Thursday, January 3, 2008

ADC - BAB 7

Suatu hari, aku dapat sepucuk surat rasmi dari JKP kreatif... Eh, surat apa lak ni. kata hatiku..

Dengan rasminya Saudari Lilyana telah dilantik sebagai setiausaha II JKP Kreatif Kolej kediaman Kinabalu, Universiti Malaya....

Yang menjalankan tugas,
Razi Bakar


La, apa nih. kenapa aku mesti pikul tanggungjawab ni... Senarai nama jawatankuasa yg dilampirkan beserta surat itu kebanyakan nama2 senior yg aku kenali. Karen dilantik timbalan pengerusi. Cuma aku saja rupanya satu2nya pelajar first year yang memegang jawatan tertinggi. Kalau lantik aku jadi AJK biasa jer, ok jugak. ni setiausaha II. sib baik tak setiausaha I sbb Kak Ruba yang memegang jawatan itu... Ker, Abang PP sengaja nak aku dekat selalu dengannya... isk, apa aku merepek ni. takkan dia buat keputusan sendiri tanpa berbincang dgn senior2 lain..

petang itu aku terserempak dgn Karen.. dia tersenyum simpul memandangku.. apalah cina sorang ni, asyik senyum jer... tapi aku tau cina tu ada affair dgn Abang Daud presiden Kolej. kiranya ni first lady kolej la ni... Si Karen ni pun asyik berbaju kurung jer. Sepasang baju kurung suteranya sangat cantik.. pernah ku serkap jarang bertanya padanya adakah Daud hadiahkan dia baju itu... Sememangnya Daud yang memberikan dia baju itu... Cantik mek Cina ni pakai baju tu...

"Lily, tak sangka dia betul2 sukakan you tau. sungguh2 dia nak masukkan nama you dalam jawatan kuasa tertinggi kreatif. dia nak you timba sebanyak mana pengalaman katanya".. Karen mcm tak sabar2 nak beritahu aku segalanya tentang perlantikan itu...

"eh, tak pe ker I jadi SU II ni. Nanti apa kata senior lain. senarai JKP lain I tengok kat notice board tadi . budak first year hanya jawatan AJK rendah jer... nanti apa kata orang" aku menimbulkan tanda tanya.

"apa nak risau, master approved tau sbb u antara yang aktif di kolej ni" kata karen mendakwa Master Kolej ( pengetua kolej digelar master).. dh bagi kebenaran..

Tiba2 aku ternampak Abang PP datang menghampiri kami... apa aku nak buat ni, nak lari lah.. aduhai, tak sempat dah sbb dia dah makin hampir...

"hi karen... tak dating hari ni", sapa Abang PP pada Karen yg tengah senyum simpul...

"Raz, I kalau nak dating mana leh terbuka, you boleh la... I blah dulu lah, chat later okey"...

Karen selamba jer blah meninggalkan kami...Aduh, apa nak buat ni. aku rasa sangat tidak selesa. Tapi kenapa malam konvo dulu aku Ok jer. tapi skrg nampak janggal sangat.

"yana, Abang lantik yana tau jadi SU abang. Kak Ruba tu dia SU I tapi abang tau dia busy sebab dia dah final year. Abang tau Yana boleh buat kerja ni"..katanya yg macam tak bagi peluang aku berkata apa-apa.

"malam ni free tak, Abang ada kerja sikit nak mintak tolong taipkan surat first JKP meeting. Jumpa kat bilik komputer yer", then dia berlalu meninggalkan aku. sebelum berlalu, dia menyapa aku, mengatakan cantik aku berbaju kurung dengan rambut lepas paras bahu tu... Cis! sempat mengular mamat ni..hakikatnya aku tak sempat bercakap sepatah kata pun petang tadi. Aku seperti terpaksa menurut perintah saja.

Tapi kenapa aku terasa bahagia bila dekat dengannya. Aku terasa ada "kuch kuch" pulak bila kami bertentangan mata.. hihi... berhindustan pulak aku nih... hahaha

Apakah perasaan ini.. mengapa aku tak pernah ada perasaan ini sebelum ini. Dengan Is dulu tak pernah aku berdebar seperti ini. Mungkin kami dulu sebagai sahabat kemudian bertukar menjadi pasangan kekasih. tapi Abang PP tak pernah jadi sahabatku...never...panggilan Yana buatku terasa sangat istimewa. Nama yana bagai hilang lama dari aku. hanya zaman aku di asrama dulu kawan2 memanggil aku dengan nama itu. 2 tahun di tingkatan 6, semua orang memanggilku dengan nama Lily termasuk guru... aduh, betapa terasa diri ini diawang-awangan... sangat indah perasaan ini. tak pernah kurasakan...

---------------------------------------------------------

Malam itu, pukul 8.30mlm, aku dah terpacak di depan bilik komputer. kebetulan komputer penuh, jadi aku duduk melepak di kerusi bulat yg ada di luar bilik itu. Kebetulan beberapa orang rakan sekolej duduk di situ juga. Seorang pelajar lelaki fakulti engineering Kelang a/k Jangga datang menyapaku. kami berbual lama juga. sebenarnya aku telah lama mengenali Kelang dari hari pertama aku mendaftarkan diri di kolej. Sepanjang minggu haluansiswa dahulu aku selalu duduk sebaris dengannya kalau kami berkumpul di dalam dewan. Dia bagiku begitu mesra, macam melayu betul padahal dia berasal dari suka kadazan di Sabah.

Sedang aku berbual, aku nampak Niza keluar dari bilik komputer. Niza beritahuku komputer ada kosong. Dia sudah booking untuk aku. Aku bergegas masuk ke dalam bilik komputer untuk membuat surat rasmi mesyuarat pertama JKP Kreatif. Dalam pada itu, hatiku tertanya-tanya mana Abang PP ni... Kelang menuruti aku masuk ke bilik komputer lalu duduk di sebelahku. Aku menaip surat rasmi itu sambil berborak dengannya. Dalam pada aku sudah menaip ayat terakhir, tiba-tiba kedengaran satu suara yang amat aku kenali di belakangku..

"Ha, dah siap ker buat keje... Orang suruh buat keje bukan bersembang"...kata suara itu bagai membeku bunyinya...Aku menoleh dan melihat Abang PP merenung tajam padaku. Kelang di sebelahku nampak sangat serba salah, lalu memohon mintak diri..

"jumpa lain kali tau, aku blah dulu", kata Kelang...Aku terasa sangat malu dan sakit hati. aku lantas save draft surat rasmi itu, dan berkira-kira untuk meninggalkan bilik itu.

Seorang senior Pak Din nama panggilannya kedengaran berkata sesuatu pada Abang PP...

"Apalah ko ni mate, sian budak tu. dia kan baru belajar, yg ko hangin marah ni apa hal...".. kedengaran suara Pak Din yang juga merupakan roomate Abg PP...

Aku terus keluar bilik itu menuju asrama perempuan. hatiku terasa sangat sakit dan pedih kerana apa salahku berbual dengan orang lain...setibanya aku dia blok asrama perempuan, aku terus menuju bilik CT. malaslah nak balik bilik aku... Sampai sana, aku berborak2 sakan dengan CT , Gee dan beberapa orang lagi. sakan berborak walaupun hatiku masih tak dapat melupakan kejadian tadi. Tiba-tiba pintu bilik CT diketuk bertalu-talu. Gee bangun membuka pintu... Kelihatan Niza di luar...

"Gee, lily ada tak?, aku g bilik dia tapi tak de. aku tau sure dia lepak sini punya", kedengaran suara Niza...

"Ada sini, napa lak" kata Gee...

Niza terus meluru masuk ke bilik itu.

"oii... Abang N'jum nak jumpa mu lah"... (N'jum merupakan nama gelaran Abang PP di UM)

"Nak apa lak si N'jum ni... dia nak dating ngan ko tu Ly", kata Ct sambil tersenyum2....

Aku antara nak senyum ker, nak buat muka camne pun aku tak tau. selepas beberapa minit, aku pun keluar menuju ke bilik komputer. Aduh kenapa dengan aku ni. Kenapa aku tak bisa mengatakan tidak. Kenapa langkahku cepat seperti orang tidak sabar...setibanya aku di depan bilik komputer, aku nampak Abang PP duduk di kerusi bulat. bila dia nampak aku dia terus bangun dan menuju ke arah ku.

"Abang mintak maaf yer..." katanya.

"ok.. tak pe, yana pun leka berborak jer tadi tak sedar abang datang" kataku...

arhh.jawapan itu seperti bukan diriku.

"lega Abang yana maafkan... dari petang tadi sepatah kata pun yana tak cakap apa2.... abang jer yg bercakap"

"dah tak bagi peluang nak cakap, what to do!", kataku.Selepas itu aku tak tau apa terjadi, kami sama2 berbual macam-macam cerita seperti melupakan terus sakit hati tadi.

.....................................................................

No comments: