Thursday, January 10, 2008

ADC - BAB 8

Latihan tarian sempena Pertandingan Seni Pentas (PSP) antara kolej sedang giat dilakukan. Setiap malam ada saja latihan yang harus aku jalani. Nasib baik aku biasa menguruskan masaku dengan baik. Siang hari memang aku hadir sepenuhnya memberi tumpuan pada kuliah dan menyelesaikan assignment ataupun tutorial. Sesekali aku berjumpa Abang PP membincangkan tentang JKP kami. Tentang budget yang terpaksa aku isikan borang2nya utk kelab kreatif kolej kami. Kak Ruba banyak membantu, cuma hal2 berkaitan surat menyurat 100% diserahkan padaku. Aku kini mengerti, tindakan Abang PP melantik aku bukan hanya untuk mendedahkan aku pada pengalaman duduk di kolej, tetapi paling penting ingin sentiasa dekat denganku... itu yang pasti.

------------------------------------------------------

Hubungan aku dan Is berjalan dengan baik walaupun aku ternyata sukar melupakan peristiwa yg satu-satunya mengguris hatiku lewat pertemuan pertama kami dulu. sejak pertemuan itu, beberapa siri pertemuan berlangsung. seingatku setiap 2 minggu kami akan berjumpa. tempat pertemuan pastinya di platform 8 Perhentian Puduraya. kami masih mesra seperti dulu... dan masih berjanji lafaz setia kasih setiap kali bertemu.... Aku rasa bahagia bersamanya...tapi setiap kali balik ke kolej, ku rasa amat kosong tanpanya. tapi aku ada Abang PP mewarnai hidupku walaupun kami tak pernah melahirkan isi hati. Tapi dr pandangan matanya, caranya bercakap denganku, actingnya bila aku bersembang dengan lelaki lain, seperti ada "kuch kuch" antara kami...paling ketara selepas episod aku dimarahi dalam bilik komputer sekali lagi aku insiden aku berborak sakan dengan Kelang kantoi dengannya. kali ini dia lantas meninggalkan ku walhal sebelum itu berjanji untuk berjumpaku menyerahkan beberapa dokumen JKP kreatif untuk aku failkan. Adakah dia cemburukan aku. Kelang bagiku hanya kawan biasa saja.. takkan aku tak boleh berkawan dengan orang lain... pernahkah Abang PP bertanya mengenai isi hatiku, Adakah hatiku sudah dimiliki atau sebaliknya... Never.. he never asked.

-----------------------------------------------------------

Minggu ini setelah sebulan menjalani latihan tarian, aku terasa tidak betah lagi dalam group tarian ni. Hanya Karen sahaja dengan beberapa budak asasi sains tahun satu yang rapat denganku. senior2 lain seperti ada jurang antara kami. yang senior lelaki seperti mengambil kesempatan membetulkan lenggok tariku.. mereka sewenang-wenangnya memegang tanganku. kadangkala, menyentuh pinggangku... aduh, aku amat tidak selesa dengan keadaan ini. Lalu ku suarakan rasa hatiku pada Abang PP...

"Abang, apa pendapat abang kalau Yana keluar dr team tarian. PSP pun lambat lagi. masih ada penari back up" ujarku pada suatu malam pertemuan kami yg tah keberapa ratus!..hahaha.. banyaknya kali bertemu, mengalahkan pertemuanku dengan Is.

"kenapa pulak", kata Abang PP sambil matanya memandang wajahku...Isk, apasal mamat ni pandang aku ye ye lak ni, aduh, alangkah tak selesanya.. kenapa masih berdebar ni.. padahal dah lama aku berurusan dgnnya...

"Yana tak dapat bahagikan masalah dgn tarian tu..." bohong aku...

"ye ker,,, tapi abang tengok yana manage masa ok jer. ker Abang banyak bagi Yana kerja"...

"Bukan sbb kerja2 JKP tu... I'm ok with that. malah willing nak buat semua tu. tapi........" aku terhenti di situ. ayat apa yg sesuai nak cakap ni yer... Abang PP ketua segala ketua kelab. Malah kelab tarian tu kiranya dia jugak bossnya...

"tapi apa... dia org buat tak baik kat Yana ker..." katanya bagai tahu apa yg bermain dalam hatiku...

Aku lantas menceritakan betapa tak selesanya aku bila mana tangan2 jantan2 yang macam berlagak lembut tu menyentuh pinggangku... menyentuh tanganku... tentang perangai tak mesra alam senior-senior tu... walaupun Karen amat baik padaku, tapi aku tengok karen pun seperti tak dihiraukan oleh budak2 tarian itu padahal mereka semua bangsa melayu seperti aku. Tapi aku tau mereka tak leh lawan toke dengan Karen memandangkan Karen ada pengaruh sbb jadi first lady di kolej...

"Hmmm... Yana, Abang cakap jangan marah yer..." ujar Abang PP setelah aku habis meluahkan isi hatiku...

"Napa lak nak marah kalau Abang tak salah"... kataku mcmlah tak sabar2 nak dengar apa Abang PP nak cakap...

"sebenarnya Abang tak suka Yana masuk tarian tu. Abang rasa Yana tak sesuai duduk dalam team tu. Abang kenal mereka tu. mereka tu bukan saja setakat menari, tapi kaki ponteng, clubbing.. cuma beberapa orang jer yang ok dalam kelab tu".

"So, up to you nak join atau nak keluar. Abang suruh tidak halang tidak... tapi kalau yana buat keputusan nak keluar, Abang tetap sokong yana 100%"....

Kata-katanya bagai semangat padaku. Kami bersembang lama juga sampai aku sewenang-wenangnya ponteng latihan tarian buat pertama kalinya. Kami duduk bersembang di atas tangga menghala ke dewan arah blok asrama lelaki. banyak yg kami sembangkan. Dari kisah kolej, membawa kepada hal-hal keluarga... kisah lucu yang banyak mencuit hati, main teka teki... pendek kata masa berlalu terlalu pantas bagai mencemburui pertemuan tak rasmi kami ini...tanpa kami sedari jam dah pun lewat pukul 2.30 pagi...

"Abang, dah lama dah kita sembang ni. Bilik TV pun dah kosong bang. Pak guard baru tutup lampu foyer..." kataku...

"ye lah, tak sedar betul... padahal esok sabtu abang ada nak pegi kenduri kawen kawan tau, kat Sabak Bernam. Yana ikut yer..." ajaknya.

."hish tak nak lah. mana biasa dgn kawan2 Abang. Tak kenal lak tu pengantinnya" kataku menolak ajakannya. padahal dalam hati kalau ku ikut, alangkah baiknya.. dapat lagi kami berjumpa... macam tak nak berpisah la pulak... kah kah kah.

"alah, ikut la yer. sapa jer, pak din, kak Imah, Daud, karen, Abang n beberapa org lagi senior2 yg biasa dgn Yana.. Kebetulan kereta Daud kosong lagi. hanya pak Din, Karen ngan Abang jer... Esok kul 7.30 tau kat tempat parking. Abang tunggu"...

adeh mamat ni dah mulalah tu kuasa veto dia tu. tak bagi aku peluang bercakap langsung...kami berpisah dinihari itu pada pukul 3 pagi lebih. Aku balik ke bilik dengan hati yang berbunga. Harus ku akui, aku sangat bahagia. terlupa betul aku pada Is... kali ini betul2 aku terlupa...

Adakah hatiku dah goyah...Aku terasa kasih org yang dekat denganku melimpahi segala kasih sayang yang jauh itu... padahal Abang PP baru dua bulan aku kenali... nak bandingkan dgn Is yang dah 2 tahun lebih... kejamkah aku....

dan masih terngiang2 di telingaku kata terakhir sebelum kami berpisah tadi...

"Yana, janji tau jangan cakap dgn lelaki lain.. abang jeles tau..."

wow... katanya itu bagai satu hint bagiku selama ini memang dia ada hati padaku. bodoh sangatlah aku kalau tak perasan perasaan itu wujud... Apa harus kulakukan... menerimanya atau terpaksa membohongi kata hatiku yg ternyata lebih memihak pada Abang PP pada kala ini... Arhhh... ngantuklah. nak tido.. esok nak dating lagi.... pagi itu aku tidur dengan mimpi2 indah tentang aku dan dia...

No comments: