Thursday, January 10, 2008

ADC -BAB 10

sepanjang minggu itu aku seperti di awang-awangan. Hidupku terasa sangat indah. Tak dapat digambarkan dengan kata. aku betul2 terlupa diri ini sebenarnya milik orang lain.

sahabatku CT mula syak macam ada sesuatu yang tak kena dengan diri aku semenjak kehilangan aku tempohari.

"Ly, apa citer ko nga Abang ko tu?" tanya pada suatu hari aku lepak2 di biliknya yg sememangnya macam bilik ku juga.

"Abang mana ni?" soalku konpius.

"mak oii... banyaknya Abang...." gelak CT.

tapi aku tau dia maksudkan Abang PP...kami berbual panjang hari itu, dari hati ke hati. Aku tau CT mengerti akan hatiku sebab dia pun sedang dalam percintaan jarak jauh. malah lagi jauh dariku, setakat seremban tu apalah sangat nak dibandingkan cinta CT dan mawi antara malaysia dan manchaster... huh! cinta antara benua tu...pada CT ku luahkan rasa hatiku. betapa aku sangat menyayangi Is... yang mana kasih ku pada Is bukan cinta monyet... tapi peristiwa bulan lalu seperti meragut kepercayaan aku padanya... tambah pulak kami jarang berjumpa. dua minggu sekali dengan masa yang amat tebatas. asal berjumpa balik2 nak mengulangi janji lafaz setia, balik2 nak aku berjanji tak berubah hati... kenapa mcm statik sahaja perhubungan kami padahal dulu aku rasa sangat bahagia... tapi aku akui perasaan sayang masih ada, tak de luaknya buat Is... cuma sejak perpisahan kami lewat akhir peperiksaan STPM tahun lalu, Is jarang membuat aku ketawa girang seperti dulu. panggilan telefonnya asyik bernada cinta janji taat setia... Padahal kami bukan belasan tahun lagi yang nak hidup dalam fantasi. Pada umur 20 tahun aku telah menetapkan matlamat hidup yg bukan utk main2 lagi seperti masa zaman kenakalan budak sekolah... bagiku apa yg dibuat semua mesti ada matlamat dan jaminan masa depan. tapi Is tak pernah mebicarakan masa depan...

Untuk Abang PP pulak, kurasakan sangat bahagia disampingnya. walaupun kami tak meluahkan isi hati, tapi dari kata2nya sentiasa mengundang kegembiraan di sanubariku. gelak ketawanya menjadi gelak ketawaku... kata-katanya sentiasa seperti ada matlamat yang nak dicapainya. sampaikan pernah sekali kami berbual tentang kehidupan...

"Abang kan ada target dalam hidup. kalau Yana nak tau, dalam 5 tahun akan datang abang pasti nak ada kehidupan yang stabil. Ada pekerjaan yang baik, boleh bantu keluarga, ada sedikit simpanan... dan mungkin berkira2 untuk meminang anak dara orang..." katanya satu hari.

walaupun aku ketawa dengan kenyataannya, tapi aku dapat merasakan abang PP mempunyai wawasan dalam melakukan sesuatu... bukan cakap kosong... terasa aku seperti ada jaminan masa depan yang baik bila bersamanya... padahal masa tu kami langsung tak declare apa pun... Tambahan pula dia begitu mewarnai hari2ku dengan segala bentuk kegembiraan sehingga sehari tak berjumpa ku rasakan hidupku tak lengkap.. Adakah aku mula belajar merinduinya..

selesai meluahkan isi hatiku pada CT, dia seakan mengerti hatiku. Ct menasihatkan aku membuat pilihan yang bijak. jangan ada hati yang akan terluka... tapi aku tak sampai hati untuk melukakan hati Is. Dia terlalu naif untuk dilukai... Dia teramat cintakan aku, itu hakikat yang tak dapat ku nafikan lagi...dan untuk melepaskan manusia bernama Razi yang sentiasa ada dihatiku buat masa ini, adalah satu yang sukar. Dia walaupun belum melafazkan kata cinta, tetapi perasaan hatiku tak dapat dibohongi... dilema apakah ini.. Oh, Tuhan, tolonglah hambamu ini....

No comments: