Monday, December 31, 2007

ADC - BAB 4

minggu konvokesyen menjadikan aku insan yg amat sibuk... selain menjadi penyambut tetamu utk majlis perasmian konvokesyan universiti malaya, aku jugak join projek gerai konvo.aku dilantik sebagai ketua bahagian pelayan.. Cis! bencinya layan2 org ni. aku ingat aku bahagian pegang2 duit ker.. hahaha



pagi kedua hari konvokesyen, aku dah terpacak kat gerai.. aku kebetulan bertugak shift pagi.. tak de org relek sikit... tetiba masuk sorang mamat ni.. adeh.bro PP tu ler...hihi. apa nak buat ni.. kenapa aku berdebar pulak!

seorang bdk pelayan menghampiri bro PP tu utk ambil order.. first customer ni... hahaha..tapi aku tgk bdk tu dgn muka kelat dtg padaku ... aku tanya kenapa lak..

"bro tu suh akak yg amik order..." arhhh sudah... apa nak buat nih... sakit perut la aku...

"eh T, ko g amik order T, aku nak toilet jap".. kataku pada kawanku CT...

"apa lak aku. dia nak hang tu...", hish..mnejawab lak dak CT nih.

dgn langkah yg tak tau nak bayangkan aku g ler ngadap bro PP tu... aku pun ambil la order... tapi kenapa aku terasa mcm berdebar nih, terasa nak jatuh jer depan dia.. hish apa aku nih.. panahan apa nih.. kalau aku jatuh, dia sambut aku tak??? ker dia biar aku berdebuk kat tanah!..

"err...cik, dgr tak, nak nescaffe tarik ngan nasi lemak".... suaranya memecah khayalan aku...

'aaa... apa dia????" ah sudah, apa pasal aku nih...!

"err... apa tadi..."

cis! malunya aku... kenapa aku leh berangan depan dia, kenapa aku tak beri perhatian dia nak apa... kenapa aku duk melayan isi perut aku yg nak kata senak tidak, berserabut kut dalam perut aku tu... kenapa aku terasa nak pitam depan dia....

"cepat sikit eh...".. suara dia lagi...

aku berlalu dr situ dgn muka yg merah padam... aku tak tau pun muka aku merah padam. tapi kawan2 aku termasuk petugas gerai konvo semua dah senyum2 ketawakan aku... Cis! tak guna... nampak sgt ker ke'blur'an aku tadi.

.................................


malam itu aku balik ke kolej dgn badan yg penat. kehulu kehilir aku bertugas utk gerai konvo. tu belum lagi terpaksa membonceng motor ngan CT mengambil barang2 yg tertinggal di kolej...

sedang aku berehat2 dalam bilikku... tetiba nina ( roomate ku yg sama masa haluansiswa), balik dari dating la tu... pintu terkuak... nina, kata ada org cari aku... aku malas nak melayan. tetiba pintu bilik kami diketuk org, Nina memandang aku sambil mengangkat keningnya... aku tau pasti utk aku... aku pergi membuka pintu, dan aku nampak Karen dgn senyum simpulnya memberikan aku sekuntum bunga...

"dr sidia yg u pun tau sapa..".. cis! cina ni berkias2 lak...

bila Karen berlalu, aku pun tgk kad kecik pada sekuntum bunga ros merah itu...

"jangan bawak motor laju2 tau... nanti jatuh saya susah...take care..."from: Abang...( bro pp la sapa lagi...)


hatiku tak semena2 berbunga riang.. terasa ada insan mengambil berat diri ini... hari tu kejutan masa tgh panas... pagi tadi tetiba dia muncul di gerai.. dan sebenarnya sblm itu beberapa kejutan lain yg tidak disangka2.. tetiba dia muncul semasa majlis perasmian konvokesyen... dgn menyapa aku megatakan aku sunguh berseri dgn kebaya siap bersanggul bagai... penah sekali tu masa aku menuggu van utk ke rehearsal konvo tu, dia muncul di foyer kolej... dgn hadiah sekuntum senyum yg sampai hari ini masih aku terbayang...arhh..ni dgn sekuntum bunga pulak... aduh... angaukah aku...aku terlelap dgn haruman semerbak sekuntum mawar.. sampai aku terlupa seketika Is, insan yg mewarnai kehidupanku sejak 2 tahun lalu

..................................................................

malam itu ada komplen dari bdk2 kolej pasal gerai konvo. aku dah tak tau nak buat apa. hatiku sakit. dah la penat, buat keje free jer, pastu asyik kena komplen jer. aku sgt tensen. nasib baik aku tak duty malam tu. tapi sebagai ketua, aku ekna ada di situ tgk anak2 buah aku.. kalau salah amik order, aku jugak yg kena tampil ke depan beri penjelasan.. takpun ucapan maaf.. pastinya dari aku...

sedang aku meluahkan rasa hati yg sakit kepada abang Z ( pengarah gerai konvo kolej kami), aku nampak bro PP datang. aku terasa inilah masanya utk aku lari dari kekusutan di gerai....

*sambung nanti daaa.... ada ker org nak baca cerita aku nih... hahaha..............

');}//-->

ADC- BAB 3

selepas minggu haluansiswa, aku lega sikit. dunia kolej ni amat indah rupanya. nak berborak ngan budak laki tak de sapa melarang. Kat asrama dulu masa sekolah mengengah, sampai sorok2 nak dating ngan secret admire.. takut kantoi! hantar surat pun sorok2 celah buku, takut surat terlepas kat tangan warden. sini bebas sikit...

bestnya...seorang senior karen namanya mengajak aku, gee dan sorang lagi kawan ku CT utk menjadi penyambut tetamu sempena hari konvokesyen. wah apa lagi, leh juagk join projek ni. so, kami pergilah rehearsal utk menyambut ketibaab sultan azlan shah dan raja nazrin shah...

sedang aku beratur tgh panas tu, tetiba ada sorang mamat ni dtg tepi aku..

"lain kali bawak topi tau.. panas sini.. nanti sunburn".... katanya... puas aku nak ingatkan kat mana aku jumpa dia... kawan2ku dah senyum simpul dah...

tetiba karen bukak mulut.." oii, nak ngorat bukan kat sini aaaa"...adeh! apakah ini... ohh... bro PP.. kenapa ko muncul kat sini. mana ko tau aku ada di sini...tapi kenapa aku tetiba terasa bahagia sangat dgn kehadirannya...

"oii lily, ko tu dh ada pakwe kat maktab sana.. ingat2 sikit..."kata hatiku...

ADC - bab 2

27 may 1995

hari kedua seawal jam 6 pagi dh kena berkumpul kat padang.. dgn membawa segala barang2 yg dapat masa pendaftaran smlm... hihi... nyanyi lah pulak pagi2 buta ni...

"selamat pagi PP kami.
selamat pagi PP kami
PP cun hari ini,
kami senang hati"

bencinya aku lagu tu... buat2 nyanyi jer la...ok senaman pun bermulalah... lepas senaman. tetiba sorang bro PP ni mula berdiri kat depan. nak bagi ceramah ker??? adeh...

" siapa yg tidak membawa barang2 pendaftaran smlm, sila angkat tangan"... kata bro PP ni...ada lah mangkuk hayun mana tah 7-8 ekor tak bawak.. dah tau wajib kena bawak, dasar pelupa.. mesti kena denda..."

di sbbkan ada yg tak bawak, jadi semua org angkap kitab (buku kecik mcm buku 555 tu), tangan mesti tegak lurus"..

pulak dah, org lain yg tak bawak, semua kena denda... mangkuk...arhhh.. bencinya... semua org kena tunduk tak leh angkat muka. lenguh lah gini. aku degil angkat jer muka... tetiba sepasang mata tgh pandang aku... huhu... aku pandang balik, apa nak takut... kenapa aku tak nampak mamat ni smlm masa perkenalkan semua PP... hihi... jahat aku .. sempat ngular tgk jantan!sesi pagi berakhir ngan tah apa2.. tangan naik lenguh, mangkuk hayun yg tak bawak tu punya angkara... nak jer aku sepuk2 yg tak bawak tu

..................................................

minggu haluansiswa dah sampai ke penghujungnya...dah nak abis dah, seminggu terasa mcm sekejap aje.. mlm smlm dah buat show kat Dewan Tuanku Canselor... teringat tarian zapin yg aku persembahkan mendapat tepukan ramai... dan mlm tu juga buat kali pertamanya aku nampak PP yg hanya muncul di pagi hari waktu senaman tu ada kat dewan...

" SEMUA pelajar baru diberi tempoh satu jam utk mendapatkan tandatangan semua PP... dan dalam masa 60 minit, saya hendak 530 kertas diatas meja di depan ini..."

arhhh... pulak dah, aku satu ketas pun tak de..

"eh nina... mintak satu kertas.." kataku pada roomateku..

masa nilah aku terhege nak menyalin nama semua PP... hahaha cuak jugak sbb aku langsung tak de sebarang signature nih, karang naya aku sorang jer wanted... haha...dalam pada aku menyalin nama2 tu, kawan2 ku dah blah g mintak signature PP semua. aku tgk Nina tah kemana ilang...

tetiba aku nampak sorang lagi kawanku Gee duk mencelah2 kat org ramai... aku pun apa lagi, ikut dia la berbaris..tgk senang jer mintak signature. tak de tanya pun. setakat tanya nama n asal dr mana jer.. bagus la bro ni... hahatiba giliran aku, aku hulur kertas yg tak de secalit signature pun kat bro tu... dia tgk kertas tu pastu tgk mukaku...

" err.. nama saya eje salah" katanya mcm membeku!"err.. salah ker! " wah menjawab ko .. kata hati aku..

"pegi betulkan dan dtg semula nanti..." katanya dgn tak pandang mukaku... cis!belagak!..

aku pandang kiri kanan.. org ramai beratur ni. masaku dah suntuk... tetiba aku perasan Gee tepi aku... aku apa lagi terus tarik Gee. tgk kertas dia terus salin balik nama bro tu.. dan terus hulur kertas aku kat bro PP tu balik.. hihi.. depan2 dia aku betulkan.. hahaterus dia sign tanpa tanya nama aku... pelik la mamat ni... org lain semua dia tanya, tapi aku tak pun... arhhh lantak lah, persetankan. janji dah ada satu signature..last2 menjelang tgh malam, aku hanya berjaya dpt satu jer signature.. hihi. lantak lah..aku tgk lepas kertas kami depan kumpulkan, padtu PP tu pakat2 buang dlm tong smapah. Cis! tak de maknanya... sib baik aku mintak satu jer tandatangan PP...hahaha

*cerita ku meleret tak de antiklimaks.. camne nak jadi writer nih... hahaha

Sunday, December 30, 2007

ADC -BAB 1

26 may 1995



hari pertama pendaftaran aku ke kolej... abah, along, abg ipar, adik2 dgn anak sedara semua antar aku nak masuk kolej.... mcm nak g haji lak aku tgk rombongan "Cik Ngah" (bukan cik kiah eh... hahaha) ke universiti.bondaku yg tercinta tak dapat dtg... sbb masih dalam pantang melahirkan adik bongsuku... sedihlah mak tak de nak tgk anak mak yg manja ni masuk universiti.. org lain semua mak dia org ada antar...

then, sampai kolej daftar la aku ni. huh! senior sekor2 muka serius jer... apa daaa.. ingat orentasi sekolah menengah ker... haha.. tak takut langsung aku!lepas daftar, aku diberikan kunci bilik. so aku pun melangkah lah ngan beg beso sekali ngan rombongan cik ngah aku tu utk g tgk bilik lak... sampai ilik bernombor B213... pintu ku kuak... adeh, bestnya, bilik dua org jer. tak mcm asrama dulu, satu dorm sampai 16 org. ni privacy lak ni... best2...aku terus baring atas katil... huh! berdebu beb... excited punya pasal sampai lupa nak pasang cadar dulu...lepas berborak2 sambil keluarkan barang2 aku masuk almari... (terus kemas beb! sbb mak kata beg tu bawak balik semula...!), rombogan cik ngah ku pun baliklah ke kampung... tetiba aku rasa sedih pulak. kalau mak ada, mesti tak deras2 nak balik...

kul 3 ptg, semua freshie kena berkumpul kat dewan. aku pun sama lah ngan roomate aku Sazlina g ler ber lenggang kangkung ke hall. yg bestnya roomateku tu dulu bekas bdk Asasi sains UM, so dia dah tau selok belok kolej n Universiti. senang la aku... tak tau tanya jer dia..haha

mulalah sesi suai kenal antara senior n junior. senior2 yg bertugas tu digelar pembantu pelajar (PP). muka memasing nak tunjuk garang. Cis! nyampah... pastu sorang ni ketua PP kut mulalah memberi ceramah kat kami... ngantuk lah pulak. mcm bdk2 nak bagi tau semua.

"semua pelajar baru... SEMUA.... di WAJIBkan mengambil tandatangan 25 org PP tak ada yg dikecualikan.... siapa yg tak buat, akan didenda..."

isk, ketua PP tu buat announcement... terjerit2 lak tu... mcm sekolah... apa kes nak mintak2 signature nih! tak kuasa aku...hari pertama berakhir sampai tgh malam.. tah apa2 lah ceramah la, bagi kumpulan lah, then belajar nyanyilah... arhhh.. malasnya


*sambung kendian... cam boring jer cerita syok sendiri aku ni....