Wednesday, January 2, 2008

ADC - BAB 5

Kedatangan bro PP kurasakan tepat pada waktunya... aku pun apa lagi, terus keluar dari gerai, dan tanganku tak semena2 meraih pergelangan tangan bro PP dan membawanya terus lari meninggalkan gerai itu...
setibanya kami jauh dari deretan gerai2 lain, aku terus melepas tanganku .. terasa bersalah la pulak. mesti dia pun terasa terkejut dgn tindakan ku tadi... aku mula buat bodoh... buat tak tau dgn apa yg terjadi.
kami berjalan2 di deretan gerai2 lain... arhh... cantik2nya kain sutera.. tapi aku bukannya berduit nak beli...

"err, abang, jom kita g fun fair tu nak.." ajak ku.. aduh, ku panggil dia Abang... sepontan jer keluar perkataan tu... abis nak panggil apa yer, namanya, terasa mcm kurang ajar pulak, nama panggilannya, tak bestlah. sbb aku tak rasa aku kawan dia...

"ok gak tu.. jom ly" Cis! terasa mcm panggil ling jer... kah kah kah... aku ni berangan tul la...

kami pergi tapak fun fair bersebelahan tapak gerai2 konvo itu. selepas membayar tiket, kami mula berbaris utk menaiki satu permainan ala2 kapal terbang... sebenarnya ini kali kedua aku menaiki permainan itu, jadi aku dah tak takut lagi. semakin lama semakin tinggi sampai atas pucuk pokok yg paling tinggi kurasakan. aku bersorak riang melepaskan tensen aku... Cik abang sebelah aku ni kenapa membisu... aku tgk tangannya mencengkam erat besi pemegang di hadapan tempat duduk kami. tapi aku melepaskan kedua2 tanganku ala2 naik roller coaster... seronoknya. hanya seminit dua sahaja, permainan itu berakhir... aku bersorak girang.. bila kami telah berpijak di bumi nyata, aku perhatikan muka cik abang PP macam pucat.

"abang, kenapa takut ker tadi..."
"tak la... abg ok.. tgk lily hepi, abg hepi jugak" jawabnya..

malam itu kami sangat gembira. aku rasa bahagia sgt... sesekali tangannya seakan2 menyentuh lengan ku... terasa sgt berdebar... apakah ini dinamakan cinta... terlupa aku seketika hati yg sakit, terlupa aku seketika seseorang yg lama aku seakan lupakan....

balik kolej aku sangat gembira... tapi kegembiraan aku seperti diragut semula bilamana mataku terpandang sekeping gambar lelaki yg selama 2 tahun lebih bertahta di hatiku... arhhh... aku masih setia... aku masih sayangkan dan cintakan dia seperti dulu. cumanya aku rasa sgt jauh dari dia. kenapa dia tak hubungi aku sejak aku masuk UM ni... kenapa... susah sangat ker nak datang KL dari seremban....

--------------------------------------------------

Minggu berikutnya, aku terima sepucuk surat... ( zaman tu sms mana ada, handphone utk org2 kaya mewah jer...) kah kah kah..

surat dr seremban yg aku harapkan muncul jugak.

Assalamualaikum...

Lily yg Abang sayangi,

Apa khabar sayang? Abang harap lily sihat n gembira di sana. Abang ucapkan tahniah atas kejayaan sayang masuk Universiti. abang sangat bangga walaupun Abang hanya di sini.. Jauh jurang perbezaan kita nanti...tapi abang tau hatimu. Kau takkan mengingkari janji yg pernah kita buat dulu...

aduh... terasa sgt bersalah pulak. padahal aku mmg masih setia padanya. tapi aku membiarkan hatiku dicuri seseorang... alah.. belum pasti lagi Abang PP betul2 nak aku lah. yg ni mmg dah pasti... ku sambung membaca suratnya...

hujung minggu ini Abang akan ke KL. jadi Abang nak minta jasa baik Lily tunggu abang kat Platform no 8 di Puduraya. Pukul 2 petang hari sabtu.. janji tau. Mesti tunggu abang di situ. Akhir kata, jaga diri baik2 dan salam sayang penuh kerinduan dr Abang...

Yg sgt menyintaimu,
ISKANDAR.... @ ISLIANA

Hatiku tetiba riang.. dah lama tak jumpa buah hati. aku amat rindukan dia... lama dia menyepi padahal dah berjanji padaku utk menjengah ku di UM... temujanji itu sgt2 penting bagi aku.. aku sgt rindukan dia... terlalu... arhh.. tapi kenapa aku rasa sunyi dua tiga hari ni tanpa nampak kelibat Abang PP.... apa dah jadi dgn diriku ini...

---------------------------------------------

Hari sabtu menjelang juga. aku mengenakan sepasang baju kurung sutera bewarna kuning cair berbunga hijau utk berjumpa buah hati. dating kali pertama kami sejak kami tamat STPM dan inilah dating kami di luar kawasan sekolah... manisnya waktu dulu, dating curi2, dalam kelas duduk bersebelahan .. kdg2 tangan saling berpegangan di bawah meja... aduhai... panahan cinta betul dulu... sampai cikgu2 tak tau nak buat apa dgn kami... tambahan pula aku merupakan scorer dalam kelas... walaupun asyik masyuk bercinta, tapi pelajaranku sentiasa tip top. aku masih mengungguli carta kelas pelajar paling pintar seluruh tingkatan 6 . arhh itu dulu... skrg kami bukan anak2 kecil jadi perhatian guru lagi...

Waktu masih awal lagi sewaktu aku tiba di Perhentian Puduraya. Aku menghabiskan masa menunggu dengan membeli majalah di gerai yg banayk terdapat do platform 8 itu.. tapi tumpuanku bukan pada majalah yg ku baca, mataku tercari2 seseorang yang sangat ku rindui... pukul 2.10 petang dia muncul dengan kemeja hijaunya..

."Abang,,, " panggilku..kami berbual seketika, bersalaman dan saling berpimpin tangan kleuar dari kesesakan Puduraya.

"nak ke mana kita"... soalku.
"tgk wayang nak"... usulnya...orait jugak tu.

tak penah sekali ku jejakkan kaki ke panggung wayang... tapi kerana dia, aku turuti. selesai menonton wayang, Is mengajak aku pergi ke suatu tempat. Isk... nak kemana lak ni. dia memberitahuku ada sesuatu nak dihadiahkan kepadaku tetapi hadiah itu berada di rumah sepupunya... lalu kami menaiki bas mini ke rumah sepupunya di cheras... jauhnya la... penat aku ni bang... nak g mana kita ni...

sampai di rumah sepupunya, dia mengajak aku masuk ke rumah itu. aku menjengah keadaan sgt lengang...

"kata ada sepupu abang, kenapa mcm kosong jer rumah ni"... soalku...
" dia org keluar kut. bawak anak jalan2 kut hujung minggu ni"...

tak semena2 aku naik hantu di situ juga. hatiku sakit. aku rasa dia cuba permainkan aku... aku lari dr kawasan rumah Flat itu.. Dalam fikiranku, apa niat dia mengajak aku pergi situ hanya kerana hadiah.. kenapa tak dibawaknya hadiah itu. Dia sebenarnya dari Cheras atau dari seremban... hatiku sgt sakit... tapi dia berjaya memujukku.

tiba2 aku teringat pada Abang PP.. yg seingatku tak pernah mengambil kesempatan atas diriku... Is jugak sepanjang 2 tahun lebih perhubungan kami bagiku dia begitu tulus... tapi aku mula meraguinya... sudahnya kami bergaduh dan aku balik ke UM dgn hati yg membengkak...

No comments: