Friday, July 11, 2008

ADC - BAB 12

Bulan September menjelma jua... awal2 lagi Is mengingatkan aku tentang dating kami pada 9 September. Kebetulan dia tidak dapat datang KL pada 7 September meraikan hari lahirku kerana birthday jatuh pada hari Khamis. Kelapangan yang dia ada hanyalah pada hari Sabtu. Aku pun tak kisah kerana hari Khamis sebenarnya hari paling pack dalam jadual kuliah dan tutorialku.

Isnin 3 September 1995,
balik dari kuliah aku terus ke bilik Ct. Melihat sahaja aku menjengah ke biliknya, Ct lantas menghulurkanku sepucuk surat...hmmm setem Negeri Sembilan... tulisan tangannya pun aku kenal sangat... Is ni nak buat kejutan ker. Kan nak jumpa hari sabtu ni, tak yah la antar surat bagai..

Assalamualaikum,sayang, ringkas sahaja kali ini. Abang harap sayang dapat luangkan masa pada 7 september ini. tunggu Abang di tempat biasa sangat penting bagi kita... mesti tau...

Rindu padamu,
ISKANDAR

....isk apahal lak ni.. adoi, kelas banyak lak tu hari tu, kalau pukul 2 ptg nak jumpa, nampaknya awallah aku kena keluar. nampaknya kelas 4 jam petang tu dari pukul 2 sampai pukul 6 petang terpaksalah aku ponteng. ni yang benci ponteng2 ni... tapi apa nak buat ek. ni kuasa veto nih. bukan leh nak telefon kata tak dapat datang ker... alah, no hal lah. Bukan selalu aku ponteng. Ni kali pertama nak ponteng ni.

------------------------------------------------------------

Rabu 6 september 1995

Malam itu aku dating lagi kesekian kalinya dengan Abang PP. Sebenarnya kami selalu berjumpa bukan berjanji nak jumpa. selalu ada saja aku terserempak dengannya, sudahnya kami akan lepak berbual. masaku banyak pula sekarang selepas aku keluar dari tarian.. memang aku suka menari, tapi perangai orang dalam team itu yang membuatkan aku janggal dan terasa tak boleh nak masuk dengan semua orang...

Sedang aku berborak dengan Abang PP di kerusi bulat depan bilik komputer, tiba2 datang seseorang menyapa abang PP...

"Abang N'jum... lama tak jumpa".. kata suara perempuan itu...

isk sapo lak minah ni. datang tak bagi salam, pastu nak buat manja2 lak..

"ooo. kenalkan adik saya ni... dulu masa haluansiswa kat kolej ni, pastu abis haluansiswa masuk kolej 6 sbb buat medic sana", kata Abang PP.

Terasa sangat formal... tak pernah dia membahasakan perkataan saya padaku... selepas berbual seketika, aku mengambil keputusan untuk balik ke bilik.. aku terasa sangat sakit hati, penat, buang masa... kenapa aku berperasaan begitu. aku cuba melelapkan mata, tapi tak dapat. fikiran ku serabut. mana esok nak pergi jumpa buah hati.. kenapa dia tukar fikiran nak jumpa aku pada hari birthdayku padahal dah janji tak nak ganggu jadual kuliahku...ni masalah lak, kenapa aku nak cemburu pulak pada budak perempuan tadi.. kenapa... arrhhh... peninggggggggggggg...

Jam menunjukkan pukul 12 mlm... aku menadah tangan berdoa kepada Allah betapa bersyukurnya aku masih bernyawa di bumi ini pada umurku 20 tahun...

tiba2 pintu bilikku diketuk orang. CT rupanya...

"oii... jom teman aku g makan sat. lapar la..." pulak dah..
"cik kak oii.. ko tau pukul berapa ni, ajaklah Gee, ker Nora ker... ", aku malas betul lah layan pompuan ni.
"alah Gee g dating ngan Sham lum balik lagi, Nora dah tido, zimah ko tau la, mana leh harap.. ko jer, yg leh harap. kita kan kembar..."

mendengar rayuan Ct ni aku memang lemah. dia mmg kawan sejatiku. Mmg ramai menggelarkan kami kembar. sbb kami selalu bersama. Abang pp aku tu pun tahu kami berkawan rapat.

aku bersiap ala kadar untuk menemani Ct makan. Rupanya setibanya aku di gerai, ramai yg menanti. kawan2 ku semua ada. daud, pak din pun ada. tak lama lepas tu , aku nampak Abang PP datang sambil membawa kek untuk ku. Alangkah manisnya kejutan ini... Sampai aku terlupa yang tadinya aku sakit hati padanya...

masa potong kek itu, abang PP membantuku memotong kek... aduh, kenapa berdebar lak ni. kenapa dia pegang tangan aku. mcm potong kek kawen jer dua2 kena pegang pisau kek tu... tapi aku sangat bahagia, kami makan2 sampai entah pukul berapa.

setelah abis celebrated birthday aku, abg PP menghantar aku sampailah ke border dewan dan asrama perempuan..

"maaf kan abang tadi, tu sebenarnya pelakon abg upah nak jeleskan Yana. Abang tau yana jeles." katanya...

tak semena2 aku memukul bahunya... alah pukul2 sayang tu... bibit kemesraan benar2 telah berbunga di hati kami... aku tak dapat tipu hatiku betapa aku sangat bahagia di sampingnya. tapi aku perempuan, malulah nak mulakan....kami berpisah selepas beberapa minit bersembang....

balik bilik, ku rebahkan diri seorang diri melayan kata hati yang bahagia. Bilik ku pun seorang diri. Nina yang kemalangan beberapa hari lalu masih di hospital. dia terjatuh di tangga perpustakaan negara semasa berlari2 anak bergurau dengan pakwenye disana...

No comments: