Sunday, December 30, 2007

ADC -BAB 1

26 may 1995



hari pertama pendaftaran aku ke kolej... abah, along, abg ipar, adik2 dgn anak sedara semua antar aku nak masuk kolej.... mcm nak g haji lak aku tgk rombongan "Cik Ngah" (bukan cik kiah eh... hahaha) ke universiti.bondaku yg tercinta tak dapat dtg... sbb masih dalam pantang melahirkan adik bongsuku... sedihlah mak tak de nak tgk anak mak yg manja ni masuk universiti.. org lain semua mak dia org ada antar...

then, sampai kolej daftar la aku ni. huh! senior sekor2 muka serius jer... apa daaa.. ingat orentasi sekolah menengah ker... haha.. tak takut langsung aku!lepas daftar, aku diberikan kunci bilik. so aku pun melangkah lah ngan beg beso sekali ngan rombongan cik ngah aku tu utk g tgk bilik lak... sampai ilik bernombor B213... pintu ku kuak... adeh, bestnya, bilik dua org jer. tak mcm asrama dulu, satu dorm sampai 16 org. ni privacy lak ni... best2...aku terus baring atas katil... huh! berdebu beb... excited punya pasal sampai lupa nak pasang cadar dulu...lepas berborak2 sambil keluarkan barang2 aku masuk almari... (terus kemas beb! sbb mak kata beg tu bawak balik semula...!), rombogan cik ngah ku pun baliklah ke kampung... tetiba aku rasa sedih pulak. kalau mak ada, mesti tak deras2 nak balik...

kul 3 ptg, semua freshie kena berkumpul kat dewan. aku pun sama lah ngan roomate aku Sazlina g ler ber lenggang kangkung ke hall. yg bestnya roomateku tu dulu bekas bdk Asasi sains UM, so dia dah tau selok belok kolej n Universiti. senang la aku... tak tau tanya jer dia..haha

mulalah sesi suai kenal antara senior n junior. senior2 yg bertugas tu digelar pembantu pelajar (PP). muka memasing nak tunjuk garang. Cis! nyampah... pastu sorang ni ketua PP kut mulalah memberi ceramah kat kami... ngantuk lah pulak. mcm bdk2 nak bagi tau semua.

"semua pelajar baru... SEMUA.... di WAJIBkan mengambil tandatangan 25 org PP tak ada yg dikecualikan.... siapa yg tak buat, akan didenda..."

isk, ketua PP tu buat announcement... terjerit2 lak tu... mcm sekolah... apa kes nak mintak2 signature nih! tak kuasa aku...hari pertama berakhir sampai tgh malam.. tah apa2 lah ceramah la, bagi kumpulan lah, then belajar nyanyilah... arhhh.. malasnya


*sambung kendian... cam boring jer cerita syok sendiri aku ni....

No comments: