Friday, July 11, 2008

ADC - BAB 13

7 september 1995

Pagi Khamis yang ceria. aku mememulakan hari ini dengan seceria yang boleh. mana boleh tak ceria, hari ni kan hari jadiku...

selepas bersiap, berbaju kurung baru, aku keluar denga hand bag sahaja. dalam handbag ku bawak kertas dan pen sahaja sebab selepas kuliah habis jam 12 tengahari, aku akan terus ke puduraya...

maknanya hari ni aku takkan nampak abang PP aku lah ni. mesti dia tercari2 aku... hahaha

----------------------------------------------

Puduraya sangat sesak seperti kebiasaannya. Mana ni, dah lebih pukul 2ptg dah ni. rimas lah aku menunggu lama ni. hatiku dah la berdebar semacam jer. jam hampir pukul 2.30 ptg. kalau dah nak kul 3 dia tak datang mmg aku caut balik, buang masa tul la. kalau g kelas tadi, dah lama aku dapat ilmu. Kalau abang PP tau aku ponteng ni, mesti dia tak suka. Dia tu bab2 ponteng kelas ni pantang....Isk, kenapa teringatkan Abang PP lak ni. Ni Abang Is punya giliran pulak... haha. mcm berlaki dua org aku nih...

tak lama kemudian, Is sampai. dia terus mengajakku pergi maan2 tempat yang agak2 boleh bersembang lama... aku teringatkan Mc Donald kat depan central market tu jer. tak yah jalan jauh2... dia kata ok gak...selepas mengorder burger, kami naik ke tingkat atas mc donald tu. mmg lengang tak de orang...aku perhatikan lain macam jer Is ni.. kenapa lak ni..

" Lily, Abang sebenarnya ada hal.. sebelum tu hepi besday sayang... sorry tak de hadiah, tak sempat".. katanya..

"It's ok.. no problem.. apapun TQ.. mengingati dah cukup baik tau ..." kataku dengan gembira.

"sebenarnya, abang nak Lily terus terang seikhlasnya dengan abang.." aduh apa ke bendanya ni. dia tau ker pasal Abang PP. sapa bagi tau dia??? hatiku sangat cuak. mukaku kurasakan hilangkan keceriaan, mmg mukaku kurasakan sangat berubah...

"hari tu, masa konvo, ada orang nampak Lily naik membonceng motor dgn jantan mana? baik mengaku pada abang. Abang tak sangka lily yang abang sayang sangat, perangai tah apa2... pastu pandai2 cari jantan lain... abang nak Lily mengaku"... Is kulihat naik angin sangat. tak pernah sepanjang 2 tahun lebih kami berhubungan dia macam tu. yang selalu angin satu badan, aku...

"Eh, mana ada.. sapa buat fitnah ni. Cuba cakap... tak mungkin Iza sbb kami mmg jarang jumpa. lagipun lain fakulti. amat ker yang cakap ngan Abang ni. mmg kami jumpa hari2 sebab kami ambil subjek yang sama... kalau itulah tuduhan abang pada Lily, Abang mmg suka dengar cakap orang. Abang tak percayakan Lily. hati Lily mmg tak pernah berubah!".. ku menafikan kata2nya.

sememangnya aku bingung... aku tak pernah naik motor dgn mana2 lelaki. seingatku masa konvo tu aku membonceng moto dengan Ct. kami masing2 free hair. mungkin sbb tu kut ada orang nampak, lalu ingat aku naik motor dgn lelaki..

"Ah, kalau tak betul takkan ada orang bercerita" ujarnya membuat tuduhan melulu.

"Abang percayalah, lily tak buat".. aku masih sayangkan perhubungan kami... kalaupun perasaan hatiku bagai dicuri abang PP tapi hubungan itu belum termaktub, belum declare dan tak de apa2 jaminan yang kami akan bersama. tapi dengan Is lain, kami mmg berjanji lama dulu...

"Abis sapa jantan tu".. marah betul dia padaku yang masih tak mengaku...

"Lelaki mana lak ni, mana ada... kalau adapun Lily berkawan dengan ramai orang. baik kat kolej mahupun kat fakulti. mmg lily akui ramai kawan lelaki. tapi lily masih ingat janji kita, cuma masa dan jarak selalu membataskan kita" kataku meluahkan perasaanku.

Is nampaknya masih belum puas hati, macam2 dikatanya aku' Dikatanya aku lupa daratan, Lupa janji sementalah dah masuk U. Mana nak ingat dia sbb kami tak setaraf lagi... geram hatiku..Puas ku menafikan, tapi buang air liur jer bercakap dengan orang yang tengah angin satu badan...

"ni pun datang ni sbb hal ni lah... tau tak abang korbankan kelas penting datang sini nak jumpa Lily.. jumpa pastu end up gaduh lak"... katanya yg mmg menyakitkan hatiku...

"eh, Abang ingat Lily tak ponteng kelas... tak penah ponteng tau, nilah sekali. Dah elok2 nak jumpa hari sabtu, sapa yg pandai tukar hari. ingat nak buat kejutan birthday kita, rupanya nak serang kita buat pengakuan benda yang kita tak buat" aku melepaskan geram.

aku meluahkan isi hatiku. salahkah aku berkawan dgn semua org. aku tak pernah pertikaikan dia kat maktab tu entah bercanda dengan perempuan lain ker, aku tak pernah ambil tau. Hal aku dgn Abang PP biarlah jadi rahsia hati, kami lum pernah declare nak jadi kekasih ker apa ker walaupun aku masa ni mengharapkan dia datang bawa ku lari seperti kejadian di gerai konvo dulu.

akhirnya setelah bertekak hampir 2 jam lebih, dengan burger yang dah sejuk tak bersentuh, Is menceraikan aku... kami berpisah jua. Aku antara sedar dan tidak terasa nak menitiskan air mata. tapi hatiku keras... aku tak nak sesekali menangis depan dia.

"Kalau tu lah abang nak, lily mohon maaf la yer. Tapi percayalah, Lily tak seperti yang abang sangka. kalau ada yang cuba menyapa hati ini. Lily tak nafikan. tapi lily belum pernah meragui kesetiaan Abang pada Lily walaupun lily pernah meragui niat abang masa kita kat Cheras hari tu" aku mengangkat punggung nak meninggalkan mc donald depan central market itu..

Is nampak macam tersedar apa yang telah dia katakan. Dia kejar aku.. sepantas mana aku lari, mmg tak dapat menandingi kepantasan dia mencapai tanganku. Aku lepaskan pegangan tangannya.. aku masuk ke CM. Dia mengekoriku sambil meminta maaf. Apa ku pegang semua nak dibayarnya sebagai hadiah hari jadiku katanya.. tapi hatiku benar2 sakit, luka.. aku tak sangka dia tak percayakan aku. mmg lah banyak dugaan dalam bercinta, tapi kalau kami saling percaya, apapun rintangan akan dapat diharungi.

petang itu berlalu begitu saja. Is belikan aku hadiah hari lahir. aku pun tak bukak apa dia beli. aku tak de mood nak tau apa hadiahnya kali ini...

Bungkusan hadiah itu ku bawa balik atas dasar tak nak tambah kecik hatinya. Dia menghantar aku sampai depan Telekom di Jalan Pantai baru berhampiran UM. Aku balik UM dengan teksi masuk ke dalam perkarangan UM tanpa menoleh lagi kebelakang. bagiku episod cinta antara aku dan Is dah berkubur...

adakah kerana aku dah ada pilihan lain. aku sangat konpius. sukakah aku dengan perpisahan ini sampai tak setitik air matapun menitis... kejamkah aku tak terima permohonan maaf Is tadi... Arhhhhh..................

----------------------------------------------------------

sampai depan kolej, semasa aku keluar dari teksi, aku ternampak Pak Din keluar dengan motor honda cupnya. Ah, tu satu, mesti dia cakap kat abang PP dia nampak aku tu.. lantaklah...

Aku terus menuju bilik Ct. lapar sgt, tapi waktu makan dah abis. aku nak ajak kawan2 aku makan kat gerai lah malam ni. sampai di bilik Ct aku tengok semua kawan2 baikku ada. Nora beria nak tau hadiah apa aku dapat sempena hari jadiku. Ct dan gee pulak lebih teruja nak tau apa berlaku dating aku ngan Is... Azimah seperti biasa, duk blur dia tu la..

aku menghulurkan pada Nora bungkusan hadiah itu. aku pun tak tau apa, cuma aku agak pinggan seramik yang banyak terjual kat CM tu. Nora membuka hadiah itu. mmg pinggan seramik tu. warnanya biru dengan tulisan tangan bertulis,

selamat hari lahir sayang.. sentiasa mencintaimu...

abang IS..

arhh.. sayang jer tak cukup kalau tak percaya... bencinya aku...pada kawan2ku kuceritakan apa berlaku. tak semena2 aku menangis. tapi CT sempat buat lawak...

"kan, ko ada abang PP... orait la tu. ko tak curang tau..."

isk, lawak sgt la tu. tapi aku terluka sangat tau. aku masih sayangkan perhubungan kami. tapi kenapa banyak sangat tensionnya.... arhhh... dah berakhir pun, mulakan hidup baru..

----------------------------------------------

No comments: