Wednesday, July 16, 2008

ADC - BAB 17

Puas mataku melilau mencari Abang PPku.. Mana dia menghilang. Dia merajuk ke... Dia marahkan aku ker kerana tak munculkan diri pada malam itu... Atau di terasa malu sehingga membawa dia jauh dari diriku... Apa aku mesti lakukan... Kepada siapa aku nak bertanya.

Hari2 ku berlalu sepi tanpa melihat kelibat dia... Sah, ko dah angau ni Yana... Mana dia nih.. betul2 mendera aku lah..

Ahh, sapa yang memulakannya. Aku jugak yang mendera dia, membuat dia ternanti2 bagai orang bodoh malam itu... Kenapa aku mesti mendiamkan diri bungkam di dalam bilik padahal hatiku begitu meronta2 untuk bersamanya... tapi takkanlah pada malam itu aku harap bersorak riang.. aku betul2 keliru...

Nampaknya benar kata CT. Aku sememangnya takkan terasa pedihnya putus cinta sebab aku tau ada insan lain yang akan mengisi kekosongan itu. kalau tak masakan aku masih kelihatan ceria menjalani hari2 ku. Sebabnya hanya satu... Abang PP sentiasa ada untuk menjadikan aku lupa segala kesedihanku..

Adakah aku manusia kejam pada Is sehingga maaf yang dipohonnya langsung tidah aku endahkan. Kenapa aku tak pernah bagi peluang padanya. Padahal masalah kami tempohari sangatlah remeh temeh...

Arhhh.. dulu aku dah pernah bagi dia peluang saat aku meragui niatnya... keikhlasan dia... tapi dia yang tak pernah hargai aku... malah dia pulak hilang kepercayaan padaku...

kini aku berhak untuk bahagia... Dan kebahagian itu aku tau di mana untuk mendapatkannya... Egokah aku??? Aku pun tiada jawapannya...

----------------------------------------------------------

Dua hari aku menanti, mencari dia, tapi dia hilang entah ke mana. Aku resah tak tau nak buat apa... Apakah ini dinamakan rindu... Rindu pada segalanya tentang dia, cara dia memanggilku, kata2nya, kadang2 jelingan matanya... segalanya menjadikan aku seperti insan nanar.... aduh... aku jatuh cinta lagi.... kali ini lebih teruk dari dulu....

Abanggggg.... baliklah.... jangan dera hatiku.... Ya Allah, bukakanlah pintu hatinya buatku.....

Aku betul2 terasa hidupku sangat kosong tanpanya....

isk, tu Pak Din tu.. nak tanya Pak Din lah roomate dia mana... eh, nampak sgt kut nanti. malu lah pulak.. apa nak buat ni... EH, pak Din datang menghampiriku lah...

"lily, tau tak Abang N'jum ko pegi mana?. dah dua ahri tau tak de balik bilik....." tanya Pak din membuat aku betul2 hilang akal!

"err... tak de ker... saya pun cari dia ni...Ada hal pasal JKP ni. Surat meeting antara JKP kolej2 kediaman dah siap. meeting tu konon hujung minggu ni. ni dah rabu, bila nak antar... aduh, pening ni, mana dia ilang"... tanpa malu aku membebel depan Pak Din...

" Nantilah cuba tanya kawan2 dia kat 1st college.. dia kalau ada hal, selalu lepak situ"... kata Pak Din.

dan aku mengharapkan dia ada di situ...

----------------------------------------------------------

lewat pertemuan aku dengan pak Din semalam, aku masih dihujani pelbagai pertanyaan. Malam itu aku duduk seorang diri di tempat yang biasanya aku dan dia berjumpa. di kerusi bulat di depan bilik komputer aku aku duduk seorang diri. Ramai yang menegurku, dan aku menyapa mereka seadanya...

"Yana cari Abang ker", suara itu benar2 buat aku nak melompat memeluknya. Namun aku masih waras... lantas ku tarik tangannya, lalu ku buka tapak tangannya, dan surat yang ku tulis beberapa hari lalu, bertukar tangan. dan aku tanpa sepatah kata berlalu pergi....

--------------------------------------------------------

Isk, kenapa kau lari yana. ni lah peluang kau nak mengatakan isi hati kau... Dah tak jumpa 3 hari, alih2 ada peluang kau lepaskan begitu saja. Bagaimana kalau dia ubah fikiran yang dia sudah melupakan apa yang dia tulis dalam suratnya tempoh hari... Arhh..lantak lah apa nak jadi... kalau tak terima, aku pasrah... kalau dia terima, aku rasa amat bersyukur....

Kedengaran ketukan di pintu bilikku... Aku pantas bangun membuka pintu namun tiada siap di luar bilikku.. saat aku mahu menutup pintu bilikku, aku terpijak sekeping kertas. lantas ku ambil kertas itu dan ku buka...

Keluarlah, dan Abang ada menanti Yana di tempat yang sepatutnya...
-Abang-

hatiku berbunga riang. Aku terus bersiap, membersihkan mukaku, bersolek ala kadar sekadar menyapu lipstik nipis di bibirku dan dengan langkah yang berdebar aku keluar untuk menemuinya..

Ku lihat dia tersenyum lebar menyambutku... alah, macam pengantin lah pulak.. kah kah kah...

tak de apa yang kami ungkapkan beberapa minit pertama kecuali saling senyum.. malu lah pulak.. apa nak buat ni declaration apa nak buat.. nak panggil apa yer.. adeh, malunyaaaaaaaaaaaaaa..................

1 comment:

lilo_kill said...

tu ler dia... gatal2 senior ni tau... berebut2 nk ngorat freshie.. huhu