami sangat gembira. aku rasa bahagia sgt... sesekali tangannya seakan2 menyentuh lengan ku... terasa sgt berdebar... apakah ini dinamakan cinta... terlupa aku seketika hati yg sakit, terlupa aku seketika seseorang yg lama aku seakan lupakan....

balik kolej aku sangat gembira... tapi kegembiraan aku seperti diragut semula bilamana mataku terpandang sekeping gambar lelaki yg selama 2 tahun lebih bertahta di hatiku... arhhh... aku masih setia... aku masih sayangkan dan cintakan dia seperti dulu. cumanya aku rasa sgt jauh dari dia. kenapa dia tak hubungi aku sejak aku masuk UM ni... kenapa... susah sangat ker nak datang KL dari seremban....

--------------------------------------------------

Minggu berikutnya, aku terima sepucuk surat... ( zaman tu sms mana ada, handphone utk org2 kaya mewah jer...) kah kah kah..

surat dr seremban yg aku harapkan muncul jugak.

Assalamualaikum...

Lily yg Abang sayangi,

Apa khabar sayang? Abang harap lily sihat n gembira di sana. Abang ucapkan tahniah atas kejayaan sayang masuk Universiti. abang sangat bangga walaupun Abang hanya di sini.. Jauh jurang perbezaan kita nanti...tapi abang tau hatimu. Kau takkan mengingkari janji yg pernah kita buat dulu...

aduh... terasa sgt bersalah pulak. padahal aku mmg masih setia padanya. tapi aku membiarkan hatiku dicuri seseorang... alah.. belum pasti lagi Abang PP betul2 nak aku lah. yg ni mmg dah pasti... ku sambung membaca suratnya...

hujung minggu ini Abang akan ke KL. jadi Abang nak minta jasa baik Lily tunggu abang kat Platform no 8 di Puduraya. Pukul 2 petang hari sabtu.. janji tau. Mesti tunggu abang di situ. Akhir kata, jaga diri baik2 dan salam sayang penuh kerinduan dr Abang...

Yg sgt menyintaimu,
ISKANDAR.... @ ISLIANA

Hatiku tetiba riang.. dah lama tak jumpa buah hati. aku amat rindukan dia... lama dia menyepi padahal dah berjanji padaku utk menjengah ku di UM... temujanji itu sgt2 penting bagi aku.. aku sgt rindukan dia... terlalu... arhh.. tapi kenapa aku rasa sunyi dua tiga hari ni tanpa nampak kelibat Abang PP.... apa dah jadi dgn diriku ini...

---------------------------------------------

Hari sabtu menjelang juga. aku mengenakan sepasang baju kurung sutera bewarna kuning cair berbunga hijau utk berjumpa buah hati. dating kali pertama kami sejak kami tamat STPM dan inilah dating kami di luar kawasan sekolah... manisnya waktu dulu, dating curi2, dalam kelas duduk bersebelahan .. kdg2 tangan saling berpegangan di bawah meja... aduhai... panahan cinta betul dulu... sampai cikgu2 tak tau nak buat apa dgn kami... tambahan pula aku merupakan scorer dalam kelas... walaupun asyik masyuk bercinta, tapi pelajaranku sentiasa tip top. aku masih mengungguli carta kelas pelajar paling pintar seluruh tingkatan 6 . arhh itu dulu... skrg kami bukan anak2 kecil jadi perhatian guru lagi...

Waktu masih awal lagi sewaktu aku tiba di Perhentian Puduraya. Aku menghabiskan masa menunggu dengan membeli majalah di gerai yg banayk terdapat do platform 8 itu.. tapi tumpuanku bukan pada majalah yg ku baca, mataku tercari2 seseorang yang sangat ku rindui... pukul 2.10 petang dia muncul dengan kemeja hijaunya..

."Abang,,, " panggilku..kami berbual seketika, bersalaman dan saling berpimpin tangan kleuar dari kesesakan Puduraya.

"nak ke mana kita"... soalku.
"tgk wayang nak"... usulnya...orait jugak tu.

tak penah sekali ku jejakkan kaki ke panggung wayang... tapi kerana dia, aku turuti. selesai menonton wayang, Is mengajak aku pergi ke suatu tempat. Isk... nak kemana lak ni. dia memberitahuku ada sesuatu nak dihadiahkan kepadaku tetapi hadiah itu berada di rumah sepupunya... lalu kami menaiki bas mini ke rumah sepupunya di cheras... jauhnya la... penat aku ni bang... nak g mana kita ni...

sampai di rumah sepupunya, dia mengajak aku masuk ke rumah itu. aku menjengah keadaan sgt lengang...

"kata ada sepupu abang, kenapa mcm kosong jer rumah ni"... soalku...
" dia org keluar kut. bawak anak jalan2 kut hujung minggu ni"...

tak semena2 aku naik hantu di situ juga. hatiku sakit. aku rasa dia cuba permainkan aku... aku lari dr kawasan rumah Flat itu.. Dalam fikiranku, apa niat dia mengajak aku pergi situ hanya kerana hadiah.. kenapa tak dibawaknya hadiah itu. Dia sebenarnya dari Cheras atau dari seremban... hatiku sgt sakit... tapi dia berjaya memujukku.

tiba2 aku teringat pada Abang PP.. yg seingatku tak pernah mengambil kesempatan atas diriku... Is jugak sepanjang 2 tahun lebih perhubungan kami bagiku dia begitu tulus... tapi aku mula meraguinya... sudahnya kami bergaduh dan aku balik ke UM dgn hati yg membengkak...