Wednesday, January 2, 2008

ADC - BAB 6

Is mengutusiku sepucuk surat memohon maaf... arhh.. apalah sangat kemarahan aku tempohari... kemaafan dendam yg terindah... lagu aishah itu sentiasa menjadi azimat padaku. padaku tak salah memaafkan org kerana hati kita jugak akan gembira akhirnya.

.....................................................................................

Dewan makan pagi itu nampak lengang.. Mana pergi semua orang ni. Masih tidur kut. Aku jer kut ada kelas pagi2 ni...
sedang aku bersarapan, aku terlihat sesusuk tubuh yg lama kau tak nampak kelibatnya... Abang PP!!!.... hihi... adeh aku ni, baru 3 hari lama kebendanya... hish, baju kemeja bunga2 putih n sedikit pink tu la dia pakai masa hari makan nasi lemak kat gerai konvo tu... suka kemeja bunga2 ker dia nih. mat bunga kut. kah kah kah...

tapi dia nampak sgt berkarisma... aura apakah nih... haha. mcm wakil rakyat pun yer... arhh.. acting wakil rakyat la tu kut sbb pilihanraya kolej baru2 ni Abg PP menang jawatan Pengerusi jawatan kuasa perkembangan pelajar kolej bahagian kreatif. secara tak langsung digelar Penerusi JKP Kreatif... dengarnya skrg sibuk Abang PP aku ni nak melantik ahli jawatan kuasa bawah dia... ( ha... apa ayat aku nih.. Abang PP aku... sejak bila plak declare nih...).. adeh! angaukah aku...

tapi aku tak nafikan aku terjengah2 jugak kat foyer ker, bilik TV ker, bilik komputer ker, takpun kat dewan makan kut ternampak kelibat mamat nih... apa nak jadi ngan aku nih. aku dah janji ngan Is nak setia... adeh. pening,

tapi aku sejak gaduh ngan Is tempohari, aku mula meragui keikhlasan hatinya... tapi abg PP punya senyuman , aduh, rasa cair aku... apakah aku jenis yg mudah jatuh cinta.. adakah aku jenis wanita yg mempermainkan hati orang... rasanya aku tidak begitu.. aku begitu setia pada Is sampai aku menolak cinta Farid masa sekolah dulu... tak pernah sekali Farid putus asa malah masih mengharap hingga kini. Cikgu2 pun di sekolah dulu selalu gandingkan aku dengan farid sbb kami sama2 berlumba2 untuk mendapat tempat pertama... apa saja perbincangan atau perdebatan, mesti aku akan bertekak dengan Farid... tapi sikap Farid yang suka menunjuk itu membuatkan hatiku beku untuknya... padahal farid jauh lebih kacak dari Is... tapi ku pilih Is sbb hatinya tulus. tapi tuluskah dia selepas apa yg berlaku tempohari... apa motifnya membawaku ke rumah itu. apa akan terjadi kalau aku masuk kerumah itu lalu dikuncinya pintu dan diapa2kan aku... aduh!!!.. nasib aku mengambil tindakan bijak melarikan diri... walaupun end up kami gaduh kat tepi jalan sebenarnya. maruahku paling utama dari cinta... itu yg ku fikirkan waktu itu...

---------------------------------------------------------

*smbg nnt deh, penat bangat mereka cerita... hahaha

No comments: