Wednesday, July 16, 2008

ADC - BAB 17

Puas mataku melilau mencari Abang PPku.. Mana dia menghilang. Dia merajuk ke... Dia marahkan aku ker kerana tak munculkan diri pada malam itu... Atau di terasa malu sehingga membawa dia jauh dari diriku... Apa aku mesti lakukan... Kepada siapa aku nak bertanya.

Hari2 ku berlalu sepi tanpa melihat kelibat dia... Sah, ko dah angau ni Yana... Mana dia nih.. betul2 mendera aku lah..

Ahh, sapa yang memulakannya. Aku jugak yang mendera dia, membuat dia ternanti2 bagai orang bodoh malam itu... Kenapa aku mesti mendiamkan diri bungkam di dalam bilik padahal hatiku begitu meronta2 untuk bersamanya... tapi takkanlah pada malam itu aku harap bersorak riang.. aku betul2 keliru...

Nampaknya benar kata CT. Aku sememangnya takkan terasa pedihnya putus cinta sebab aku tau ada insan lain yang akan mengisi kekosongan itu. kalau tak masakan aku masih kelihatan ceria menjalani hari2 ku. Sebabnya hanya satu... Abang PP sentiasa ada untuk menjadikan aku lupa segala kesedihanku..

Adakah aku manusia kejam pada Is sehingga maaf yang dipohonnya langsung tidah aku endahkan. Kenapa aku tak pernah bagi peluang padanya. Padahal masalah kami tempohari sangatlah remeh temeh...

Arhhh.. dulu aku dah pernah bagi dia peluang saat aku meragui niatnya... keikhlasan dia... tapi dia yang tak pernah hargai aku... malah dia pulak hilang kepercayaan padaku...

kini aku berhak untuk bahagia... Dan kebahagian itu aku tau di mana untuk mendapatkannya... Egokah aku??? Aku pun tiada jawapannya...

----------------------------------------------------------

Dua hari aku menanti, mencari dia, tapi dia hilang entah ke mana. Aku resah tak tau nak buat apa... Apakah ini dinamakan rindu... Rindu pada segalanya tentang dia, cara dia memanggilku, kata2nya, kadang2 jelingan matanya... segalanya menjadikan aku seperti insan nanar.... aduh... aku jatuh cinta lagi.... kali ini lebih teruk dari dulu....

Abanggggg.... baliklah.... jangan dera hatiku.... Ya Allah, bukakanlah pintu hatinya buatku.....

Aku betul2 terasa hidupku sangat kosong tanpanya....

isk, tu Pak Din tu.. nak tanya Pak Din lah roomate dia mana... eh, nampak sgt kut nanti. malu lah pulak.. apa nak buat ni... EH, pak Din datang menghampiriku lah...

"lily, tau tak Abang N'jum ko pegi mana?. dah dua ahri tau tak de balik bilik....." tanya Pak din membuat aku betul2 hilang akal!

"err... tak de ker... saya pun cari dia ni...Ada hal pasal JKP ni. Surat meeting antara JKP kolej2 kediaman dah siap. meeting tu konon hujung minggu ni. ni dah rabu, bila nak antar... aduh, pening ni, mana dia ilang"... tanpa malu aku membebel depan Pak Din...

" Nantilah cuba tanya kawan2 dia kat 1st college.. dia kalau ada hal, selalu lepak situ"... kata Pak Din.

dan aku mengharapkan dia ada di situ...

----------------------------------------------------------

lewat pertemuan aku dengan pak Din semalam, aku masih dihujani pelbagai pertanyaan. Malam itu aku duduk seorang diri di tempat yang biasanya aku dan dia berjumpa. di kerusi bulat di depan bilik komputer aku aku duduk seorang diri. Ramai yang menegurku, dan aku menyapa mereka seadanya...

"Yana cari Abang ker", suara itu benar2 buat aku nak melompat memeluknya. Namun aku masih waras... lantas ku tarik tangannya, lalu ku buka tapak tangannya, dan surat yang ku tulis beberapa hari lalu, bertukar tangan. dan aku tanpa sepatah kata berlalu pergi....

--------------------------------------------------------

Isk, kenapa kau lari yana. ni lah peluang kau nak mengatakan isi hati kau... Dah tak jumpa 3 hari, alih2 ada peluang kau lepaskan begitu saja. Bagaimana kalau dia ubah fikiran yang dia sudah melupakan apa yang dia tulis dalam suratnya tempoh hari... Arhh..lantak lah apa nak jadi... kalau tak terima, aku pasrah... kalau dia terima, aku rasa amat bersyukur....

Kedengaran ketukan di pintu bilikku... Aku pantas bangun membuka pintu namun tiada siap di luar bilikku.. saat aku mahu menutup pintu bilikku, aku terpijak sekeping kertas. lantas ku ambil kertas itu dan ku buka...

Keluarlah, dan Abang ada menanti Yana di tempat yang sepatutnya...
-Abang-

hatiku berbunga riang. Aku terus bersiap, membersihkan mukaku, bersolek ala kadar sekadar menyapu lipstik nipis di bibirku dan dengan langkah yang berdebar aku keluar untuk menemuinya..

Ku lihat dia tersenyum lebar menyambutku... alah, macam pengantin lah pulak.. kah kah kah...

tak de apa yang kami ungkapkan beberapa minit pertama kecuali saling senyum.. malu lah pulak.. apa nak buat ni declaration apa nak buat.. nak panggil apa yer.. adeh, malunyaaaaaaaaaaaaaa..................

ADC - BAB 16

Sepanjang malam itu, sedetik pun aku tidak dapat melelapkan mataku... Fikiranku ligat memikirkan di manakah Abang PP ku. Adakah dia masih di situ menungguku... ataupun dia sudah berlalu...

hatiku teringin sekali keluar dan pergi mendapatkannya lalu menangis sepuas2 hatiku dalam dakapannya... tapi aku tak tau kenapa aku masih di sini... terkebil kebil seorang diri...

"kau betul2 menyiksa dirimu.. mendera perasaanmu... tahukah kau tindakanmu ini secara tidak langsung mendera sanubarinya... menjadikan dia insan yang akan menanggung malu seumur hidupnya gara2 cintanya ditolak semudah ini." kata hatiku benar2 membuatkan aku keliru.

"Eh, bila pulak aku menolak cintanya..." aku bermanalog seorang diri...

lalu ku capai beberapa helai kertas dan marker, dan aku menitipkannya sepucuk warkah....err.. camne nak mula ni, nak panggil apa yer...

Insan yang saya hormati...

dahulu, saat saya mengharapkan sebuah perhubungan yang berkekalan, ianya nyata tidak memihak pada saya. Segala rasa kasih yang dicurahkan, masa yang terbuang dalam mengenangnya hancur hanya kerana satu sebab.... kepercayaan terhadap saya yang kian luntur... padahal apakah salah saya...

Kini untuk memulakan sesuatu yang bernama cinta bagi saya bukanlah sesuatu yang mudah walaupun jauh di sudut hati, terasa diri ini ingin dicintai dan menyintai... kehadiran anda dalam hidup saya sebenarnya benar2 mewarnai hari2 saya selama beberapa bulan ini. Tapi itu tak membuatkan saya lupa pada janji saya kepada dia yang lebih berhak. Namun apakan daya saya, kepercayaan saya kepadanya nyata sedikit terhakis... dan lebih memburukkan lagi, kepercayaan dia terhadap saya langsung tiada...

Anda yang saya hormati,

Rasa hati anda benar2 menyentuh sanubari saya.. dan ketulusan hati anda membuatkan saya terfikir, apalah salahnya memberi peluang dan ruang kepada orang yang benar2 tulus mencintai saya... janganlah menganggap segalanya ini sebagai mengambil kesempatan terhadap kekosongan yang ada, kerana bagi saya anda dan saya berhak untuk bahagia...

satu saja saya pinta, hanya kepercayaan anda yang jitu terhadap saya yang akan menjadikan sesuatu hubungan itu berkekalan dan dapat mengharungi segala dugaan yang mendatang. Kotakanlah janji anda untuk membahagiakan saya selagi ada hayat anda.... jadi ruang ini saya buka untuk kita sama2 mencintai dan dicintai...

insan yang setia menanti,
-Lily Harliana-

surat itu kulipat kemas. panjang jugak sbb aku tiru Abang PP tulis dengan marker.. Kertas A4 JKP kreatif tu ku taram jer guna.. hahaha. pasni agaknya kuasa veto dia mesti dia tanya aku kenapa aku guna kertas2 milik kolej..

tapi macamana nak sampaikan surat itu padanya. letak di pigeon hole mail box student tu ker, hish, takut hilang pulak.. ni mesti disampaikan terus ke tangan dia... tapi bagaimana

ADC - BAB 15

hari itu, aku terasa lain macam... Abang PP nampak kelam kabut. Kenapa pulak.. PSP tak lama dah kut, tu yang buat dia kelam kabut.. JKP kami pun asyik bermeeting jer.. tapi aku bahagia. Aku suka tengok dia kendalikan meeting tu sbb aku nampak dia sangat berkarisma... Abang PP betul2 serious dalam menjalankan tugas. Akupun kalau dalam meeting ataupun berkaitan perkara rasmi JKP Kreatif ni, tak pernah main2. Bagiku time kerja, kami serious, time kami berlepak borak sakan, kemesraan itu jadi lain macam...

"Yana, ambil kertas2 ni failkan tau. tapi jangan lupa belek2 dulu... jangan main taram jer failkan nanti... buat sekarang tau" wah, ni kuasa veto ni...

Aku berlalu balik ke bilikku ... sampai di bilikku, aku terus menjalankan tugakku memfailkan segala surat meyurat, form budget dan sebagainya.. apahal tebal sgt ni... dalam pada aku belek2 tu, terjatuh satu sampul surat yang sangat tebal...

Khas untuk insan bernama LILYANA...

aik.. untuk aku. aku membuka surat itu, patut la tebal. tulis ngan marker beb... abislah A4 JKP kreatif kalau mcm ni. Boss sendiri guna tulis surat... hahaha

Lilyana,dahulu hati saya pernah diusik seseorang. hadirnya mewarnai hidup saya. sebagaimana saya sukakan dia begitu juga dia sukakan saya. Cinta saya hanya padanya. rindu saya hanya untuk dia seorang. Indahnya saat itu melayari cinta pertama.... gembiranya hati saya kerana berpeluang mencintai dan dicintai... hari2 bagai tanpa lengkap melihat wajahnya. dari jauh pun tak mengapa asal terubat rindu saya padanya... Dia seorang yg bagi saya segala2nya pada waktu itu...

saya akui saya seorang yang cerewet serba serbi. saya pentingkan kesempurnaan. Dia bagi saya saling melengkapi. namun itu di pihak saya. di pihaknya, dia sering mengingkari apa yang saya suka. dia suka membuat sesuatu yang menyusahkan dirinya akhirnya. nasihat saya hanya dipakai bilamana saya ada di sisinya. tapi di belakang saya, dia degil tak endahkan apa yang saya mahu... akhirnya jalinan hubungan hampir 2 tahun itu berlalu begitu saja. dia tinggalkan saya yang begitu dambakan kasih sayangnya. dia tau saya menyintainya sepenuh hati... tapi perpisahan itu betul2 menguji saya. saya hilang kepercayaan pada insan bernama wanita. bagi saya masa untuk merindui, menyayangi dan mencintai seseorang sudah lama berakhir....

isk, apa kes mamat ni ... ni cerita apa nih... pening aku... rupanya penah putus cinta. kesiannya. aku ingat aku jer kecewa putus cinta... dia lagi dashyat.. aku menyambung balik membaca suratnya yang amat tebal itu...

Lilyana,hadirnya anda dalam hidup saya merubah segala prinsip yang saya tanamkan lebih 2 tahun lalu. saya mula belajar apa itu erti rindu. rindu akan melihat kelibat anda di mana2. rindu akan mendengar suara anda... rindu akan kemanjaan yang anda pamerkan mungkin dengan cara yang tak sengaja... rindu akan segalanya.saya mula membuka pintu hati saya untuk belajar mencintai seseorang. orang itu tanpa saya sedar milik orang lain. saya mencintai dalam diam orang yang salah... tapi saya tak bisa melawan keingian hati saya untuk mencintai dan dicintai.

saya sangat berharap anda nampak apa yang saya pamerkan selama ini melalui kata2 saya, melalui pandangan mata saya... saya sentiasa mengharapkan anda mengerti bahawa anda juga dicintai...

Lilyana,kisah cinta pahit antara anda dan dia, biarlah saya yang jadi penawarnya. Saya tau anda mungkin menganggap saya cuba mengambil peluang dan ruang yang dikosongkan dia... tapi percayalah saya bukan begitu. kalau anda nak menuduh saya cuba mengambil kesempatan apakan daya saya.. saya terima apa saja asalkan saya apat memberitahu anda betapa saya sangat mencintai anda setulus hati saya dari hari pertama pendaftaran anda di kolej ini... Anda berhak bahagia, berhak dicintai seserang yang benar2 ikhlas mencintai anda tanpa ragu....

saya mengharapkan kalau anda benar2 terima cinta saya, keluarlah saya sentiasa menunggu anda di tempat yang anda pun sendiri tahu... saya akan berada di situ. tapi kalau anda tidak muncul tahulah saya bahawa saya tak berhak dicintai dan mencintai... mungkin saya bukan ditakdirkan untuk anda. janji saya, saya akan membahagiakan anda sepanjang hayat saya... andalah segalanya bagi saya. bersama anda saya mengenali apa itu rindu, apa itu sayang dan apa itu cinta...

saya sentiasa menanti anda...
-Muhammad Razi Abu Bakar-

aahhh... air mataku mengalir deras sepanjang aku membaca suratnya itu.. tak tau kenapa aku acting sebegitu.. bagiku dia cukup tulus... dia cukup mengharapkan aku... aku juga ada menyimpan perasaanku padanya. tapi haruskan ku keluar bertemunya sekarang juga... ahh.. aku malu...

tapi kalau aku tak keluar, apa tanggapan dia padaku. hilanglah seri hari2ku tanpa dia di sisiku... lama ku fikirkan dan aku mengambil keputusan tidak akan keluar dari bilikku sepanjang malam itu.....

Friday, July 11, 2008

ADC - BAB 14

selepas solat maghrib, aku bersiap seadanya. Terus ke bilik Ct untuk keluar makan di gerai kolej. sampai di gerai, kami terus duduk berbual2 sambil menunggu makanan yang diorder siap. dalam pada berbual tu seorang pun kawan2ku tak menyentuh hal aku dan Is. sedang kami berbual, aku ternampak Abang PP datang menghampiri meja kami...

"leh join tak? lapar gak ni"... katanya..

"duklah kalau tak malu"kata CT.

"mmg tak malu pun..."tambahnya sambil ketawa.

aku sekadar tersenyum jer. tak tercuit hatiku dgn lawaknya kali ini. dia duduk betul2 sebelahku. sambil kami berbual2, sesekali Abang PP mencuit lenganku... bila ku pandang padanya, dia seakan berbisik tanya,

"tadi pegi mana... rindu!...

"Ah sudah mamat ni... angau ker apa... tapi aku rasa sangat terhibur..

kami makan dengan berselera sekali. aku sangat lapar. 2 pinggan mee goreng mamak kuhabiskan. aku pun tak tau kenapa aku jadi begitu. Aku bukannya lapar sangat, mungkin kerana aku tension apa yang berlaku siang tadi. setelah makan, kawan2ku semua meninggalkanku. mereka tau aku akan ambil masa berbual dengan Abang PP sebelum balik ke bilik.

Aku berjalan beriringan dengan Abang PP naik ke tingkat atas dewan. bahagian atas dewan menempatkan ruang menonton, bilik komputer, pejabat dan foyer... Kami berbual sebentar di foyer...

" Kenapa yana.. Abang rasa Yana ada masalah yer. mana Yana pergi hari ni. Abang tak nampak pun seharian. tadi pak din kata nampak Yana keluar teksi kat depan tu"...Abang PP memulakan pertanyaan demi pertanyaan...

"Jom turun bawah kat tempat parking tu", ajakku...

Aku meluahkan apa yang terjadi lewat pertemuanku dgn Is. Aku menangis semahunya... aku rasakan sia2 kepercayaan aku padanya... terasa inilah sahabat yang menjadi kawan menangis dan ketawaku... Abang PP seperti bungkam tak terkata apa... Aku pun tak mengharapkan dia komen apa2.. yang ku tau aku terasa lega seleganya...

selepas aku rasa tenang, aku mintak diri nak balik ke bilik...

"Jgn tension yer yana.. abang sentiasa ada bila2 yana perlukan... " katanya entah bagi dorongan atau apa... tapi aku perasan mukanya berubah bila kuceritakan hal ku dengan Is.

Adakah dia cemburu ataupun dia merasakan peluang dan ruang yang terbuka depan mata... aku tak pasti, yang pasti buat pertama kalinya, aku merasakan aku ada sahabat lelaki paling akrab... tapi ertikata yang sangat mesra... bolehkah digelar sahabat....

-----------------------------------------------------------------------------
hari-hari berlalu aku seakan melupakan kisah sedih tanggal 7 september 1995. surat Is menyusul 3 hari kemudiannya, meminta maaf atas keterlanjuran katanya... tapi tak kuasa ku balas...

kemudian 3 hari lagi selepas itu, sekali lagi suratnya menyusul mengatakan kekesalan hatinya. keresahan hatinya kehilangan aku... arhh.. sape yg nak pisah ni. dia gak yang nak clash dengan aku. dia jugak ceraikan aku.. dia jugak yang tak de maaf bagimu hari tu.. geram aku...

akhirnya tak kuasa melayan surat pujuk rayunya aku membalas suratnya ringkas sahaja... semoga dia memahami isi hatiku.. yang aku tak ingin dia hadir dalam hidup aku...

Is, masa yang terbuang dalam mengenangmu telah lama ku tinggalkan dalam kembara ini, yang menghimpun segala kesalahan ku kepadamu.. terima kasih segalanya. terima kasih kenangan.. antara kita tak de apa lagi nak diungkapkan dengan kata2...jangan cari aku lagi... titik.

~ Lilyana ~

Sejak itu, satu pucuk surat dari seremban tidak pernah singgah di mail boxku...

Aku meneruskan hari2ku dengan kebahagian persahabatan aku dengan Abang PP... kemesraan persahabatan yang dalam ertikata lain macam bukan bersahabat...sesekali kata2 bernada romantik dia akan singgah juga. Sesekali aku seakan merajuk dengan gurauannya yang nampak kasar.. Arhh.. kenapa nak merajuk, Kami tak ada apa2 ikatan ...

hubungan sahabat tak lebih dari itu tanpa ada ikatan yang bernama cinta.kami juga sudah berani keluar berdua2an.. tapi setakat jalan2 di tepi tasik UM sahaja. penah sekali kami dalam perjalanan keluar ke pasar malam kerinchi, terserempak pulak dengan Abang Sam.. Abang sam ni jurukamera kolej. terus dia suruh kami posing tepi tangga menghala ke fakulti sains komputer dan teknologi maklumat. dan gambar itu jugak menghiasi meja tulisku berserta gambar kami berdua atas pelampung di PD dulu...

Arhh.. kalau tak cinta, kenapa nak letak gambar sampai berframe bagai... tapi sebagai seorang perempuan, mana mungkin ku lafazkan kata cinta....

ADC - BAB 13

7 september 1995

Pagi Khamis yang ceria. aku mememulakan hari ini dengan seceria yang boleh. mana boleh tak ceria, hari ni kan hari jadiku...

selepas bersiap, berbaju kurung baru, aku keluar denga hand bag sahaja. dalam handbag ku bawak kertas dan pen sahaja sebab selepas kuliah habis jam 12 tengahari, aku akan terus ke puduraya...

maknanya hari ni aku takkan nampak abang PP aku lah ni. mesti dia tercari2 aku... hahaha

----------------------------------------------

Puduraya sangat sesak seperti kebiasaannya. Mana ni, dah lebih pukul 2ptg dah ni. rimas lah aku menunggu lama ni. hatiku dah la berdebar semacam jer. jam hampir pukul 2.30 ptg. kalau dah nak kul 3 dia tak datang mmg aku caut balik, buang masa tul la. kalau g kelas tadi, dah lama aku dapat ilmu. Kalau abang PP tau aku ponteng ni, mesti dia tak suka. Dia tu bab2 ponteng kelas ni pantang....Isk, kenapa teringatkan Abang PP lak ni. Ni Abang Is punya giliran pulak... haha. mcm berlaki dua org aku nih...

tak lama kemudian, Is sampai. dia terus mengajakku pergi maan2 tempat yang agak2 boleh bersembang lama... aku teringatkan Mc Donald kat depan central market tu jer. tak yah jalan jauh2... dia kata ok gak...selepas mengorder burger, kami naik ke tingkat atas mc donald tu. mmg lengang tak de orang...aku perhatikan lain macam jer Is ni.. kenapa lak ni..

" Lily, Abang sebenarnya ada hal.. sebelum tu hepi besday sayang... sorry tak de hadiah, tak sempat".. katanya..

"It's ok.. no problem.. apapun TQ.. mengingati dah cukup baik tau ..." kataku dengan gembira.

"sebenarnya, abang nak Lily terus terang seikhlasnya dengan abang.." aduh apa ke bendanya ni. dia tau ker pasal Abang PP. sapa bagi tau dia??? hatiku sangat cuak. mukaku kurasakan hilangkan keceriaan, mmg mukaku kurasakan sangat berubah...

"hari tu, masa konvo, ada orang nampak Lily naik membonceng motor dgn jantan mana? baik mengaku pada abang. Abang tak sangka lily yang abang sayang sangat, perangai tah apa2... pastu pandai2 cari jantan lain... abang nak Lily mengaku"... Is kulihat naik angin sangat. tak pernah sepanjang 2 tahun lebih kami berhubungan dia macam tu. yang selalu angin satu badan, aku...

"Eh, mana ada.. sapa buat fitnah ni. Cuba cakap... tak mungkin Iza sbb kami mmg jarang jumpa. lagipun lain fakulti. amat ker yang cakap ngan Abang ni. mmg kami jumpa hari2 sebab kami ambil subjek yang sama... kalau itulah tuduhan abang pada Lily, Abang mmg suka dengar cakap orang. Abang tak percayakan Lily. hati Lily mmg tak pernah berubah!".. ku menafikan kata2nya.

sememangnya aku bingung... aku tak pernah naik motor dgn mana2 lelaki. seingatku masa konvo tu aku membonceng moto dengan Ct. kami masing2 free hair. mungkin sbb tu kut ada orang nampak, lalu ingat aku naik motor dgn lelaki..

"Ah, kalau tak betul takkan ada orang bercerita" ujarnya membuat tuduhan melulu.

"Abang percayalah, lily tak buat".. aku masih sayangkan perhubungan kami... kalaupun perasaan hatiku bagai dicuri abang PP tapi hubungan itu belum termaktub, belum declare dan tak de apa2 jaminan yang kami akan bersama. tapi dengan Is lain, kami mmg berjanji lama dulu...

"Abis sapa jantan tu".. marah betul dia padaku yang masih tak mengaku...

"Lelaki mana lak ni, mana ada... kalau adapun Lily berkawan dengan ramai orang. baik kat kolej mahupun kat fakulti. mmg lily akui ramai kawan lelaki. tapi lily masih ingat janji kita, cuma masa dan jarak selalu membataskan kita" kataku meluahkan perasaanku.

Is nampaknya masih belum puas hati, macam2 dikatanya aku' Dikatanya aku lupa daratan, Lupa janji sementalah dah masuk U. Mana nak ingat dia sbb kami tak setaraf lagi... geram hatiku..Puas ku menafikan, tapi buang air liur jer bercakap dengan orang yang tengah angin satu badan...

"ni pun datang ni sbb hal ni lah... tau tak abang korbankan kelas penting datang sini nak jumpa Lily.. jumpa pastu end up gaduh lak"... katanya yg mmg menyakitkan hatiku...

"eh, Abang ingat Lily tak ponteng kelas... tak penah ponteng tau, nilah sekali. Dah elok2 nak jumpa hari sabtu, sapa yg pandai tukar hari. ingat nak buat kejutan birthday kita, rupanya nak serang kita buat pengakuan benda yang kita tak buat" aku melepaskan geram.

aku meluahkan isi hatiku. salahkah aku berkawan dgn semua org. aku tak pernah pertikaikan dia kat maktab tu entah bercanda dengan perempuan lain ker, aku tak pernah ambil tau. Hal aku dgn Abang PP biarlah jadi rahsia hati, kami lum pernah declare nak jadi kekasih ker apa ker walaupun aku masa ni mengharapkan dia datang bawa ku lari seperti kejadian di gerai konvo dulu.

akhirnya setelah bertekak hampir 2 jam lebih, dengan burger yang dah sejuk tak bersentuh, Is menceraikan aku... kami berpisah jua. Aku antara sedar dan tidak terasa nak menitiskan air mata. tapi hatiku keras... aku tak nak sesekali menangis depan dia.

"Kalau tu lah abang nak, lily mohon maaf la yer. Tapi percayalah, Lily tak seperti yang abang sangka. kalau ada yang cuba menyapa hati ini. Lily tak nafikan. tapi lily belum pernah meragui kesetiaan Abang pada Lily walaupun lily pernah meragui niat abang masa kita kat Cheras hari tu" aku mengangkat punggung nak meninggalkan mc donald depan central market itu..

Is nampak macam tersedar apa yang telah dia katakan. Dia kejar aku.. sepantas mana aku lari, mmg tak dapat menandingi kepantasan dia mencapai tanganku. Aku lepaskan pegangan tangannya.. aku masuk ke CM. Dia mengekoriku sambil meminta maaf. Apa ku pegang semua nak dibayarnya sebagai hadiah hari jadiku katanya.. tapi hatiku benar2 sakit, luka.. aku tak sangka dia tak percayakan aku. mmg lah banyak dugaan dalam bercinta, tapi kalau kami saling percaya, apapun rintangan akan dapat diharungi.

petang itu berlalu begitu saja. Is belikan aku hadiah hari lahir. aku pun tak bukak apa dia beli. aku tak de mood nak tau apa hadiahnya kali ini...

Bungkusan hadiah itu ku bawa balik atas dasar tak nak tambah kecik hatinya. Dia menghantar aku sampai depan Telekom di Jalan Pantai baru berhampiran UM. Aku balik UM dengan teksi masuk ke dalam perkarangan UM tanpa menoleh lagi kebelakang. bagiku episod cinta antara aku dan Is dah berkubur...

adakah kerana aku dah ada pilihan lain. aku sangat konpius. sukakah aku dengan perpisahan ini sampai tak setitik air matapun menitis... kejamkah aku tak terima permohonan maaf Is tadi... Arhhhhh..................

----------------------------------------------------------

sampai depan kolej, semasa aku keluar dari teksi, aku ternampak Pak Din keluar dengan motor honda cupnya. Ah, tu satu, mesti dia cakap kat abang PP dia nampak aku tu.. lantaklah...

Aku terus menuju bilik Ct. lapar sgt, tapi waktu makan dah abis. aku nak ajak kawan2 aku makan kat gerai lah malam ni. sampai di bilik Ct aku tengok semua kawan2 baikku ada. Nora beria nak tau hadiah apa aku dapat sempena hari jadiku. Ct dan gee pulak lebih teruja nak tau apa berlaku dating aku ngan Is... Azimah seperti biasa, duk blur dia tu la..

aku menghulurkan pada Nora bungkusan hadiah itu. aku pun tak tau apa, cuma aku agak pinggan seramik yang banyak terjual kat CM tu. Nora membuka hadiah itu. mmg pinggan seramik tu. warnanya biru dengan tulisan tangan bertulis,

selamat hari lahir sayang.. sentiasa mencintaimu...

abang IS..

arhh.. sayang jer tak cukup kalau tak percaya... bencinya aku...pada kawan2ku kuceritakan apa berlaku. tak semena2 aku menangis. tapi CT sempat buat lawak...

"kan, ko ada abang PP... orait la tu. ko tak curang tau..."

isk, lawak sgt la tu. tapi aku terluka sangat tau. aku masih sayangkan perhubungan kami. tapi kenapa banyak sangat tensionnya.... arhhh... dah berakhir pun, mulakan hidup baru..

----------------------------------------------

ADC - BAB 12

Bulan September menjelma jua... awal2 lagi Is mengingatkan aku tentang dating kami pada 9 September. Kebetulan dia tidak dapat datang KL pada 7 September meraikan hari lahirku kerana birthday jatuh pada hari Khamis. Kelapangan yang dia ada hanyalah pada hari Sabtu. Aku pun tak kisah kerana hari Khamis sebenarnya hari paling pack dalam jadual kuliah dan tutorialku.

Isnin 3 September 1995,
balik dari kuliah aku terus ke bilik Ct. Melihat sahaja aku menjengah ke biliknya, Ct lantas menghulurkanku sepucuk surat...hmmm setem Negeri Sembilan... tulisan tangannya pun aku kenal sangat... Is ni nak buat kejutan ker. Kan nak jumpa hari sabtu ni, tak yah la antar surat bagai..

Assalamualaikum,sayang, ringkas sahaja kali ini. Abang harap sayang dapat luangkan masa pada 7 september ini. tunggu Abang di tempat biasa sangat penting bagi kita... mesti tau...

Rindu padamu,
ISKANDAR

....isk apahal lak ni.. adoi, kelas banyak lak tu hari tu, kalau pukul 2 ptg nak jumpa, nampaknya awallah aku kena keluar. nampaknya kelas 4 jam petang tu dari pukul 2 sampai pukul 6 petang terpaksalah aku ponteng. ni yang benci ponteng2 ni... tapi apa nak buat ek. ni kuasa veto nih. bukan leh nak telefon kata tak dapat datang ker... alah, no hal lah. Bukan selalu aku ponteng. Ni kali pertama nak ponteng ni.

------------------------------------------------------------

Rabu 6 september 1995

Malam itu aku dating lagi kesekian kalinya dengan Abang PP. Sebenarnya kami selalu berjumpa bukan berjanji nak jumpa. selalu ada saja aku terserempak dengannya, sudahnya kami akan lepak berbual. masaku banyak pula sekarang selepas aku keluar dari tarian.. memang aku suka menari, tapi perangai orang dalam team itu yang membuatkan aku janggal dan terasa tak boleh nak masuk dengan semua orang...

Sedang aku berborak dengan Abang PP di kerusi bulat depan bilik komputer, tiba2 datang seseorang menyapa abang PP...

"Abang N'jum... lama tak jumpa".. kata suara perempuan itu...

isk sapo lak minah ni. datang tak bagi salam, pastu nak buat manja2 lak..

"ooo. kenalkan adik saya ni... dulu masa haluansiswa kat kolej ni, pastu abis haluansiswa masuk kolej 6 sbb buat medic sana", kata Abang PP.

Terasa sangat formal... tak pernah dia membahasakan perkataan saya padaku... selepas berbual seketika, aku mengambil keputusan untuk balik ke bilik.. aku terasa sangat sakit hati, penat, buang masa... kenapa aku berperasaan begitu. aku cuba melelapkan mata, tapi tak dapat. fikiran ku serabut. mana esok nak pergi jumpa buah hati.. kenapa dia tukar fikiran nak jumpa aku pada hari birthdayku padahal dah janji tak nak ganggu jadual kuliahku...ni masalah lak, kenapa aku nak cemburu pulak pada budak perempuan tadi.. kenapa... arrhhh... peninggggggggggggg...

Jam menunjukkan pukul 12 mlm... aku menadah tangan berdoa kepada Allah betapa bersyukurnya aku masih bernyawa di bumi ini pada umurku 20 tahun...

tiba2 pintu bilikku diketuk orang. CT rupanya...

"oii... jom teman aku g makan sat. lapar la..." pulak dah..
"cik kak oii.. ko tau pukul berapa ni, ajaklah Gee, ker Nora ker... ", aku malas betul lah layan pompuan ni.
"alah Gee g dating ngan Sham lum balik lagi, Nora dah tido, zimah ko tau la, mana leh harap.. ko jer, yg leh harap. kita kan kembar..."

mendengar rayuan Ct ni aku memang lemah. dia mmg kawan sejatiku. Mmg ramai menggelarkan kami kembar. sbb kami selalu bersama. Abang pp aku tu pun tahu kami berkawan rapat.

aku bersiap ala kadar untuk menemani Ct makan. Rupanya setibanya aku di gerai, ramai yg menanti. kawan2 ku semua ada. daud, pak din pun ada. tak lama lepas tu , aku nampak Abang PP datang sambil membawa kek untuk ku. Alangkah manisnya kejutan ini... Sampai aku terlupa yang tadinya aku sakit hati padanya...

masa potong kek itu, abang PP membantuku memotong kek... aduh, kenapa berdebar lak ni. kenapa dia pegang tangan aku. mcm potong kek kawen jer dua2 kena pegang pisau kek tu... tapi aku sangat bahagia, kami makan2 sampai entah pukul berapa.

setelah abis celebrated birthday aku, abg PP menghantar aku sampailah ke border dewan dan asrama perempuan..

"maaf kan abang tadi, tu sebenarnya pelakon abg upah nak jeleskan Yana. Abang tau yana jeles." katanya...

tak semena2 aku memukul bahunya... alah pukul2 sayang tu... bibit kemesraan benar2 telah berbunga di hati kami... aku tak dapat tipu hatiku betapa aku sangat bahagia di sampingnya. tapi aku perempuan, malulah nak mulakan....kami berpisah selepas beberapa minit bersembang....

balik bilik, ku rebahkan diri seorang diri melayan kata hati yang bahagia. Bilik ku pun seorang diri. Nina yang kemalangan beberapa hari lalu masih di hospital. dia terjatuh di tangga perpustakaan negara semasa berlari2 anak bergurau dengan pakwenye disana...

ADC - BAB 11

Hujung minggu itu, ada sambutan hari keluarga Kolej kediaman Kinabalu. Sebanyak 6 buah bas disediakan untuk membawa kami semua ke Port Dickson. Aku pulak tiada halangan untuk turut serta bila mana Is mengutusi mengatakan tak dapat berjumpa denganku pada minggu itu kerana ada latihan askar wataniahnya... Kesibukan kami mmg menjadikan banyak ruang dan jurang kosong yang terbina.

Dalam kesibukan warga kolej Kinabalu memenuhi ruang bas, tiba2 aku di gamit seseorang..."Oi, Lily,sini lah dalam bas ni. Dah ada orang copkan tempat utk ko.." rupanya Ct menjerit memanggil namaku. Ku lihat ruang belakang bas sudah dipenuhi kawan2ku budak2 first year. Baik lelaki mahupun perempuan kami berkampung dalam bas yang sama..

Mana abang PP nih, tak naik bas ni kut...Aku tercari2 cik Abang aku tu..
"Yana, Yana...", kedengaran suara dr luar tingkap bas.
Aku menoleh ke arah suara yg amat aku kenali...
"Abang naik bas lain... nnt kat sana kita jumpa tau"..

Aduh, abang PP naik bas lain.. Kenapa aku rasa kecewa. Ingat leh pandang2 jeling2 tadi dalam bas... Bas membawa kami ke PD. Seronoknya dalam bas sbb aku bisa berborak dengan sapa saja. Baik lelaki mahupun perempuan. Kalau tak, bdk2 lelaki tu semua mcm ada sesuatu yg ditakutkan. Nak bercakap ngan aku pun pandang2 dulu... Tapi kalau di fakulti, mereka bebas bercakap denganku dan berbual denganku. Ah, aku tak pernah salahkan mereka. Aku masih Lily yang dulu. Cuma mereka jer yang membatasi hubungan persahabatan denganku. Tapi kawan2 perempuanku masih seperti dulu. Aku masih meluangkan banyak masa dengan mereka...

Port Dickson.. aaah.. bertahun tak ku kunjungi. Bestnya mandi manda. Setelah mcm2 acara hari keluarga, kami mula boleh buat aktiviti sendiri. Apalagi, aku dengan CT, Gee, Nora, Azimah dan beberapa teman rapat, mula berendam dalam air. Sedang kami asyik bergurau2 dalam air tu, datang Abang PP membawa sebiji pelampung... "Jom Yana, naik atas pelampung ni. Tadi kata tak leh berenang..." ajak Abang PP buat aku serba salah. Melihatkan mukaku yg antara hendak tak hendak, Abang PP mengajak yang lain turut serta. Kami betul2 gembira main air. Tapi kawan2ku sekan mengerti yang Abang PP dan aku nak bersendirian. Sudahnya kami berdua duduk atas pelampung itu, bukan mandi manda dah, tapi duk berborak sakan...

Kisah seharian kami di PD meninggalkan kesan yang bukan sedikit di dalam hatiku. Banyak sikapnya yang terserlah... Mustahil manusia boleh berpura2 sepanjang masa... Aku merasakan dia betul2 ikhlas dalam menjalinkan persahabatan denganku.. Opps... bukan persahabatan.. kami tak pernah jadi sahabat... Tapi apa?????