Friday, July 11, 2008

ADC - BAB 14

selepas solat maghrib, aku bersiap seadanya. Terus ke bilik Ct untuk keluar makan di gerai kolej. sampai di gerai, kami terus duduk berbual2 sambil menunggu makanan yang diorder siap. dalam pada berbual tu seorang pun kawan2ku tak menyentuh hal aku dan Is. sedang kami berbual, aku ternampak Abang PP datang menghampiri meja kami...

"leh join tak? lapar gak ni"... katanya..

"duklah kalau tak malu"kata CT.

"mmg tak malu pun..."tambahnya sambil ketawa.

aku sekadar tersenyum jer. tak tercuit hatiku dgn lawaknya kali ini. dia duduk betul2 sebelahku. sambil kami berbual2, sesekali Abang PP mencuit lenganku... bila ku pandang padanya, dia seakan berbisik tanya,

"tadi pegi mana... rindu!...

"Ah sudah mamat ni... angau ker apa... tapi aku rasa sangat terhibur..

kami makan dengan berselera sekali. aku sangat lapar. 2 pinggan mee goreng mamak kuhabiskan. aku pun tak tau kenapa aku jadi begitu. Aku bukannya lapar sangat, mungkin kerana aku tension apa yang berlaku siang tadi. setelah makan, kawan2ku semua meninggalkanku. mereka tau aku akan ambil masa berbual dengan Abang PP sebelum balik ke bilik.

Aku berjalan beriringan dengan Abang PP naik ke tingkat atas dewan. bahagian atas dewan menempatkan ruang menonton, bilik komputer, pejabat dan foyer... Kami berbual sebentar di foyer...

" Kenapa yana.. Abang rasa Yana ada masalah yer. mana Yana pergi hari ni. Abang tak nampak pun seharian. tadi pak din kata nampak Yana keluar teksi kat depan tu"...Abang PP memulakan pertanyaan demi pertanyaan...

"Jom turun bawah kat tempat parking tu", ajakku...

Aku meluahkan apa yang terjadi lewat pertemuanku dgn Is. Aku menangis semahunya... aku rasakan sia2 kepercayaan aku padanya... terasa inilah sahabat yang menjadi kawan menangis dan ketawaku... Abang PP seperti bungkam tak terkata apa... Aku pun tak mengharapkan dia komen apa2.. yang ku tau aku terasa lega seleganya...

selepas aku rasa tenang, aku mintak diri nak balik ke bilik...

"Jgn tension yer yana.. abang sentiasa ada bila2 yana perlukan... " katanya entah bagi dorongan atau apa... tapi aku perasan mukanya berubah bila kuceritakan hal ku dengan Is.

Adakah dia cemburu ataupun dia merasakan peluang dan ruang yang terbuka depan mata... aku tak pasti, yang pasti buat pertama kalinya, aku merasakan aku ada sahabat lelaki paling akrab... tapi ertikata yang sangat mesra... bolehkah digelar sahabat....

-----------------------------------------------------------------------------
hari-hari berlalu aku seakan melupakan kisah sedih tanggal 7 september 1995. surat Is menyusul 3 hari kemudiannya, meminta maaf atas keterlanjuran katanya... tapi tak kuasa ku balas...

kemudian 3 hari lagi selepas itu, sekali lagi suratnya menyusul mengatakan kekesalan hatinya. keresahan hatinya kehilangan aku... arhh.. sape yg nak pisah ni. dia gak yang nak clash dengan aku. dia jugak ceraikan aku.. dia jugak yang tak de maaf bagimu hari tu.. geram aku...

akhirnya tak kuasa melayan surat pujuk rayunya aku membalas suratnya ringkas sahaja... semoga dia memahami isi hatiku.. yang aku tak ingin dia hadir dalam hidup aku...

Is, masa yang terbuang dalam mengenangmu telah lama ku tinggalkan dalam kembara ini, yang menghimpun segala kesalahan ku kepadamu.. terima kasih segalanya. terima kasih kenangan.. antara kita tak de apa lagi nak diungkapkan dengan kata2...jangan cari aku lagi... titik.

~ Lilyana ~

Sejak itu, satu pucuk surat dari seremban tidak pernah singgah di mail boxku...

Aku meneruskan hari2ku dengan kebahagian persahabatan aku dengan Abang PP... kemesraan persahabatan yang dalam ertikata lain macam bukan bersahabat...sesekali kata2 bernada romantik dia akan singgah juga. Sesekali aku seakan merajuk dengan gurauannya yang nampak kasar.. Arhh.. kenapa nak merajuk, Kami tak ada apa2 ikatan ...

hubungan sahabat tak lebih dari itu tanpa ada ikatan yang bernama cinta.kami juga sudah berani keluar berdua2an.. tapi setakat jalan2 di tepi tasik UM sahaja. penah sekali kami dalam perjalanan keluar ke pasar malam kerinchi, terserempak pulak dengan Abang Sam.. Abang sam ni jurukamera kolej. terus dia suruh kami posing tepi tangga menghala ke fakulti sains komputer dan teknologi maklumat. dan gambar itu jugak menghiasi meja tulisku berserta gambar kami berdua atas pelampung di PD dulu...

Arhh.. kalau tak cinta, kenapa nak letak gambar sampai berframe bagai... tapi sebagai seorang perempuan, mana mungkin ku lafazkan kata cinta....

No comments: