Tuesday, January 6, 2009

ADC bab 20

lama betul aku tak outing ngan kawan.. Asyik melayan perasaan cinta ngan Abang PP jer. Jadi hari sabtu itu aku dan kawan2ku keluar beramai2 semata2 nak pergi tengok wayang. Lama jugak aku tak tengok wayang sejak kali terakhir aku tengok dengan Is, lama dulu. tu pun citer sembilu lakonan erra fazira, awie n ziana zain...

so hari tu movie Kad Cinta menampilkan lakonan pertama Nasha Aziz di layar Perak. Orait la jugak cerita ni. rasanya first time aku tengok filem Julie dahlan tak de orang pakai bikini. hahaha

Habis tengok wayang kat panggung Odean berdepan dengan Kompleks Pertama, kami jalan2 pulak pasar malam Jalan Tunku Abdul Rahman. Sakan berjalan sampai malam. Balik kolej malam tu memang ngantuk giler. Tapi sepanjang kat kolej mana ada aku tidur cepat. Balik tu aku dan kawan2ku sambung berborak lagi dekat foyer. sedang kami sakan bersembang, Abang PP tiba2 muncul.

"Yana, Abang ada hal nak cakap", katanya padaku. Aku terpaksa meninggalkan kawan2ku yang sebenarnya sedang hangat bergossip pada ketika itu...

"Apa dia, bang", tanyaku yang seakan terganggu dengan panggilannya...

"mak oii, jalan dah la tak ingat dunia, kita panggil leh tanya apa dia. Bukan nak tanya kabar Abang awak ni. sakit ker, apa ker", luahan hati dah abang aku ni...

" la, abang sakit ker", alamak macam bodoh la pulak bunyi jawapan aku tu..

"sakit hati", jawabnya amat ringkas..

apalah pulak ni. nak cari pasal la tu.aku tak faham apa yang dia tak puas hati. takkan keluar dengan kawan2 pun tak boleh. Aku bukan isterinya yang dia nak kontrol hidupku. ni aku benci ni. Dulu dapat pakwe tak kontrol hidup aku, tapi jenis suka tuduh melulu. Ni semua nak mereport ker segala aktiviti aku. no wonder la awek ko dulu blah... tapi segala omelan aku tu hanya dalam hati sahaja.. sudahnya aku pulak jadi sakit hati.

"Sebenarnya dari tadi Abang perhatikan Yana. memanglah tak salah keluar dengan kawan2, berkumpul berborak. tapi Yana tak jaga adab langsung. ketawa kuat2, nampak sangat tak manis." katanya yang langsung macam tak nak jaga hatiku.

" tak tau pulak selama ni yana nampak tak sopan. ingat abang menerima Yana seadanya. Tak pernah pun yana hidup hipokrit dan apa yang Abang lihat tu adalah diri yana sendiri.. tak de lainnya.", luah ku macam tak bagi peluang padanya.

terasa geram sangat kat abang PP ni. saja la tu nak cari pasal. dah lama tak gaduh ngan aku lah tu. Sudahnya dia aku tinggalkan terkontang kanting seorang diri. padan muka...


--------------------------------------------------------


Surat lagi.. apa daa. boleh jumpa dan cakap... tapi tu lah yang berlaku dalam perhubungan kami... macam apa2 lebih selesa cakap dalam surat.

Sayang abang,
tadi tu tinggalkan Abang sorang2 tu pun dah macam biadap tau. Yana ni betullah tak leh kena tegur. Keras hati. Degil. Ingat kawan Abang yang lama tu dulu keras hati mcm nih, yang ni lagi teruk.. merajuk asyik nak kena pujuk, tak boleh ditegur. Cubalah berubah sayang. Abang sayang Yana. Abang nak yang terbaik buat Yana.

Keluarlah sekarang.. Please... jangan buat Abang begini. Abang rindu sebenarnya...

yang mencintaimu,
- Abang -

Nak keluar ker tak ni. karang tak keluar dia hilang lagi macam dulu. naik nanar aku mencarinya. kalau keluar nampak sangat aku perempuan yang lemah yang bergantung pada dia semata. nampak sangat aku jenis tak leh hidup tanpanya. takut kehilangannya.Buntunya...

Aku sudahnya mandi membersihkan diri selepas seharian penat keluar dengan kawan2ku. selepas menunaikan solat isyak, aku tengok jam sudah pukul 11 malam. dah lewat ni.. tapi hatiku tak sedap pulak. kata cintakan dia, kata sayangkan dia, tapi kata2nya ada benar jugak.

Aku sangat suka merajuk, selagi tak dipujuk, aku tak pernah mengalah. aku memang degil, tapi realitinya itulah aku. susahlah nak berubah hanya kerana nak puaskan hati orang lain.akhirnya aku buat keputusan keluar jugak. Aku nampak dia ada di kerusi bulat depan bilik komputer itu sambil berbual2 dengan Kak Imah dan Pak Din. tapi aku buat seperti tiada apa berlaku, lantas pergi mendapatkan mereka dan berbual2 dengan mereka.Bila Pak Din dan Kak Imah, berlalu, Aku jadi kaku. Dia pun begitu.

kami ambil keputusan untuk keluar jalan2.. Adeh, tengah malam ni Abang oii.. tapi kehidupan kat U, keluar tak balik pun tiada siapa menghalangnya. kami menyusuri jalan keluar dari kawasan kolej, sambil jalan aku menyatakan kekesalan hatiku. sambil menangis aku memohon maaf darinya. tapi dia seperti membeku...

" Ginilah Yana. Yana mungkin tak suka dikongkong. Yana jangan ingat segala rajuk Yana sentiasa ada yang nak pujuk. Abang terpaksa putuskan sementara hubungan kita untuk memberi peluang yana berfikir. Mungkin menerima Abang dulu menjadi satu beban pada Yana. Maafkan Abang"....kata2nya membuatkan aku menangis semahunya.

tak sangka, dia ceraikan aku. begitu senang dia melafazkan kata2 itu... Lupakah dia segala yang manis2 sepanjang kami berkenalan. Lupakah dia kami saling melengkapi untuk mewarnai hari hari lalu.Arh.. aku bencinya...


.--------------------------------------------------

akibat putus cinta itu, aku menyendiri semahunya. aku tak mahu kelibatku kelihatan langsung dimatanya... Aku tak mahu dia melihat aku di mana2. hatiku sungguh sedih kerana soal remeh temeh dia sanggup berbuat begitu.

Mana Abang PP aku yang dulu yang sentiasa membuatkan aku ketawa gembira setiap hari. Mana lelaki itu yang selalu menemaniku, sentiasa ada di kala aku duka. yang dulu aku pernah menangis di bahunya akibat sakitnya putus cinta.. Dia pergi jua dalam hidup aku.. dia tak sanggup menghadapi cabaran mendapat kekasih yang degil.

Arhhhh......... aku benci dia...........


------------------------------------------------------


seminggu aku hilang dimatanya. seminggu aku menahan rindu yang sarat. Setiap kali teringat dia, tak semena-mena aku menangis. teruk sangat aku ni. kenapa ini terjadi dalam hidupku. kenapa aku tak sanggup kehilangan dia. kenapa....

"oii cik kak, sudah2 la tu, nah ni ambik ada kiriman dari Abang PP ko tu", CT tiba2 muncul satu hari di bilikku...

Tiba2 aku terasa sangat gembira. dia masih ingatkan aku..

Setelah CT meninggalkan bilikku, lantas ku buka bungkusan yang Abang PP titipkan buatku.Di dalam kotak kecil itu, ada sekeping card dan sekeping gambar Abang PP berbaju batik kuning hijau serta sekeping gambar aku berbaju kurung sutera juga dari rona color yang sama..

Sayang,

Maaf atas kejadian tempohari. Seminggu Yana hilang di mata Abang, seminggu kelibat Yana tak abang nampak baik di mana2 ruang kolej dan di fakulti, terasa hidup ini kosong. mana senyumanmu yang hilang itu. Tiada kemanjaanmu yang membuatkan hari2 Abang berlalu tanpa seri.

wanita memang suka merajuk dan dipujuk. Tapi Abang lupa janji Abang untuk membahagiakan Yana sepanjang hayat Abang. Jadi, berilah peluang kedua untuk Abang. Rajuklah seberapa lama Yana mahu. Yang pasti Abang takkan jemu memujuk...

mencintaimu,
-Abang-

P/s: gambar tu mengingatkan Abang saat manis kita dulu. Manisnya saat itu terasa seperti baru semalam ia berlaku.

Aduhai hati, kenapa berbunga riang. Aku belum jumpa Abang PP lagi. dah declare sambung balik ker ni. kali ni kena keluar ker tak ek.. tak payah la.. aku tau, dia sangat mengerti. Esok sajalah aku cari dia...

No comments: