Tuesday, January 6, 2009

ADC bab 24

Rajukku kali ini paling panjang. dan agaknya Abang PP pun dah tak kuasa memujuk. Ker dia dah pergi rujuk dengan awek dental tu. Ahh. lantak dia lah. aku tak kuasa dah asyik nak fikirkan hal itu sahaja.

Yang aku tau, aku sekarang dengan kawan2 aku sibuk menguruskan persediaan terakhir projek Khidmat siswa kami itu. Lagipun dalam masa dua minggu lagi kami akan bertolak ke Langkawi menjayakan Khidmat Siswa itu. dan minggu depan merupakan cuti semester pertama.

Aku ambil kesempatan untuk balik ke kampung selama dua tiga hari sebelum kami bertolak ke Langkawi. kalau tidak aku tiada masa nak menjengah mak abah serta adik-adik di kampung kerana kami akan berada di Langkawi selama seminggu. Dan yang pasti kali ini Abang PP tak akan ada menemani aku di Hentian Pekeliling kerana Pelajar tahun 2 jabatan Geologi akan ada field trip di Perak pada masa cuti semester nanti.

Arh.. aku tak kisah pun sebab hatiku masih sakit pasal peristiwa bekas aweknya itu. Tambahan pulak, Haslinda memang aku kenali kerana kami satu sekolah dan dia pulak budak band sekolah kami. Tentunya dia glamour di sekolah dulu. Tapi aku tak pasti Linda kenal aku atau tidak.

--------------------------------------------------------

Aku sudah berada di kampung. balik kali ini terasa sangat sekejap. Agaknya sebab masaku suntuk sangat kerana terpaksa balik semula ke kolej untuk projek Khidmat Siswa itu. Tapi aku begitu teruja kerana inilah kali pertama aku akan ke Langkawi.

Hmm.. terlupa pulak aku yang Abang PP memang akan balik ke Langkawi juga kerana keluarganya menetap di Langkawi. Bapanya bekerja sebagai Timbalan Pegawai Penguasa Polis di IPP Langkawi. Alah bukan aku nak jumpa dia pun. Kami pasti sibuk dengan jadual yang ketat nanti.

"kring......... kring.........."Malasnya aku.. tah2 Abang PP ni.. nak pujuk aku ker. Dah rindu kat aku ker... ku biarkan telefon itu lama berbunyi.

"Ngah oii... kau kat mana tu. Angkat jap telefon tu" kedengar suara mak dari dalam biliknya.

Aku menuju ke meja telefon lalu mengangkat gagang telefon.

" Assalamualaikum..""lily, apa kabar... ingat Abang lagi tak?"... sapa suara yang sudah lama tidak aku kedengaran di cuping telingaku...

" Eh, kau nak apa lagi. kau tak faham bahasa yer... Aku kata jangan cari aku... Aku dah lama lupakan kau..." kata2ku begitu kasar sekali.

"tolong la Lily, sekali ni jer abang nak cakap ngan Lily. bagilah Abang peluang", rayu suara itu.

" Aku tak suka kau... faham... jangan ganggu hidup aku lagi. titik!". Aku terus menghempas gagang telefon.

Hish.. Is ni betul2 mengganggu hidupku. Aku kalau boleh tak mahu ada apa2 hubungan dengan dia lagi. Nak jadi kawan pun aku tidak mahu. Kenapa dia tak mengerti...

"kring... kringg.... kringgggggg...."Geramnya aku dengan bunyi telefon ni...

" Ha, nak apa lagi...." kataku dengan kasar.

" Sayang, Abang ni la. Kenapa Yana marah." kata suara itu yang sememangnya ku tunggu2 panggilan darinya.

" Eh, Abang. Tadi tah ada sapa tah telefon, pastu cakap bukan2." bohongku. nada suaraku serta merta jadi lembut.

" Abang kat perak ni. Miss u la sayang. Lama tak bersembang. hari tu balik kampung tak jumpa Abang pun. tau la Abang hari tu buat salah.", Abang PP aku dah mula dah membebel.

" Ala.. sesekali tak jumpa lama macam ni best jugak kan... baru terasa rindu dendam." kataku sambil tergelak kecil.

kami berbual lama. Rasanya aku takkan sempat berjumpa buah hatiku sebelum aku ke Langkawi nanti. Dan setelah aku pulang dari Langkawi, dia baru nak balik ke rumah keluarganya di sana.. kali ini betul2 lebih kurang 2 minggu aku tak akan berjumpa langsung dengannya. di tambah lagi kes hari tu... lamanya la... aku rindu sangat ni. sarat rinduku....

kami menamatkan perbualan setengah jam itu dengan ucapan I love you . Aku seperti biasa hanya mampu menjawab.'me too' sahaja....

Emak keluar dari bilik. kebetulan Abah tiada malam itu kerana ada mesyuarat JKKK kampung.

" sapa telefon tadi Ngah" tanya mak.

" kawan" jawabku ringkas.

"kawan yang mana"

"kawan kat UM"

isk, mak ni banyak tanya. Mak dah la garang. tapi sejak aku memasuki umur 20 ni mak dah tak berapa garang sangat.

"tak yang mula2 tadi, kenapa kau cakap menengking2 kat telefon tadi" soal mak. Muka mak serious betul.

"oo.. tu kawan lama kat maktab tu" jawab ku.

Isk yang pi ngaku buat apa... Eh, takkan aku nak bohong mak pulak..

"itulah mak dah kata, dulu masa sekolah jangan gatal nak berpakwe sana sini. masa kau tu masih panjang. Lama lagi nak hidup, banyak orang lagi nak jumpa. ni kau dah jumpa orang lain, ko terus lupa dia. konon kau tak setaraf dia. kau marah2 dia telefon... jangan buat orang Ngah, nanti kena balik pada kita...".. mak berleter panjang.

Aku diamkan diri aje. takkan nak menjawab pulak kan...aku tiba2 terasa kesal dengan apa yang aku lakukan pada Is tadi. kesian dia. kalau aku tak nak suka dia sebagai kekasih, apa salahnya aku anggap dia sebagai kawan jer. sekurang-kurangnya aku tiada musuh...arhh... bosannya... nasib baik aku dah nak balik kolej 2 hari lagi.

No comments: