Wednesday, January 7, 2009

ADC bab 28

Langkawi memberikan seribu kenangan padaku. Aku sangat seronok dibawa keluarga angkat melawat banyak tempat2 menarik di pulau itu. Insyaallah, ada umur aku pasti akan ke sana lagi.


---------------------------------------------------


Bermulanya semester baru bermakna tibalah masanya aku kembali ke kuliah. Banyak yang perlu ku ulangkaji kerana masaku begitu banyak memperuntukkan untuk kegiatan projek kolej. Walaupun aku tidak lagi penteng kelas tetapi masa mengulaangkaji bagiku sangat terhad. Apalagi masa malamku pasti habis berdating sahaja.

Jadual kuliah dan tutorialku pada semester ini tidaklah begitu padat dibandingkan dengan semester lalu. Aku memilih kelas hanya pada hari Isnin sehingga hari Khamis. Jadi 3 hari terakhir setiap minggu aku ada masa banyak untuk berehat. Mungkin akan mengambil masa terluang itu untuk balik ke kampung.

Seperti biasa, Abang PP pasti akan meminta jadual kuliahku. Hish, mesti nak memantau takat2 aku ponteng kuliah la tu. Dan dia juga dengan sukarelanya memberikan aku jadualnya supaya kami masing2 tahu bila masa yang terluang untuk berjumpa.

Yang pastinya semester ini aku memang mahu menumpukan sepenuhnya pada studyku. Mujurlah aku hanya ada satu sahaja projek kolej yang akan berlangsung tidak lama lagi iaitu Pidato Antara IPT. Semester lepas aku sangat sibuk dengan gerai konvo, hari keluarga kolej, interaksi senior junior la, kursus kepimpinan, khidmat siswa dan Pertandingan seni pentas.

Aduh, banyaknya masa ku habiskan dengan kegiatan2 yang sepatutnya hanya menjadi kegiatan sampingan sahaja.

-----------------------------------------------------

Bulan ramadhan tiba jua. bagiku ramadhan di kolej sama sahaja seperti ramadhan di asrama dulu.

"Yang, hari ni abang nak pergi bazaar ramadhan di kerinchi. nak ikut tak" tanya Abang PP suatu hari sewaktu aku terserempak dengannya ketika aku pergi ke kedai runcit kolej.

"malas lah nak keluar. tak pe kan abang kalau tak nak ikut."kataku dengan berhati2 takut2 kalau2 dia tersinggung aku menolak ajakannya.

"it's ok. ada nak kirim apa2"tanyanya lagi.

" tak payahlah. yana makan makanan kat kolej ni sahaja." sememangnya aku segan juga untuk mengirim kerana selama ini Abang PP tak pernah menerima walau sesen pun bila aku mahu membayarnya.

"oklah, Abang pergi dulu yer. "katanya minta diri.

"take care..." kata ku.

muah.... ish, bulan puasa lah Abang PP ni... ngada2 lah tu. tapi gayanya saja dah boleh buat aku tersenyum.

Ketika aku, Ct, Gee, Nora dan Azimah berborak2 di foyer sambil menunggu waktu berbuka puasa, aku nampak Abang PP masuk ke kawasan kolej dengan motor kapcainya.

Bila dia nampak aku, lalu digamitnya aku supaya datang ke tempat parking. Apalah pulak nak Abang aku ni. Apabila aku sampai di tempat parking, Abang PP memberiku satu bungkusan sate.

" Aduhai abang... kenapa susah2 ni. yana tak kirim pun. Berapa ni" tanyaku. rasa segan pun ada hari2 dia belanja aku.

" Tak payah la... ambil saja. Abang ikhlas" katanya beria2 menolak bila aku mahu membayarnya.

"tak boleh lah cam ni Abang. Kita student bukannya banyak sangat duit. " kataku dengan rasa bersalah.

" sebenarnya kan, Abang tak kisah langsung pasal duit. Tapi Abang tak sampai hati bila Abang makan sedap2, tapi yana tak makan. Tak boleh nak telan tau kalau Abang buka puasa dengan lain dari menu kolej, tapi Yana tak de transport nak keluar beli juadah lain dan terpaksa makan menu kolej yang kadang2 tah apa2 tu". luahnya... sesekali nada kuasa vetonya kedengaran jugak. makna aku terpaksa rela menerimanya lah ni.

"oklah... tapi lepas ni kalau nak g beli apa2 bagi tau dulu nak beli apa. Kita share yer... kalau hari2 cam ni boleh bankrup tau. ni jer belanja dah berapa ni.." kataku separuh membebel.

"oklah sayang. sudah2 tu mebebel" katanya sambil tersenyum.

Aku tau dia tidak suka dibebel. dan jarang sekali aku membebel padanya.

Bulan puasa itu juga menandakan bulan di mana kami harus study kerana selepas cuti hari raya akan ada peperiksaan akhir untuk semester itu. Kali ini aku mesti buat sehabis baik kerana rasanya semester lepas , aku banyak sangat main2. Keputusan peperiksaanku semester lepas tiada satupun subjek aku mendapat A. yang ada hanya B-, C, D dan E. Aku risau jika aku tidak dapat catch up dengan result semester ini. takut2 bila keputasan akhir nanti tiba2 aku kena repeat paper ataupun mengulang semula tahun satuku... aduh, perkara itu lah sangat kutakuti.


------------------------------------------------------------------

Setiap malam aku akan keluar study dengan Abang PP. Samada kami hanya study di dewan kolej ataupun ke library. Aku lebih suka ke library kerana jauh dari mata2 warga kolej yang suka menggossip itu. Dan setiap kali kami study bersama, barulah terserlah sikapnya sewaktu study. Abang PP tak suka langsung gangguan walaupun aku cuba bercakap sepatah perkataan. baginya time study, study betul2.

Suatu hari kami study di dewan makan sahaja. Aku begitu khusyuk sekali mentelaah pada waktu itu, bila Abang PP memanggilku. Mula2 aku menjawab juga, tapi lama kelamaan dia betul2 mengganggu konsentrasiku. Bila ku malas melayannya, dia mula membuat berbagai2 perkara yang menyakiti hatiku.

"Abang, kenapa? kata study tak leh kacau. Kita serious, dia pulak main2". kata ku mohon pengertiannya.

" Alah, Abang nak cakap sekejap takkan tak leh berhenti kut study tu" katanya sambil tersengeh2...

" ye lah, tapi ni dah kira langgar prinsip sendiri ni" kataku mengingatkannya prinsip yang dia sendiri cipta.

"Oklah, apa dia" kataku ringkas sahaja. tapi nada suaraku tu nampak macam acuh tak acuh.. Arhh.... sure dia sensitif lagi ni..

" tak pelah.. bukan penting pun", nada suaranya ku tahu memang dah sentap la tu.

" Alah, cakap jer la , yana dengar ni"kataku sambil menutup nota2 kuliahku.

" Abang kata tak de apa2... study jer la" katanya bagai meninggi suara padaku.

Entah kenapa demi mendengarkan suaranya yang meninggi itu, aku terus bangun dan mengemas segala nota2 kuliahku, lantas meninggalkan dia. semasa aku bangun dari kerusi dewan makan itu, bunyi kerusi itu sudah cukup untuk membuatkan pelajar2 lain yang turut study di dewan itu menoleh kepada kami. aku tidak mempedulikannya langsung, lantas keluar dari dewan lalu balik ke bilik.

Sampai saja di bilikku yang sunyi sepi kerana Nina roomateku sudah lama keluar dari kolej akibat kemalangan yang menimpanya semester lalu, aku terus menghempas segala nota kuliahku di meja tulis. lantas aku berbaring di atas katil sambil muhasabah diriku.

Apa yang kau buat ni Yana. kenapa pulak aku nak naik angin hanya kerana terasa study ku diganggu. Padahal apa salah dia. bukannya besar sangat kesalahannya itu. tapi kenapa aku sakit hati sungguh lantas meninggalkan Abang Pp termangu2 di situ. tentu dia malu besar kerana budak2 lain di dewan makan itu nampak akan kejadian aku bangun dengan kasar sehingga kerusi itu berbunyi kuat. tentu mereka anggap kami sedang bergaduh... arhhh..... terlajak perahu boleh diundur... ni terlajak perbuatan.. terimalah padahnya Yana.

Pintu bilikku diketuk orang. Naza yang juga teman sekuliahku tercegat di depan pintu bilikku. Dia menyampaikan sekeping nota padaku. lantas ku ucapkan terima kasih dan ku tahu nota itu dari siapa.

Lily Harliana,

Kadang-kadang kita tak perlu nak beritahu satu dunia bila kita ada sengketa.
Kadang-kadang kita tak perlu terlalu emosi hanya perkara yang kecil sahaja.

Tindakkan awak tadi sangat memalukan saya. tetapi demi awak saya terima malu itu.berbahagialah awak kerana awak takkan nampak saya di mana2 menjelang peperiksaan minggu depan.Selamat berjaya.

-Abang Razi-

aduhai... kenapa jadi begini. kenapa... perkara itu kecik sahaja. Salahku juga emosi tak tentu pasal. Dah lah nak exam next week. bagaimana aku harus hadapi peperiksaan jika aku berada dalam tekanan... dan bagaimana dia menumpukan perhatian pada peperiksaannya bila dia juga resah...Arhhhhhhhh.... aku pasrah, hanya berserah pada Allah apakah akan jadi hubungan kami. yang penting pada waktu ini hanyalah pepriksaan yang sudah dekat bebar. abis pepriksaan nanti, taulah aku mencarinya dan menguruskan nya.

ADC bab 27

Perjalanan ke Langkawi tidaklah dirasakan sangat lama. Agaknya sebab malam hari, dan aku mengambil peluang tidur sahaja. sesekali aku lihat CT ke hulu ke hilir dalam bas mencari mangsa untuk bersembang. Mangsa paling malang yang kena bersembang dengannya ialah Abang Cod.

Hmm... teringat pulak dulu Abang Cod pun cuba meng'ayat' aku.. haha. tapi line masa tu memang dah tak clear sebab aku tengah angau kat Abang PP. haha.....

Apalah yang Abang PPku buat di kala ini. Agaknya dia pun sama teringatkan aku seperti mana aku teringatkan dia. kenapa sedetik pun aku susah untuk tidak teringatkan dia. Sebelum ni tak pernah aku alami perasaan yang sebegini. Adakah kami betul2 ada jodoh. kalau takdir menentukan kami akhirnya tiada jodoh bagaimanakah untuk aku menghadapinya.

Sakit putus dengan Is tidak langsung berbekas dihatiku. paling menyakitkan hanya satu hari sahaja. Selepas itu esoknya aku bangun dengan semangat baru. mungkin pada waktu itu aku sudah ada pilihan lain. tapi bagaimana kalau perkara yang paling aku takuti itu berlaku lagi. jika hubungan antara aku dan Abang PP berakhir... mampukan aku menghadapinya. dia hilang di mata walau sekejap ku rasakan nanar....

Ahhhhh.. kenapa aku mesti berfikiran begitu... fikir yang indah2 sajalah ... kata hatiku.

--------------------------------------------------------

Langkawi....

Bestnya. tak sangka aku akhirnya sampai jugak di pulau peranginan ini. Setiabnya kami di Jeti Kuah, kami terus di bawa dengan bas yang di sewa khas ke Kampung Ulu Melaka. Sepanjang perjalanan, aku menikmati pemandangan sepenuhnya. Nice places. memang aku akan datang lagi suatu hari nanti.

Kami tiba di Kampung Ulu Melaka pada pukul 10 pagi. selepas di jamu dengan jamuan selamat datang, kami berkumpul di balai raya kampung itu. tugas pertama kami ialah gotong royong membersihkan balai raya itu dan bersedia untuk majlis perasmian serta penyerahan anak angkat. Setiap keluarga yang mendaftar akan menerima dua orang peserta khidmat siswa sebagai anak angkat.

Pukul 2 petang majlis perasmian bermula. Majlis itu dirasmikan oleh Adun Kuah, ( err. lupa lak namanya.. hihi)..

"Encik Hamzah dan Puan Fatimah.... akan menerima Lilyana dan Siti Hajar" suara pengacara majlis memperkenalkan keluarga angkat ku.

Aku dan CT bangun dan bergerak ke tepi pentas bersama2 keluarga angkat. Selepas bersalaman dengan ayah dan ibu angkat, kami terus berdiri di sisi meraka.

Aik... betul ker pandangan mataku ni. Tak bermimpikah aku melihat sesusuk tubuh berbaju batik biru itu. Dia sedang bersembang dengan Puan Jamilah, salah seorang warden di kolej.. demi mata kami bersatu dari kejauhan, dia menghadiahkan senyuman paling menawan pernah ku lihat...

Abangggggggggggg.... what a surprise.

selepas majlis itu berlangsung, kami semua bergerk untuk jamuan ringan. Aku terus pergi mendapatkannya.

"Abangg... tipu tau. kata tak de kat langkawi", kataku seakan2 tak pedulikan majlis itu.

" saja jer nak buat surprise. Flight Abang pagi tadi. sampai rumah, lepas makan Abang terus datang sini. Hmm... cantiklah baju kurung merah ni. baju baru yer"

Abang PP ku ni ada2 sahaja surprisenya. manalah aku tak angau.kami berbual. tapi tak lama kerana nampak tak manis kami berdating di tempat yang tidak sesuai ini.

petang itu usai majlis, kami terus di bawa ke rumah keluarga angkat masing2. aku dan abang PP harus berpisah...

Aduhai... macam2 berlaku dalam hidupku dua tiga hari ini. pandai dia buat surprise padaku. tak terfikir aku dia akan ada di situ. Tapi aku sangat bahagia........ terlalu.

Khidmat siswa itu bagiku satu pengalaman yang sungguh menarik. pelbagai program yang diatur sedikit pun tidak membosankan. Berbagai aktiviti kami lakukan dari gotong royong membersihkan kawasan masjid dan tanah perkuburan sampailah kursus motivasi ringkas untuk anak2 kampung itu. malah kami dijemput untuk menghadiri majlis perkahwinan salah seorang penduduk kampung itu. buat pertama kalinya aku memakan rebusan daging kerbau dicicah dengan air asam.. sedap juga..

--------------------------------------------------------

Aku mengalami batuk2 dan demam. Angin pulau ni buat aku batuk dan demam ker... atau aku demam rindu... aduh, penyakit angau ni teruk betullah.

Hari kelima aku di kampung itu, kebetulan kami adakan sukaneka di padang. Sedang kami berseronok itu, bahuku dicuit seseorang. ku lihat Abang PP tersenyum di belakangku.

"batuk2 ni tak sihat yer", katanya sambil tangannya memegang dahiku.

"panas...",katanya ringkas.

"demam sikit la Abanggg..." mulalah aku tu nak manja. Alah pada siapa lagi nak bermanja. Pada yang sayang lah kan...

"demam rindu ker ni" tanyanya sambil tersenyum.

"Ade ker... mana ada.. nak rindu sapa pulak ni..." kataku juga tersengeh...

"ooh.. tak rindu Abang yer. nak baliklah. kita penat2 datang sini nak jumpa dia, boleh dia kata tak rindu".. katanya macam nak melangkah pergi.

Aik... ni dah terbalik, dia lak merajuk. Cam ne ni. Aku bukan reti memujuk... Biar kan je ker.. isk, karang aku lak merana..

"sorry la bang, orang bergurau jer la tadi. mana leh tak rindu.. tersangat miss ni... tapi terpaksa tahan. sib baik ada CT. Dia sangat memahami." kataku. risau jugak aku mamat ni blah macam tu jer...

"tak de lah, ingat kita jer rindu dendam kat dia, tapi orang tu tidak" katanya masih tak senyum2..

"ala.. jangan la gitu. tak mana berubahnya.." aku cuba buat muka manja2 konon. tapi tak berjaya..Ahhh susahnya. ni aku benci ni. aku bab daya pujuk memang fail..

"Abangggg janganlah gini. Sini tempat, masa semua tak sesuai tau... kesianlah kat Yana ni. mintak maaf sangat tadi kalau abang rasa tersingung." Nada suaraku mula ku lembutkan selembutnya.

Agaknya dia tersinggung kut sebab aku tadi nada suara memang bergurau abis... then say sorry pun acuh tak acuh..

' okla.. nak balik dulu tau... nanti next week kita jumpa kat Kolej. Jaga diri, makan ubat. kalau sakit nanti nyusahkan Ct, dan family angkat tu pulak... paling penting, sakit awak tu nanti buat abang tak lelap tidur.risau..." walaupun kata2nya itu ada nada kuasa vetonya itu, tapi ku tau dia dah mula ok dari terasa hati tadi.

hish, ni satu dengan Abang PP ni. dia ni sensitif sangat. Cakap tak leh salah, cepat jugak terasa, tapi dia jenis tak merajuk berlama2 mcm aku. Aku pulak selalu merajuk dan lari semata2 untuk mendera hati dan perasaan dia...

lalu dia pun berlalu balik. sebelum itu dia berbual2 dengan Abang Cod, Abang Zul, kak imah dan kak sheila.

Aku yang tinggal ni terasa sangat bersalah.... walaupun Abang PP nampak Ok, tapi aku terasa seperti aku tak melayannya dengan baik seperti mana dia menatang aku bagai minyak yang penuh... tak adilnya aku.......

ADC bab 26

Pagi itu aku bangun dengan begitu semangat sekali. selepas sembangyang subuh, (walhal dah subuh gajah dah tu.. terlewat beb!), aku bersiap untuk dating...

isk, nak pakai baju apa ek.. aduh, nak pakai baju pun masalah. Bukannya nak keluar g mana, breakfast kat dewan makan jer. pakai baju kurung ker, hish, nampak mcm formal jer. tapi orait gak baju kurung... memang aku suka pakai baju kurung pun. ker pakai T shirt ngan track.. hahaha.. tak best langsung. mcm nak g bersukan. Last2 aku end up pakai T shirt dengan seluar saja. bukannya nak pergi mana. Lagipun aku ada meeting pukul 10 pagi dengan team khidmat siswaku.

Setibanya aku di foyer, Abang PP sudah tercegat menantiku. Aku melihat jam di pergelangan tanganku. Alah, awalnya dia tunggu. belum jam lapan lagi. ada 10 minit lagi nak pukul 8 pagi.

"mimpi Abang tak,", tanya Abang PP dengan tersengeh2..

"tak mana mimpi2nya... tak sempat...", kataku sambil ketawa.

"tah apa2 soalan lah Abang ni,"sambungku yang masih lagi ketawa. sudahnya kami sama2 ketawa.

Kami turun bersarapan pagi itu. Sarapan pagi itu ada mee goreng, kueh teaw goreng dan bee hoon goreng beserta telur goreng mata kerbau. Segala jenis mee ada daa...

Aku mengambil mee goreng campur bee hoon beserta telur. Abang PP pulak ambil mee goreng sahaja. Aku lihat kawan2ku dah berkumpul di satu meja. Aku mengajak Abang PP join meja kawan2ku. takkan nak makan tempat lain pulak. terasa janggal la pulak.nanti apa kata kawan2ku.

Nasib baik Abang PPku amat memahami. Takkan nak berduaan jer sepanjang masa kan. Ni pun kami ke sana kemari berdua dah macam apa dah. CT kata acting macam laki bini. Tu kawan baikku sendiri kata, di luar sana entah apa gossip la pulak. Arhhhh lantaklah, yang penting aku sedang menikmati kebahagian. Sapa2 yang jatuh cinta pun asyik masyuk jugak. entah2 ada lagi teruk dari itu.

Selepas sarapan kami naik semula ke foyer.

"sorry tadi, tak dapat elak. takkan nak g makan tempat lain kan. nampak sangat la pulak", kataku. Takut juga abang PP kecik hati sedangkan kami dah janji nak dating pagi itu.

"tak pelah. namapun duk kolej.lainlah kalau g makan kat tempat lain tadi", katanya .

Aku tau ada nada kecewa dalam kata2nya.Dia manusia jenis susah merajuk. tapi very sensitif.Kami berbual lagi. macam tak cukup hari nak bersembang. Agaknya betullah kata orang, Masa bercinta ada saja nak disembangkan. berejam2 pun terasa seperti sekejap.

"Abang tak de ker kat langkawi nanti", tanyaku. Kalau ada kan best. Kurang sikit rindu. haha...

"Tak dapat la yang. Abang bz sikit ni. Abang balik Langkawi pun dah lewat. by the time you all nak balik KL abang baru nak balik sana. mak abang pun bising gak." luah Abang PP.

"kesian Abang. tapi kan kalu ikut logiknya, Abang balik langkawi nanti sekejap je la yer. Sbb semester baru dah nak bukak ni", kata ku konpius.

"memang la sekejap, tapi mesti balik, nanti orang tua bising."

kami berborak sakan. dari duduk, dia berdiri. Aku pulak, dari duduk kaki berlunjur, aku bersila. Sekejap2 kami ketawa. Sekejap2 serious. penat berdiri, dia datang bersila mengadapku. Aduhai... cinta.. terasa begitu indah saja.

perbualan kami terpaksa dihentikan kerana aku ada meeting khidmat siswa. dan kami berjanji untuk kesekian kalinya untuk bertemu lagi.


-----------------------------------------------------


Petang itu aku melepak bilik CT. Gee pulak memang selalu invisible. tu penangan cinta jugak tu. Minah tu sakan bercinta dengan Sham. Sedang kami berbual, pintu bilik itu terkuak.

"Sib baik kau ada sini Ly. Abang ko nak jumpa tu. tak yah aku susah2 g bilik kau" kata Gee.

"la, dating lagi pompuan ni. tak penat ker hang duduk jer berborak. Bukan leh baring2 pun" Cik CT dah mula membebel dah tu.

"hihi... kalau dah boleh baring2 tu dah lain cik kak oii. kalau mak abah aku tak kisah sekali mak bapak dia tak kisah, dah lama aku minta dikawenkan..." kataku disambut ketawa riuh CT dan Gee.

Aku keluar dari bilik itu terus menuju ke foyer. kelihatan Abang PPku dah menunggu di situ. Ish, baru ku perasan, dia dah mencukur misainya. barulah nampak handsome sikit di mataku. kalau tidak semak jer aku melihatnya.

"jom keluar jom", ajaknya.

"ha nak keluar ker... nak kena balik bilik ni tukar baju", kataku yang seakan terkejut dengan ajakan dia. kali terakhir kami dating di luar kolej itulah masa malam kami di tangkap basah dulu.

"Ala, tak payah la, baju tu pun dah ok" kata Abang PP.

"yer ker... tak nampak serabai?" tanyaku padanya.

"tak pun. cantik jer Abang tengok." katanya selamba.

tapi akhirnya ku mohon berikan aku 10 minit untuk balik ke bilik. Aku membersihkan muka, dan make up nipis. sekadar calitan lipstik pink sahaja daa... kemudian menukar baju lain. takkan nak pakai t-shirt yang aku pakai dari pagi tadi. aku mencapai purse kecilku, dan keluar semula ke foyer.Aku lihat Abang PP setia menantiku dengan 2 helmet dan sehelai jacket. Dia pulak sudah siap memakai jacket. baru ku perasan dia memberiku jacket yang dia dapat semasa menjadi pembantu pelajar kolej dulu.

"Isk, Abanngg... berjacket bagai ni nak pergi naik apa? ingat nak jalan kaki jer tadi. nak pergi mana ni?"tanyaku. banyaknya soalan...

"Alah, kita naik motor hari ni yer. penat lah sayang jalan kaki jer. lagipun nak keluar dari UM, Nak naik teksi mahal tau" katanya mohon pengertianku.

"malulah kalau kawan2 nampak..."Aku seperti nak menolak ajakannya tapi tak sampai hati.

lagipun aku memang sentiasa ingin bersamanya. Apatah lagi menjelang tengah malam ini kami akan berpisah kerana aku akan bertolak ke Langkawi.

"Apa kata Yana tunggu abang di tempat parking di sebelah blok A. Kat sana terlindung sikit. dan kita boleh terus keluar dari sana. takkan ada siapa nampak pun" kata Abang PP.

beria2 nak mengajak aku naik motornya.Aku tiada pilihan lain. aku terpaksa bersetuju sahaja. hish, ni aku menyampah ni. Kuasa vetonya buat aku tak terkata apa. Dan kalau aku beria2 menolak pulak, nanti tak pasal2 aku ke Langkawi dengan hati yang sedih pulak. Pandai betul Abang PPku ini trick aku pada ruang dan peluang yang tepat. Dia tau aku tiada pilihan lain. Alah.... lagipun time ni cuti semster. mana ramai student. Yang adapun hanya tak sampai 40 orang di kolej.

Kami akhirnya keluar juga. Buat pertama kalinya aku terasa berdebar la pulak.. Dah lama tak berdebar sebegini. malunya aku............. Terasa kami sangat dekat la pulak. tahu2lah kalau dah membonceng motosikal berdua. aku tak pegang langsung dia. Nak pegang kat mana yer.. pinggangnya ker.. haha. Apalah aku ni. macam tak pernah naik motor langsung...

kami rupanya keluar ke Bangsar. Di sebelah masjid di bangsar itu, ada sederetan food court. meriah betul di situ walaupun hari masaih awal. baru pukul 6 petang. Abang PP membawaku ke gerai 'no 4 'Man, western dan porridge'.

" Apa yang sedap kat sini", tanya ku memecah kesunyian dari tadi.

"Abang nak Yana cuba porridge dia. sedap tau bubur nasi tu sekali ada telur masin, ikan bilis, kacang goreng. Ada lobak asin lagi. dan paling kaw sambal kicap dia...".

Hihi... orang nak belanja apa salahnya.

Abang PP memesan dua mangkuk porridge. Dia sendiri memesan jus karot susu sementara aku jus tembikai.

" napa tak pegang Abang tadi masa naik motor. kalau jatuh tadi camne", tanya Abang PP sambil tersengeh2.

" ok jer tadi.. tak jatuh pun" kataku. terasa rona mukaku merah menahan malu.

" Apa nak malu yang oiii... abang bukan buat apa2 pun", katanya yang tak hilang lagi sengehnya.

" pandai eh. tak bagi orang pilihan langsung, kalau ikutkan tak nak naik motor berdua tau. tapi terpaksa rela jer ni... menggunakan ruang dan peluang betullah abang ni". bebel ku.

dia ketawa kecil. tapi aku bahagia melihat dia ketawa. sekurang2nya perbualan kami tak sentiasa tegang dengan kata2 serious dan merajuk serta pujukan saja.

Budak pelayan gerai itu datang.

"sorry sis, watermalon tak de lah. leh tukar air lain tak" katanya sambil tepat memandang mukaku.

" Aik tak de ker... yang tergolek kat dalam bakul tepi gerai tu apa" kataku sambil menunjukkan budak itu ke arah sebiji tembikai yang besar tergolek elok sahaja di dalam bakul tepi gerai itu.

"haah la.. ada pulak tak perasan tadi. sorry sis",kata budak pelayan itu menahan malu.

Aku dan abang PP ketawa sakan. Aku paling susah berhenti ketawa. Terasa peristiwa ke'blur'an budak pelayan gerai itu sesuatu yang sangat lawak.

"Dah lama abang tak tengok Yana tergelak sakan macam ni", katanya sambil memandang wajahku.

Aku masih lagi tergelak sambil mengesat ait mataku kerana terasa sangatlah lawaknya kejadian tadi. tiada jawapan dariku yang masih tergelak nak2 bila mana aku teringatkan muka blur mamat tadi. Sudahnya kami berdua tak dapat bercakap apa2 sebab aku asyik ketawa.Selepas makan, kami terus balik ke kolej. aku harus bersiap, kerana pada pukul 10 malam kami akan bertolak ke Langkawi.

----------------------------------------------------

Bas persiaran telah sedia menanti di depan kolej. Aku, Ct dan gee serta peserta khidmat siswa yang lainnya sudah berada dalam bas. Abang Zul selaku pengarah projek kelihatan sibuk mengarahkan semua orang naik ke atas bas.

Dari luar tingkap Aku nampak Abang PP berdiri dia tas tangga sambil berbual dengan abang Zul. Kemudian dia datang padaku.

"Take care tau. jangan nak nakal2. abang tak de ni." katanya padaku.

CT terus pindah duduk di kerusi lain sementara memberi aku peluang say bye-bye kepada buah hatiku.

"okey... Abang jugak, tak care" kataku.

"will miss u"

"me too....."

Dan bas pun bertolak tak lama selepas itu. Aku melambaikan tangan kepadanya sampailah aku tidak nampak dia lagi. Aku pasti dia juga memerhatikan bas itu pergi sampailah bas itu hilang dari pandangan...

Arhhhhhhh... betapa aku akan merinduinya....... sangat....

Tuesday, January 6, 2009

ADC bab 25

Sekembalinya aku dari kampung, aku dan kawan2ku betul2 sibuk untuk persiapan terakhir sebelum berangkat ke Langkawi. Malam itu, kami membuat banner di dewan makan.sambil membuat banner kami berbual sakan. Ada saja yang membuat lawak. Team khidmat siswa kali ini best2 semuanya.

Sedang kami leka berborak sambil mengecat banner, terasa seperti ada mata yang memerhatikan aku. lantas aku menoleh ke arah foyer ...

Abanggggggggg... kata hatiku bagai nak menjerit...

isk, kontrol2... ramai orang ni...Abang PP memberikan isyarat tunggu padaku. Dan dia sempat menunjukkan ke arah rambutku dan menggangkat thumb up.Aku tersengeh2 seorang diri.. hihi...

aku sebenarnya baru potong rambut pendek. inilah kali pertama aku berambut pendek semenjak masuk ke UM. Tak sabar pulak nak tunggu Abang PP datang...

Hish siapkan kerja ni dulu. pas dah siap karang, nak dating ke apa ker, lantak ko lah Yana... kata hatiku...

Setelah kerja2 mengecat banner hampir siap, aku bergegas mintak diri. Sempat aku membisikkan pada CT, kalau ada apa2 cari aku di foyer...Budak2 team khidmat siswa ramai yang dah bersurai membuat hal masing2. tinggal dua tiga orang lagi masih de dewan untuk mengemaskan alatan mengecat.Aku bergegas naik ke foyer melalui tangga yang menjadi saksi tempat pertama aku dating dengan Abang PP. sangat nostalgia lah pulak tangga tu... Aku tersenyum sendiri.

" Abangggggg, dah lama ker tunggu" aku mulalah tu nak buat manja2.

" baru jer la Yang. tadi mandi cepat2 jer. tak sabar nak jumpa. lawalah rambut pendek, nampak very executive look" katanya sambil memegang rambut baruku.

" ish ngada2lah. biasa aje. err tapi cute ker yana ni." hahaha... aku ketawa.

"rambut pendek lagi cute tau... ni ikhlas tak tipu tau" katanya yang masih lagi memegang rambutku.

" tapi Yana satu jer tak berkenan lah Abang."kataku sambil kembali serious sambil melihat wajahnya.

"Apasal pulak, dah potong rambut, mana leh sambung balik" katanya sambil ketawa.

"Bukan pasal Yana lah. Abang tu, tak sukalah bermisai2 ni. Tak handsome lah. nampak macam lelaki jahat jer..." turn aku pulak ketawakan dia.

"oh yer ker tak suka... ok apa mcm ni. nampak macho.."katanya.

"Cis, macho apa... tak nak laa... lain kali nak bersih jer tau tak nak ada misai ni. nipis pun tak nak..."kataku...

"la, pasal misai nak merajuk jugak ker...nanti Abang p shave yer. manja sangat.... lemah!" katanya padaku...hihi.

aku sebenarnya memang tak suka lelaki bermisai. tak tau kenapa. mungkin aku rasa nampak semak jer muka. macam tak bersih. hihi. aku jarang suarakan apa yang aku nak. tapi Abang PP selalau kontrol aku. kali ni aku betul2 paksa dia supaya jangan sesekali ada misai. Benci benar aku melihatnya. Bukan benci dia... sememangnya aku tak suka.

kami berbual banyak perkara. namun tak sesekali aku menyentuh pasal hal budak dental itu. Aku dah lama tak jumpa dia, bagiku hari ini bukan masanya nak cari pasal atau nak merajuk. Esok malam, aku akan bertolak ke Langkawi. Hanya malam ini dan esok sahaja aku dapat bersamanya.

sakan kami berbual sampai aku tak sedar sudah pukul berapa. Tau tau pak guard datang untuk menutup lampu foyer menandakan kami harus berpisah... Abang PP menghantar aku sampai ke border antara dewan dan asrama perempuan.

" sweet deram tau.. mimpikan Abang kalau boleh" katanya padaku.

"Eh, mimpi ni boleh request ker..." aku ketawa beria ia...

"Mulalah tu..."katanya padaku..

"mana ada, gurau jer la..." hish, sensitif sangat. gurau pun nak terasa.

"Ok ok.. esok jam 8 tau, kita breakfast sama2... mesti. Abang tunggu tempat biasa. Jangan terlajak tidur lak.

"katanya padaku. aku terus berlalu... tapi Abang PP memanggilku. hish nak apa lagi ni, dah pagi buta dah pun...

dia buat isyarat flying kiss... huhu. first time buat gitu. aku pun apa lagi, buat muah2 lah jugak..

hihi gatai betul!

Sampai bilikku, aduhai... bahagianya.... macamanalah kalau ditakdirkan aku hidup tanpa dia... adeh, ni dah dialog hindustan lak ni... hahaha

ADC bab 24

Rajukku kali ini paling panjang. dan agaknya Abang PP pun dah tak kuasa memujuk. Ker dia dah pergi rujuk dengan awek dental tu. Ahh. lantak dia lah. aku tak kuasa dah asyik nak fikirkan hal itu sahaja.

Yang aku tau, aku sekarang dengan kawan2 aku sibuk menguruskan persediaan terakhir projek Khidmat siswa kami itu. Lagipun dalam masa dua minggu lagi kami akan bertolak ke Langkawi menjayakan Khidmat Siswa itu. dan minggu depan merupakan cuti semester pertama.

Aku ambil kesempatan untuk balik ke kampung selama dua tiga hari sebelum kami bertolak ke Langkawi. kalau tidak aku tiada masa nak menjengah mak abah serta adik-adik di kampung kerana kami akan berada di Langkawi selama seminggu. Dan yang pasti kali ini Abang PP tak akan ada menemani aku di Hentian Pekeliling kerana Pelajar tahun 2 jabatan Geologi akan ada field trip di Perak pada masa cuti semester nanti.

Arh.. aku tak kisah pun sebab hatiku masih sakit pasal peristiwa bekas aweknya itu. Tambahan pulak, Haslinda memang aku kenali kerana kami satu sekolah dan dia pulak budak band sekolah kami. Tentunya dia glamour di sekolah dulu. Tapi aku tak pasti Linda kenal aku atau tidak.

--------------------------------------------------------

Aku sudah berada di kampung. balik kali ini terasa sangat sekejap. Agaknya sebab masaku suntuk sangat kerana terpaksa balik semula ke kolej untuk projek Khidmat Siswa itu. Tapi aku begitu teruja kerana inilah kali pertama aku akan ke Langkawi.

Hmm.. terlupa pulak aku yang Abang PP memang akan balik ke Langkawi juga kerana keluarganya menetap di Langkawi. Bapanya bekerja sebagai Timbalan Pegawai Penguasa Polis di IPP Langkawi. Alah bukan aku nak jumpa dia pun. Kami pasti sibuk dengan jadual yang ketat nanti.

"kring......... kring.........."Malasnya aku.. tah2 Abang PP ni.. nak pujuk aku ker. Dah rindu kat aku ker... ku biarkan telefon itu lama berbunyi.

"Ngah oii... kau kat mana tu. Angkat jap telefon tu" kedengar suara mak dari dalam biliknya.

Aku menuju ke meja telefon lalu mengangkat gagang telefon.

" Assalamualaikum..""lily, apa kabar... ingat Abang lagi tak?"... sapa suara yang sudah lama tidak aku kedengaran di cuping telingaku...

" Eh, kau nak apa lagi. kau tak faham bahasa yer... Aku kata jangan cari aku... Aku dah lama lupakan kau..." kata2ku begitu kasar sekali.

"tolong la Lily, sekali ni jer abang nak cakap ngan Lily. bagilah Abang peluang", rayu suara itu.

" Aku tak suka kau... faham... jangan ganggu hidup aku lagi. titik!". Aku terus menghempas gagang telefon.

Hish.. Is ni betul2 mengganggu hidupku. Aku kalau boleh tak mahu ada apa2 hubungan dengan dia lagi. Nak jadi kawan pun aku tidak mahu. Kenapa dia tak mengerti...

"kring... kringg.... kringgggggg...."Geramnya aku dengan bunyi telefon ni...

" Ha, nak apa lagi...." kataku dengan kasar.

" Sayang, Abang ni la. Kenapa Yana marah." kata suara itu yang sememangnya ku tunggu2 panggilan darinya.

" Eh, Abang. Tadi tah ada sapa tah telefon, pastu cakap bukan2." bohongku. nada suaraku serta merta jadi lembut.

" Abang kat perak ni. Miss u la sayang. Lama tak bersembang. hari tu balik kampung tak jumpa Abang pun. tau la Abang hari tu buat salah.", Abang PP aku dah mula dah membebel.

" Ala.. sesekali tak jumpa lama macam ni best jugak kan... baru terasa rindu dendam." kataku sambil tergelak kecil.

kami berbual lama. Rasanya aku takkan sempat berjumpa buah hatiku sebelum aku ke Langkawi nanti. Dan setelah aku pulang dari Langkawi, dia baru nak balik ke rumah keluarganya di sana.. kali ini betul2 lebih kurang 2 minggu aku tak akan berjumpa langsung dengannya. di tambah lagi kes hari tu... lamanya la... aku rindu sangat ni. sarat rinduku....

kami menamatkan perbualan setengah jam itu dengan ucapan I love you . Aku seperti biasa hanya mampu menjawab.'me too' sahaja....

Emak keluar dari bilik. kebetulan Abah tiada malam itu kerana ada mesyuarat JKKK kampung.

" sapa telefon tadi Ngah" tanya mak.

" kawan" jawabku ringkas.

"kawan yang mana"

"kawan kat UM"

isk, mak ni banyak tanya. Mak dah la garang. tapi sejak aku memasuki umur 20 ni mak dah tak berapa garang sangat.

"tak yang mula2 tadi, kenapa kau cakap menengking2 kat telefon tadi" soal mak. Muka mak serious betul.

"oo.. tu kawan lama kat maktab tu" jawab ku.

Isk yang pi ngaku buat apa... Eh, takkan aku nak bohong mak pulak..

"itulah mak dah kata, dulu masa sekolah jangan gatal nak berpakwe sana sini. masa kau tu masih panjang. Lama lagi nak hidup, banyak orang lagi nak jumpa. ni kau dah jumpa orang lain, ko terus lupa dia. konon kau tak setaraf dia. kau marah2 dia telefon... jangan buat orang Ngah, nanti kena balik pada kita...".. mak berleter panjang.

Aku diamkan diri aje. takkan nak menjawab pulak kan...aku tiba2 terasa kesal dengan apa yang aku lakukan pada Is tadi. kesian dia. kalau aku tak nak suka dia sebagai kekasih, apa salahnya aku anggap dia sebagai kawan jer. sekurang-kurangnya aku tiada musuh...arhh... bosannya... nasib baik aku dah nak balik kolej 2 hari lagi.

ADC bab 23

Selepas peristiwa tangkap basah tempohari, aku memang berhati2 untuk keluar berduaan malam2 hari. paling tidak pun kami hanya keluar makan dan balik bersembang di foyer kolej. setiap kali kami keluar pasti berjalan kaki. beberapa kali Abang PP mempelawa aku naik kapcainya, tetapi aku masih teguh dengan pendirianku takkan membonceng motosikal dengannya... Kenapa, aku pun tiada jawapannya. Mungkin aku taknak menjadi bahan gossip member2 kolej melihat aku bertenggek di atas motosikalnya.

----------------------------------------------------

Hujung minggu itu berlangsung Sukan Universiti Malaya (SUKMUM). Aku tidak melepaskan peluang menonton beberapa perlawanan yang melibatkan kolej kami. Paling aku suka menyaksikan perlawanan rugbi dan softball. Terjeritlah aku di tepi padang tatkala kolej kami berjaya mendapat bola atau meneruskan larian.

Abang PP memang mewakili kolej dalam perlawanan tenis. tetapi langsung tidak dibenarkan aku datang menonton. Geram jer. Apa tah yang nak disoroknya. Aku nak pergi tengok curi-curi pun jadi malas . Bukannya apa, aku tak nak sudahnya akan mengundang pergaduhan... dan seperti biasa bila bergaduh tak dipujuk, aku mesti lari balik kampung. Tapi aku suka juga buat begitu untuk menduga hatinya. Paling teruk pun dia biarkan aku sehari dua, lepas tu akan mencariku semula. dan setiap kali aku balik kampung, dia mesti akan menungguku di Hentian Pekeliling...

Tak de surprisenya pun lagi. Tapi lepas tu mesti kami kembali intim macam tak de apa yang berlaku. Aku tau kelemahan dia... Dia tak sanggup kehilangan aku. tapi itulah yang aku selalu buat bila aku sakit hati...

Petang Ahad itu, Abang PP mengajak aku menonton perlawanan softball. Alah malasnya aku nak pergi ke padang varsiti tu sebab match petang itu antara 1st college dan 6th college. tapi nak jaga hati dia aku pergi jugak sebab dulu masa zaman Asasi Sains , Abang PP tinggal di 1st Collage. Memang semangat 1st College dia tu masih menebal sementalah kawan2 baik dia semua masih menghuni kolej itu.Setibanya kami di padang varsiti, aku lihat Nana, Wan, Sler, Majid, Am, Elina, Sui dan beberapa kawan Abang PP ada di sana. Huh! Klik2 ni kalau bersorak karang mengalahkan chear leaders ni. Mmg aku tau. riuh rendah kat padang ni nanti suara dia orang aje.

Perlawanan sudah bermula sebenarnya. Semasa kami sampai, Pasukan Kolej 6 (Kolej medic n dental), baru sahaja mendapat giliran memukul bola. Lama kami bersorak. tiba -tiba giliran seorang budak perempuan yang tinggi lampai... Aduh, mana aku lihat budak ini yer... mukanya sangat familiar di mataku...

" Ha, N'jum, kita tengok sapa yang kenaaa", tiba2 Sler bersuara diikuti ketawa yang lainnya.Aku langsung tak faham. tapi tengok jer la.

Selepas budak perempuan itu berjaya memukul bola, dia sempat berlari pantas ke base yang pertama lalu jatuh betul2 di hadapan aku dan Abang PP...

"La... N'jum, tau2 jer dia nak jatuh kat ne... tolong la angkat", sampuk Wan pulak.

Abang PP hanya sengeh jer, dan aku tengok Nana mencubit Wan sambil memandangku.. Peliklah aku dengan semua orang ni. kami tak tunggu perlawanan abis sebab aku terasa nak balik pulak. Aku taknak terlepas makan malam di kolej. padahal makanan kat kolej bukanlah sentiasa sedap. Tapi aku tak betah duduk lama di situ... Cemburukah aku...

Dalam perjalanan balik ke kolej aku diam seribu bahasa. Sesekali Abang PP berkata sesuatu, aku hanya mengiakan saja. Fikiran ligat berputar di manakah aku melihat budak perempuan itu.

"Yang, dulu kan kat masa sekolah SIGS apa paling heppening?"tanyanya tiba-tiba.

"kalau pasal sport hoki kut. Chearleaders.. tak pun paling famous SIGS band la" kataku yang langsung tak syak apa2.

"SIGS band memang terkenal. tapi musuh paling utama STF band kan" katanya...

"Aah.. "jawabku ringkas sambil mengingati detik kepopularan Band SIGS di Johor Bahru.

"dulu kan kalau drum major nak baling besi panjang tu mesti kami cuak. takut tak dapat sambut. tapi kalau dapat sambut kami bersorak giler-giler punya", kataku bagai melupakan apa yang berlaku di padang varsiti tadi.

"Sapa nama drum major SIGS yer. dulu ada masuk surat khabar.", tanya Abang PP padaku.

"Setiap tahun tukar orang la.. yang pasti masa Yana form 5 , nama dia Haslina. Kami panggil Nad jer. Pastu yang tahun sebelum tu apa nama dia yer... something like Has.... apa tah.. tapi bukan Haslina..", kataku yang masih blur.

"Haslinda kut..." kata Abang PP."ha.. yer la Haslinda. Haslinda Mokiah.. pandai Abang teka.. Tapi mana Abang tau ni", tanyaku mula syak sesuatu.

"err perempuan yang jatuh tadi tu Haslinda lah. Dulu dia kawan Abang"...

Cis! Aku terasa nak meraung jer. Tak fikir ker dia yang aku akan sakit hati bila dia bercerita kisah cinta dia dulu. Dulu pernah aku kata padanya, kalau terasa pedih, luka atas kegagalan cinta dulu, jangan sesekali sebut2 lagi. nanti akan membawa kepada kenangan itu.

tapi dia ni betullah... kenapa dia masih mengingati kisah itu sedang aku seperti sudah lama membuang Is jauh dari hidup aku. tak pernah sekalipun aku teringatkan Is.

langkahku makin laju meninggalkan dia. dia mengejar aku untuk meminta maaf atas keterlanjuran dia tadi. lantas ku katakan, kalau nak ingat sangat kenangan lama dia, pergi semula ke padang varsiti tadi, dan pergi rujuk semula dengan perempuan itu. jangan sesekali cari aku...

Sudahnya petang itu aku merajuk lagi untuk kesekian kalinya. tapi aku tiada alasan untuk lari balik kekampung memandangkan esoknya sudah hari Isnin menandakan masuknya minggu baru....

ADC bab 22

Kau Ilham Ku

Beribu bintang dilangit
Kini menghilang
Meraba aku dalam kelam
Rembulan mengambang
Kini makin suram
Pudar ilhamku tanpa arah

Sedetik wajahmu muncul dalam diam
Ada kerdipan ada sinar
Itukah bintang atau rembulan
Terima kasih kuucapkan

Izinkan kumencuri bayangan wajahmu
Izinkan ku mencuri khayalan denganmu
Maafkanlah oh...
Andai lagu ini
Mengganggu ruangan hidupmu
Kau senyumlah oh...
Sekadar memori
Kita di arena ini
Kau ilhamku
Kau ilhamku...

Lagu nyanyian Man Bai kedengaran di corong radio. lagu ni menjadi siulan di kala ini.. Lagu tu jugak menjadi lagu aku dan dia.. Aku jarang mengaitkan hal2 aku dengan lagu, Tapi Abang PP suka kaitkan dengan lagu. Kalau dia rasa ada kena mengena jer dengan kami, mesti dia hantar lirik lagu padaku ... aduhai.. indahnya lah percintaan. tu yang buat aku terasa sangat dicintai...

Agaknya siang malam pagi petang dia asyik mengenang aku jer kut sebagaimana aku asyik teringat dia jer...isk.. mulalah aku ni nak berangan. padahal dia entah ingat aku tak tidak..


----------------------------------------------------------

Pertandingan Seni pentas berlangsung dengan jayanya. JKP kreatif kolej kami mendapat pujian dari Master kerana menjadi Johan 2 ketegori. Nyanyian Asli dan Nasyid. Mendapat tempat ketiga dalam tarian kreatif. aku pun tumpang berbangga kerana tak sia2 penat lelah aku membantu menjayakan hal2 belakang tabir. Orang paling gembira tentunya Abang PP.

"Yang, Abang happy la usaha kita berjaya. Last year, kolej kita tak de menang langsung tau" Aku nampak kegembiraan dia... terlalu...

"yer ker.. kiranya tahun ni berjaya abis la.." kataku yang jugak sama 2 tumpang gembira.

"Abang semangat sbb Yana sentiasa ada beri sokongan. memang Abang tak buat keputusan yang salah lantik Yana dulu" tambah Abang PP..

"Ada ker pulak Yana.. orang lain mainkan peranan gak tau. bdk2 yang masuk bertanding tu lagilah berusaha berlatih setiap hari. Kalau nak dibandingkan Yana ni wat pe, setakat taip surat... Masuk tarian pun keluar... nyusahkan team tu jer cari backup dancer".. panjang lak aku membebel.

"hal tarian tu jangan nak ungkit lagi la Yang.. Abang memang nak Yana keluar pun tapi takkan nak paksa suh keluar. masa tu mana leh guna kuasa veto", katanya sambil memandang padaku...

"ooOOOoo.. kuasa veto eh... ngada2lah abang niiii"... mulalah aku ni nak buat manja tu..

"Janganlah Yang manja2.. risau Abang ni. Karang tak pasal2 setan menghasut terterkam lak..." katanya dengan nada bergurau.

tapi aku mendengarnya menganggap ia bukan satu gurauan. aku mula takut berdua2an dengannya. Aku rasa selama ini dia tak pernah ambil kesempatan padaku. memang tak pernah. tapi salah aku jugak. bukan nak menggodanya. tak terniat pun. tapi aku terasa macam kes lama dulu.. janganlah kepercayaan aku hilang padanya... dah la malam2 buta tepi tasik lak ni. first time dating tepi tasik.

sedang kami berbual dan nak bangun berjalan pulang ke kolej, tiba2 tiga empat orang berjubah datang menghampiri kami...

"Err.. buat apa malam-malam ni. Siapa nama? kad matrik mana".. soal seorang lelaki siap berkupiah bertalu2.

tapi aku langsung tak menjawab. Mukaku ku rasakan pucat. tapi Abang PP sangat gentleman.

"Kami tak buat apa2. Awak semua pun tak de hak nak rampas kad matrik kami sebab kat Matrik hanya pihak atasan dan pak guard jer ada hak nak check... jadi saya dengan segala hormatnya minta diri." kata Abang PP sangat tegas.

2 orang pelajar Akademi Islam (AI) itu cuba menyoal aku tapi langsung satu patah pun aku tak buka mulut. aku hanya diam membatukan diri. Aku sangat takut karana apalah akan jadi kalau kami dilaporkan kepada pihak UM. Abang PP cuba menarik tanganku untuk membawa aku pergi dari situ, tapi dihalang oleh pelajar yang memakai jubah tadi.

"Dia boleh balik sendiri. tapi awak tinggal kami nak soal siasat" kat salah sorang dari 4 orang itu kepada Abang PP.

"Eh, you all dah hilang akal. Dia tu perempuan, nak suruh jalan seorang malam2 buta ni. Dia tanggungjawab saya sepenuhnya, jadi dia datang dengan saya dan dia sepatutnya selamat balik bersama saya. Kami tak de buat apa2, jadi seharusnya budak AI seperti anda semua jangan nak berlagak menjadi pencegah maksiat. Apapun terima kasih kerana mengingatkan kami apa yang kami buat duduk berduaan ni salah..." kata Abang PP dengan tegas dan terus menarik tanganku berlalu dari situ.

Kami jalan sangat cepat meninggalkan bdk2 AI itu. aku masih tergamam dan diam sepanjang jalan balik ke kolej. Sampai di persimpangan antara jalan menuju Kolej Kinabalu dengan Kolej Zaaba, barulah abang PP bersuara.

" Yana jangan takut sayang. Abang ada... takkan ada sesiapa berani apa2kan Yana" katanya.

Dengan tak semena-mena aku menangis. Bukan kerana aku takut ditangkap basah, tetapi kerana Abang PP begitu bertanggungjawab terhadap diriku. Perbualan kami sebelum berlakunya kes tadi membuatkan aku merasakan dia amat tulus padaku... dia betul2 menjagaku seperti mana janjinya. kalu ikutkan budak2 AI tadi ada ker disuruhnya aku balik malam2 buta seorang diri. Kini aku tahu, aku selamat di samping Abang PP.

ADC bab 21

Bangun tidur pagi itu, aku berniat untuk terus menceriakan hari2 mendatang. Selagi aku ceria dan happy, selagi itu hidupku akan lebih bermakna.

Aku keluar bersarapan bersama CT. Nasi lemak. Teringat pulak nasi lemak mak aku... dan teringat pulak insiden ambik order nasi lemak Abang PP masa gerai konvo dulu... berserabut perut aku masa tu tak tentu arah. Manisnya kenangan itu... Tiba2 aku tersenyum-senyum pulak...

"oii cik kak, makan la. hang pi senyum sorang ni apasal. sudah2 lah berangan tu", Ct menyapa aku. Dia pun tersenyum2.. macam tau2 jer aku duk berangan... haha

"ha, tu ha, abang ko datang tu," panjang muncung mulut si Ct ni.Aku ketawa kecil.

"Ehem.. happy nye korang berdua pagi ni. Leh join duk sini tak" Abang PP menyapa kami.

" hang kalau nak duduk baik hang duduk sebelah aku ni. dapat bertentang mata ngan buah hati hang, karang hang duk sebelah dia, wat pe, hang tengok aku la pulak", kata Ct sambil ketawa..

" ye tak ye gak ek.. tengok hang wat pe..." kata Abang PP.

Sakan dua orang ni ketawa.Aku naik malu pun ada. Cam ne ni, dia duk depan aku lak... Isk, terasa janggal la pulak. macam tak biasa aku ni. kena tenung lebih dari tu pun penah. tapi pagi ni perasaannya sama seperti masa mula2 berkenalan dulu. Ada terasa segan, terasa berdebar, perut aku ni tah senak, tah serabut. Rasanya usus dalam perut aku tu berserabut kut.. hahaha

"hang tak de kelas ker pagi ni T. Setahu aku cik adik manis depan ni pagi ni memang tak de kelas", kata Abang PP memecah kebuntuan aku yang diam aje dari tadi.

"ishhh, kalau tak dak pun, aku nak bangkit dah ni... nak balik bilik sambung tidoq", kata Ct... pastu tak semena2, bangun jer minah ni..

"Eh, ko nak g mana pulak ni, Aku nak ikut", baru aku bersuara, panic aku nak ditinggalkan dek CT..

"Laa hang ni, hang duk la sini. hang ni kenapa? hang takut hantu ka. dah, hang duk sini. Aku nk p kelas la"... Ct tinggalkan aku sudahnya..

Apa nak buat ni. Kalau aku bangun tinggalkan Abang PP aku ni, terasa melampau la pulak. Dia baru nak baik ngan aku tu. Tapi duk ngadap dia terasa janggal la pulak. Malunya aku... Kenapa dia tengok aku lak ni... Hish amatlah tak selesanya. Ada tahi mata ker kat mata aku nih, tak pun bulu hidung terkeluar ker....

"Yang, lap mulut tu.. makan comot" katanya sambil senyum2..

"Eh yer ker... kat ne" tanyaku spontan.

"belah sini", Abang PP menunjukkan di sebelah kiri mulutnya.

Aku lantas mengelap tepi mulutku sebelah kiri...Tiba-tiba dia ketawa sakan... Apo hal lak nih...

"saje jer nak trick Yana, tak comot pun lah, saja jer, Abang tunjuk belah kiri mulut Abang, Jadi yana sebenarnya belah kanan tau... sebab yana duduk depan Abang", katanya sambil senyum2...

"Abangggg ni"...

adeh.. lama aku tak buat suara manja macam tu. nak termuntah aku dengar suara aku sendiri..

"Manjanyaaaaa... ni Abang sayang ni."aku menemaninya makan seketika, kemudian kami keluar dari dewan makan menuju je foyer.

" Maaf la hari tu, marah Abang yer", katanya masa kami sama2 melabuhkan punggung duduk di kerusi bulat depan bilik komputer itu. dah jadi macam kerusi kami la pulak. Asal nak jumpa jer, kat situlah tempatnya.

"tak la marah, tapi kecewa..."balasku ringkas.

"tak payah la cakap hal tu lagi. Buat sakit hati aje", tambahku.

"err.. nak cakap apa ek... rindu lah yanggg... suka hilangkan diri sampai tak nampak bayang tau. Buat Abang macam orang hilang akal. terjengah sana sini, tapi tak de. Lama lak tu, seminggu tau" aduhai, kesiannya.

tapi padan muka dia. tu baru tak nampak bayang. kalau aku lari terus baru tau...Kami berbual macamlah tak de hari lain lagi. lama kami berbual sampailah waktu makan tengahari. sampai aku terpaksa mintak diri sebab petang tu aku ada kelas bahasa Inggeris. Aku tau abang PP ada kelas geologi.

"Nak Abang hantar tak g kelas, tapi Abang tak de kereta. kapcai jer", pelawa dia. first time nak bawak awek naik motor ker... haha

"tak pe lah. Lum sedia nak naik motor berdua2an .. malu bdk2 kolej nampak. Takpun Abang jer la jalan kaki ngan Yana nak", pelawaku pulak...

" Jalan kaki pun jalan kaki lah... janji cik adik manis tak ilang lagi"

Aku ketawa dia pun ketawa. Selepas makan tengahari, kami berjalan kaki dalam terik matahari ke kelas. Sib baik aku ada payung... Alahai, romantik la konon tu. berpayung berdua. kalau Pak din ker daud nampak ni, sure dia orang kata macam pengantin.. haha

ADC bab 20

lama betul aku tak outing ngan kawan.. Asyik melayan perasaan cinta ngan Abang PP jer. Jadi hari sabtu itu aku dan kawan2ku keluar beramai2 semata2 nak pergi tengok wayang. Lama jugak aku tak tengok wayang sejak kali terakhir aku tengok dengan Is, lama dulu. tu pun citer sembilu lakonan erra fazira, awie n ziana zain...

so hari tu movie Kad Cinta menampilkan lakonan pertama Nasha Aziz di layar Perak. Orait la jugak cerita ni. rasanya first time aku tengok filem Julie dahlan tak de orang pakai bikini. hahaha

Habis tengok wayang kat panggung Odean berdepan dengan Kompleks Pertama, kami jalan2 pulak pasar malam Jalan Tunku Abdul Rahman. Sakan berjalan sampai malam. Balik kolej malam tu memang ngantuk giler. Tapi sepanjang kat kolej mana ada aku tidur cepat. Balik tu aku dan kawan2ku sambung berborak lagi dekat foyer. sedang kami sakan bersembang, Abang PP tiba2 muncul.

"Yana, Abang ada hal nak cakap", katanya padaku. Aku terpaksa meninggalkan kawan2ku yang sebenarnya sedang hangat bergossip pada ketika itu...

"Apa dia, bang", tanyaku yang seakan terganggu dengan panggilannya...

"mak oii, jalan dah la tak ingat dunia, kita panggil leh tanya apa dia. Bukan nak tanya kabar Abang awak ni. sakit ker, apa ker", luahan hati dah abang aku ni...

" la, abang sakit ker", alamak macam bodoh la pulak bunyi jawapan aku tu..

"sakit hati", jawabnya amat ringkas..

apalah pulak ni. nak cari pasal la tu.aku tak faham apa yang dia tak puas hati. takkan keluar dengan kawan2 pun tak boleh. Aku bukan isterinya yang dia nak kontrol hidupku. ni aku benci ni. Dulu dapat pakwe tak kontrol hidup aku, tapi jenis suka tuduh melulu. Ni semua nak mereport ker segala aktiviti aku. no wonder la awek ko dulu blah... tapi segala omelan aku tu hanya dalam hati sahaja.. sudahnya aku pulak jadi sakit hati.

"Sebenarnya dari tadi Abang perhatikan Yana. memanglah tak salah keluar dengan kawan2, berkumpul berborak. tapi Yana tak jaga adab langsung. ketawa kuat2, nampak sangat tak manis." katanya yang langsung macam tak nak jaga hatiku.

" tak tau pulak selama ni yana nampak tak sopan. ingat abang menerima Yana seadanya. Tak pernah pun yana hidup hipokrit dan apa yang Abang lihat tu adalah diri yana sendiri.. tak de lainnya.", luah ku macam tak bagi peluang padanya.

terasa geram sangat kat abang PP ni. saja la tu nak cari pasal. dah lama tak gaduh ngan aku lah tu. Sudahnya dia aku tinggalkan terkontang kanting seorang diri. padan muka...


--------------------------------------------------------


Surat lagi.. apa daa. boleh jumpa dan cakap... tapi tu lah yang berlaku dalam perhubungan kami... macam apa2 lebih selesa cakap dalam surat.

Sayang abang,
tadi tu tinggalkan Abang sorang2 tu pun dah macam biadap tau. Yana ni betullah tak leh kena tegur. Keras hati. Degil. Ingat kawan Abang yang lama tu dulu keras hati mcm nih, yang ni lagi teruk.. merajuk asyik nak kena pujuk, tak boleh ditegur. Cubalah berubah sayang. Abang sayang Yana. Abang nak yang terbaik buat Yana.

Keluarlah sekarang.. Please... jangan buat Abang begini. Abang rindu sebenarnya...

yang mencintaimu,
- Abang -

Nak keluar ker tak ni. karang tak keluar dia hilang lagi macam dulu. naik nanar aku mencarinya. kalau keluar nampak sangat aku perempuan yang lemah yang bergantung pada dia semata. nampak sangat aku jenis tak leh hidup tanpanya. takut kehilangannya.Buntunya...

Aku sudahnya mandi membersihkan diri selepas seharian penat keluar dengan kawan2ku. selepas menunaikan solat isyak, aku tengok jam sudah pukul 11 malam. dah lewat ni.. tapi hatiku tak sedap pulak. kata cintakan dia, kata sayangkan dia, tapi kata2nya ada benar jugak.

Aku sangat suka merajuk, selagi tak dipujuk, aku tak pernah mengalah. aku memang degil, tapi realitinya itulah aku. susahlah nak berubah hanya kerana nak puaskan hati orang lain.akhirnya aku buat keputusan keluar jugak. Aku nampak dia ada di kerusi bulat depan bilik komputer itu sambil berbual2 dengan Kak Imah dan Pak Din. tapi aku buat seperti tiada apa berlaku, lantas pergi mendapatkan mereka dan berbual2 dengan mereka.Bila Pak Din dan Kak Imah, berlalu, Aku jadi kaku. Dia pun begitu.

kami ambil keputusan untuk keluar jalan2.. Adeh, tengah malam ni Abang oii.. tapi kehidupan kat U, keluar tak balik pun tiada siapa menghalangnya. kami menyusuri jalan keluar dari kawasan kolej, sambil jalan aku menyatakan kekesalan hatiku. sambil menangis aku memohon maaf darinya. tapi dia seperti membeku...

" Ginilah Yana. Yana mungkin tak suka dikongkong. Yana jangan ingat segala rajuk Yana sentiasa ada yang nak pujuk. Abang terpaksa putuskan sementara hubungan kita untuk memberi peluang yana berfikir. Mungkin menerima Abang dulu menjadi satu beban pada Yana. Maafkan Abang"....kata2nya membuatkan aku menangis semahunya.

tak sangka, dia ceraikan aku. begitu senang dia melafazkan kata2 itu... Lupakah dia segala yang manis2 sepanjang kami berkenalan. Lupakah dia kami saling melengkapi untuk mewarnai hari hari lalu.Arh.. aku bencinya...


.--------------------------------------------------

akibat putus cinta itu, aku menyendiri semahunya. aku tak mahu kelibatku kelihatan langsung dimatanya... Aku tak mahu dia melihat aku di mana2. hatiku sungguh sedih kerana soal remeh temeh dia sanggup berbuat begitu.

Mana Abang PP aku yang dulu yang sentiasa membuatkan aku ketawa gembira setiap hari. Mana lelaki itu yang selalu menemaniku, sentiasa ada di kala aku duka. yang dulu aku pernah menangis di bahunya akibat sakitnya putus cinta.. Dia pergi jua dalam hidup aku.. dia tak sanggup menghadapi cabaran mendapat kekasih yang degil.

Arhhhh......... aku benci dia...........


------------------------------------------------------


seminggu aku hilang dimatanya. seminggu aku menahan rindu yang sarat. Setiap kali teringat dia, tak semena-mena aku menangis. teruk sangat aku ni. kenapa ini terjadi dalam hidupku. kenapa aku tak sanggup kehilangan dia. kenapa....

"oii cik kak, sudah2 la tu, nah ni ambik ada kiriman dari Abang PP ko tu", CT tiba2 muncul satu hari di bilikku...

Tiba2 aku terasa sangat gembira. dia masih ingatkan aku..

Setelah CT meninggalkan bilikku, lantas ku buka bungkusan yang Abang PP titipkan buatku.Di dalam kotak kecil itu, ada sekeping card dan sekeping gambar Abang PP berbaju batik kuning hijau serta sekeping gambar aku berbaju kurung sutera juga dari rona color yang sama..

Sayang,

Maaf atas kejadian tempohari. Seminggu Yana hilang di mata Abang, seminggu kelibat Yana tak abang nampak baik di mana2 ruang kolej dan di fakulti, terasa hidup ini kosong. mana senyumanmu yang hilang itu. Tiada kemanjaanmu yang membuatkan hari2 Abang berlalu tanpa seri.

wanita memang suka merajuk dan dipujuk. Tapi Abang lupa janji Abang untuk membahagiakan Yana sepanjang hayat Abang. Jadi, berilah peluang kedua untuk Abang. Rajuklah seberapa lama Yana mahu. Yang pasti Abang takkan jemu memujuk...

mencintaimu,
-Abang-

P/s: gambar tu mengingatkan Abang saat manis kita dulu. Manisnya saat itu terasa seperti baru semalam ia berlaku.

Aduhai hati, kenapa berbunga riang. Aku belum jumpa Abang PP lagi. dah declare sambung balik ker ni. kali ni kena keluar ker tak ek.. tak payah la.. aku tau, dia sangat mengerti. Esok sajalah aku cari dia...

ADC bab 19

Pagi itu, aku terasa sangat malas nak ke kuliah. mengantuk amat sebab semalam sampai ke tengah malam aku sibuk menguruskan hal2 berkaitan projek Khidmat Siswa. Apalah aku ni, ni dah tak betul ni.. kuliah lebih utama dari projek itu. janganlah sbb join projek kolej, kuliah entah ke mana. kalau Abang tau, nahas aku kena bebel...

tengahari aku aku dan kawan2 turun lunch.. sedapnya lauk.. ada ketam. favourite aku tu... masak merah lak tu...

sedang aku makan, Abang PP masuk ke dewan makan. Dia baru balik kelas la tu... suka tul la pakai kemeja bunga2... mat bunga tul! kata hatiku.. ahhh.. rindunya... dia pandang aku tak senyum pun.. adolah hal tu...

selepas makan aku lepak2 pulak di foyer... "Eh Ly, Abang ko datang la" kata CT memuncungkan mulutnya ke arah bertentangan denganku...Isk, kenapa aku berdebar2 ni... macam tak biasa.

Selepas beberapa ketika Abang PP menegur kawan2ku, kawan2 ku macam tau2 jer semua blah... apa daa... asyik bagi peluang dating jer.. hahaha

"kenapa tak g kelas hari ni, nak kata sakit, nampak ok jer..." tanyanya.. muka serious beb...

"Ala, yana terlajak tidur la bang. lagipun kelas ada satu jer, kul 8 sampai 9 jer", kataku ala2 suara manja tu.

"satu ker sepuluh ker tak de alasan tak nak g kelas.. tu yang paling penting. abang tahu tau kalau yana tak pergi kelas... lain kali jangan buat lagi" katanya sambil berlalu...

Ler tu jer. Jumpa aku bebel pas tu blah. tak tahu ker orang rindu ker apa ker.. bencinya aku....Balik bilik aku berkira nak balik kampung keesokkan harinya. lagipun aku tak de kelas hari isnin. jadi aku berkira nak balik kampung Sabtu dan balik semula ke UM hari Isnin.. sebenarnya aku tak de alasan nak balik kampung sebab baru 2 minggu lalu cuti mid semester.. tapi aku rasa nak ajar sikit Abang aku tu.. nak marah pun janganlah serious sangat. bukannya aku buat salah besar. Biar dia cari aku, biar dia rasa kehilangan aku..

---------------------------------------------------------

esoknya pagi2 lagi aku keluar. tanpa sarapan pagi, aku jalan kaki menuju ke arah library. Biasanya depan library UM senang sikit nak dapat teksi. Akhirnya ada pun teksi berhenti dan aku bergegas menuju ke Perhentian pekeliling. selepas beli tiket aku blah naik bas .. huhu.

Ni merajuk ker apa nih... tak tau lah. Yang pasni kali ni aku nak buat dia tercari2 aku...

sampai di rumah, adikku nampak happy saja sebab aku balik kampung tanpa beritahu terlebih dahulu. Buah tangan sumi jelly dan buah limau aku beli di pekan sedang dijamu adik2 ku... terasa sangat bahagia melihat mereka gembira dengan ole2 tak seberapa aku tu.

Sedang aku berborak dengan mak, talian telefon berdering.

"Pergi angkat Ngah. "suruh mak.

aku melangkah malas mencapai gagang telefon. Selalunya bukan untuk aku pun kalau ada panggilan telefon ni.

" Yang, kenapa balik kampung tak beritahu", suara itu tiba2 menyapa selepas mendengar suara aku memberi salam.

"saja jer, tiba2 Yana teringat nak tengok adik2", bohong ku.

"Abis bila balik ni, esok ker" tanya Abang PP bagai ayam kehilangan anak...

" eh, tak, Isnin baru balik, napa lak", aku bertanya sengaja untuk menduga Abang PP.

"Abang rindulah... pasal smlm tu, Abang mintak maaf yer... tapi jgn ingat abang tak marah. Ponteng tak de kompromi tau... tapi lain kali janganlah lari..." katanya.

nada suaranya lembut yang membuatkan aku bersalah sangat..kami berbual seketika. bilamana Abang PP mengucapkan I love you, aku mampu menjawab 'me too' sahaja. tapi aku tau dia mengerti...

-----------------------------------------------------

Isnin itu aku balik semula ke UM. Pagi itu mak buat nasi lemak menjamu aku sebab aku akan balik awal. Sedapnya nasi lemak mak... masakan mak mmg sentiasa menjadi kegemaranku... pergilah makan di mana saja, tapi masakan mak tetap no 1.

Pukul 9 pagi aku keluar dari rumah. Berkobar nak balik ke KL ni nak jumpa buat hati. Aku rindu sangat kat Abang... rindu tak terungkap dgn kata2...Sampai di Pekeliling jam sudah pukul 2.30 petang. nak naik bas ker teksi ni...bas lambat la pulak. teksi mahal, tapi cepat. baik naik teksi lah, cepat sikit dapat bertemu buah hati.

sedang aku melangkah nak menuju tempat teksi, satu tangan mencuit bahuku...

"Abangggg... terkejut orang". kataku.. cis! manja la konon tu. nak termuntah aku dengar suaraku sendiri... haha

"orang mana ni"... tanya nya sambil tersenyum... Abang PP muncul kat Hentian Pekeliling.. aduh, terharunya...

"orang tu Yana la.. ngada2lah abang ni".. kataku... terlalulah gembiranya aku bila menerima kejutan dari orang tersayang.

"Abang apa...".. sakatnya lagi...

"Abang la...Abang yang ni..."kataku sambil menunjukkan tanganku kearahnya...

"ye la... Abang apa???".. adeh.. aku tau jawapan apa dia nak. tapi aku memang malu nak memanggil namanya sebab tak pernah aku buat sejak pertama kali kami bertemu dulu...

nampak bagai dia tak nak mengalah, aku pun berkata,"Abang Razi la..."..

kah kah kah... dia ketawa terbahak2, padahal aku malu giler... sajer je nak kenakan aku...tapi aku bahagia sangat. Dia pandai mengambil hatiku. terlupa seketika yang aku sebenarnya merajuk dengannya..kami bercanda di tepi sungai Gomabk yang kotor itu... sambil berborak2 macam tak de hari lain nak jumpa lagi. menjelang petang,kami sama2 menaiki teksi balik ke UM...

ADC bab 18

kebahagian mewarnai hari2 aku dan dia...tengahari tadi aku dan CT melawat pigeon hole. kut2 ada surat ker. CT pasti ada surat dari Mawinya..

Eh, ada surat untuk aku lah..melihat tulisannya aku tau dari siapa... hihi. boleh cakap sendiri pun nak bersurat2... uniknya la percintaanku ini...

Untuk Yana yang disayangi,
hayati senikata lagu ini. Anggaplah Abang nyanyikan buat Yana...

MICHAEL LEARNS TO ROCK - PAINT MY LOVE

From my youngest years,
till this moment here
I've never seen such a lovely queen
From the skies above to the deepest love
I've never felt crazy like this before

Paint my love,
you should paint my love
It's a picture a thousand sunset
It's a freedom of a thousand doves
Baby, you should paint my love

I've been around the world,
then I met you girl
It's like coming home
to a place I've known

Since you came into my life
The days before all fade to black and white
Since you came into my life
Everything has change...

from all my heart,
-Abang-

Aduh bahagianya aku... terasa diri ini sangat dihargai dan disayangi sepenuh hati.... indahnya cinta ini.... bagaimana aku dapat menolaknya sedang dia hadirkan segala kegembiraan buatku....