Friday, July 11, 2008

ADC - BAB 11

Hujung minggu itu, ada sambutan hari keluarga Kolej kediaman Kinabalu. Sebanyak 6 buah bas disediakan untuk membawa kami semua ke Port Dickson. Aku pulak tiada halangan untuk turut serta bila mana Is mengutusi mengatakan tak dapat berjumpa denganku pada minggu itu kerana ada latihan askar wataniahnya... Kesibukan kami mmg menjadikan banyak ruang dan jurang kosong yang terbina.

Dalam kesibukan warga kolej Kinabalu memenuhi ruang bas, tiba2 aku di gamit seseorang..."Oi, Lily,sini lah dalam bas ni. Dah ada orang copkan tempat utk ko.." rupanya Ct menjerit memanggil namaku. Ku lihat ruang belakang bas sudah dipenuhi kawan2ku budak2 first year. Baik lelaki mahupun perempuan kami berkampung dalam bas yang sama..

Mana abang PP nih, tak naik bas ni kut...Aku tercari2 cik Abang aku tu..
"Yana, Yana...", kedengaran suara dr luar tingkap bas.
Aku menoleh ke arah suara yg amat aku kenali...
"Abang naik bas lain... nnt kat sana kita jumpa tau"..

Aduh, abang PP naik bas lain.. Kenapa aku rasa kecewa. Ingat leh pandang2 jeling2 tadi dalam bas... Bas membawa kami ke PD. Seronoknya dalam bas sbb aku bisa berborak dengan sapa saja. Baik lelaki mahupun perempuan. Kalau tak, bdk2 lelaki tu semua mcm ada sesuatu yg ditakutkan. Nak bercakap ngan aku pun pandang2 dulu... Tapi kalau di fakulti, mereka bebas bercakap denganku dan berbual denganku. Ah, aku tak pernah salahkan mereka. Aku masih Lily yang dulu. Cuma mereka jer yang membatasi hubungan persahabatan denganku. Tapi kawan2 perempuanku masih seperti dulu. Aku masih meluangkan banyak masa dengan mereka...

Port Dickson.. aaah.. bertahun tak ku kunjungi. Bestnya mandi manda. Setelah mcm2 acara hari keluarga, kami mula boleh buat aktiviti sendiri. Apalagi, aku dengan CT, Gee, Nora, Azimah dan beberapa teman rapat, mula berendam dalam air. Sedang kami asyik bergurau2 dalam air tu, datang Abang PP membawa sebiji pelampung... "Jom Yana, naik atas pelampung ni. Tadi kata tak leh berenang..." ajak Abang PP buat aku serba salah. Melihatkan mukaku yg antara hendak tak hendak, Abang PP mengajak yang lain turut serta. Kami betul2 gembira main air. Tapi kawan2ku sekan mengerti yang Abang PP dan aku nak bersendirian. Sudahnya kami berdua duduk atas pelampung itu, bukan mandi manda dah, tapi duk berborak sakan...

Kisah seharian kami di PD meninggalkan kesan yang bukan sedikit di dalam hatiku. Banyak sikapnya yang terserlah... Mustahil manusia boleh berpura2 sepanjang masa... Aku merasakan dia betul2 ikhlas dalam menjalinkan persahabatan denganku.. Opps... bukan persahabatan.. kami tak pernah jadi sahabat... Tapi apa?????

No comments: